TIPS

Servis Pasang Epoxy Flakes Area Selangor

Oct 22, 2019
Servis Pasang Epoxy Flakes Area Selangor

Servis Pasang Epoxy Flakes Area Selangor

Minggu lepas, tuan rumah Amni duk call banyak kali.Katanya tuan rumah bawah bising sebab siling rumah dia asyik bocor.Bocor tu pula katanya dari bilik air bilik tidur utama rumah Amni.Amni pun naik hairan la macam mana lantai bilik air boleh bocor sampai air boleh turun ke siling rumah bawah.Sebab malas nak bergaduh,panggil kontraktor datang periksa.Bila dah periksa,katanya simen lantai memang dah terhakis dan berlubang.

Servis Pasang Epoxy Flakes Area Selangor

Kata kontraktor lagi,kena pecahkan lantai dan buat baru.Semua kos tu dianggarkan menelan belanja RM 2500 + . Tuan rumah dah sakit kepala dengar kos pembaikian tu haha.Tapi disebabkan Amni teringat yang sekarang ni ada servis pasang Epoxy Flakes untuk atasi masalah lantai bocor,terus Amni beritahu tuan rumah (Uncle Yap). Uncle terus call Danial, staff Crocons Sdn Bhd , pakar pemasangan Epoxy Flakes untuk lantai sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

servis epoxy flakes flooring terbaik area selangor

Servis Pasang Epoxy Flakes Area Selangor

Apa Itu Sistem Epoxy Flakes?

Epoxy adalah satu kombinasi yang terbentuk dari dua bahan yang berbeza yang di sebut sebagai “resin” dan “hardener” mampu membuat lantai menjadi kilat dan kuat.Bahan dari epoxy dapat membentuk bahan plastik yang amat keras. Teknik membaiki dan mewarnakan semula lantai, ianya adalah teknik yang terkini untuk mencantikkan lantai sedia ada. Dari reka bentuk biasa kepada reka bentuk yang luar biasa.

Epoxy Flake Coating System juga membuatkan permukaan lantai menjadi lebih kukuh. Epoxy mempunyai daya ketahanan yang amat kuat berbanding dengan jubin biasa. Kebiasaan epoxy dipasang pada lantai industri, pasaraya, tempat parkir kenderaan dan juga kediaman. Oleh kerana kekuatan ketahanan epoxy ia menjadi pilihan utama dari semua sektor.Sesuai untuk tandas yang mengalami masalah bocor dan tidak perlu pecahkan lantai asal.

epoxy flakes area selangor

epoxy flakes area selangor

Kalau nak tahu, Epoxy Flake System ini, ia merupakan perkhidmatan yang menggantikan lantai asal dengan menggunakan epoxy dan flake. Untuk lebih jelas lagi, ini merupakan satu kaedah bagi melapiskan permukaan lantai korang supaya lebih cantik, bersih dan tidak bocor lagi.Epoxy Flakes Coating Flooring ni sesuai di pasang pada tandas,dapur,bilik mandi,vanity top,balkoni dan tangga.

Lantai akan dilapis 3 hingga 6 lapisan mengikut kesesuaian. Fungsi Epoxy Flake System adalah khusus untuk menyelesaikan masalah lantai bocor, licin dan juga mencantikkan lantai.Paling best adalah proses pemasangan dalam masa 6-12 jam sahaja.Selepas 24 jam,lantai boleh digunakan seperti biasa.

Proses Pemasangan Epoxy Flakes System

Proses pemasangan Epoxy Flakes System bagi Amni macam renyah sikit.Tapi as long bukan i yang buat,so no hal la haha.

1) Grind jubin (surface preparation) ,

2) Coatkan epoxy atau gamnya,

3) Apply serbuk batu warna pertama

4) Coatkan epoxy atau gamnya utk corak kedua

5) Apply serbuk batu warna kedua (kalau pilih dua warna la)

6) Applykan epoxy utk surface, ini yg buat lantai berkilat.

7) Touch up finishing mana yang  patut.

 

Kelebihan Sistem Epoxy Flakes

1-Lantai Tidak Licin

Permukaan lantai yang digunakan untuk sistem Epoxy Flakes ni kasar dan tidak mudah tergelincir.Jadi bagi yang ada anak kecil tu,jangan risau.Ianya selamat dan insyaAllah sifar kemalangan.

2-Kalis Air

Sistem Epoxy Flakes Coating yang digunakan adalah kalis air.Jadi sebarang kotoran dan air akan susah untuk melekat.Permukaan juga tidak akan licin.

3-Lebih Versatile Dan Moden

Selain dari sistem Epoxy Flakes yang memudahkan dan menjimatkan kewangan pemilik rumah,rekaan lantai Epoxy Flakes juga lebih moden dan banyak variasi.Paling best bila kita boleh custom rekaan yang kita nak untuk lantai tu.Jadi korang nak buat corak apa pun tak kisah dekat lantai tu.Nak buat corak pokok?NO hal! hehe

design lantai epoxy flakes

4-Tak Perlu Pecahkan Lantai

Ya kalau dulu nak tukar lantai atau baiki lantai bocor,mesti kena pecahkan dulu.Tapi sekarang dengan sistem Epoxy Flakes , masa jadi lebih jimat memandangkan tiada proses pemecahan lantai perlu dilakukan.

5-Senang Dicuci Dan Dijaga

Sistem Epoxy Flakes juga membuatkan lantai senang dicuci dan dijaga memandangkan kotoran tidak melekat seperti mana yang Amni beritahu pada point (2).

 

design lantai epoxy flakes

6-Tahan Lebih Lama

Salutan lantai epoksi menjadikan konkrit sangat tahan lama. Salutan epoksi berlangsung lebih lama daripada banyak jenis lantai. Apabila dipasang dengan betul, ia boleh bertahan selama beberapa dekad tanpa retak atau mengelupas. Selain ketahanan, jangka hayatnya menjadikannya popular untuk kegunaan komersil dan perindustrian

Erti kata lain, Epoxy Coating ni biasa digunakan di industri. Kalau tengok lantai2 berwarna tu, Epoxy Coating lah tu.

 

7-Warranti 3 Tahun Selepas Pemasangan.

Ok katakan kalau terjadi apa-apa pada lantai korang selepas pemasangan Epoxy Flakes,korang jangan risau.Crocons Sdn Bhd memberikan warranti 3 tahun selepas pemasangan dan ianya PERCUMA.Kalau resit hilang,jangan risau.Mereka boleh jejak kembali nama kita melalui nombor telefon.

 

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut:

Facebook : Crocon Sdn Bhd

Instagram: Crocon

Websitehttps://crocons.blogspot.com

Email: [email protected]

No Hp: 0169199716 (DANIAL) / 0163852017(SAFLINA)

You Might Also Like

25 Comments

  • Reply Auni Muthal'lib Nov 11, 2019 at 11:46 AM

    Perghhh bagus betul ! Bilik mandi nampak lebih moden. So exciting bila tengok perubahan sebelum dan selepas.

  • Reply Fas Nov 11, 2019 at 11:52 AM

    Pertama kali dengar Epoxy ni. Menarik gak tapi mahal ke atau mampu milik? Terima kasih sharing mana tau nanti timbul masalah sama bole hubungi Epoxy ni .

  • Reply Afizah Abd Rahman Nov 11, 2019 at 2:27 PM

    Menarik sangat. Selamat untuk anak-anak yang jenis suka mandi dan main dalam toilet tu. Nak kena survey harga dulu ni. Thanks for sharing.

    • Reply Dunia Farisya Nov 12, 2019 at 8:11 AM

      Aah harga dia jauh lebih murah dari servis jubin biasa

  • Reply Hanny Abdullah Nov 12, 2019 at 1:31 AM

    Sis pun buat lantai dalam bilik air macam ni jugak. Last year sis buat, bagus sebab lantai tak licin dan tak lah nampak kotor serta senang nak cuci.

    • Reply Dunia Farisya Nov 12, 2019 at 8:11 AM

      kak Hanny dah buat epoxy flakes dekat rumah ye?Bagusnya hehehe

  • Reply Nana Hassan Nov 12, 2019 at 3:54 AM

    Menarik nya ni. Puas hati tengok lantai tu. Lantai tak licin tu yang best. Tak ada la asyik tergelincir aje

  • Reply Ayu Rafikah Nov 12, 2019 at 5:50 AM

    Cantik lps dah tgk
    Pemasangannya. And br tahu ttg ini lps bc entri ini hehehe. Tq for sharing ya. Bgs utk mereka yg minat mendeko rumah

    • Reply Dunia Farisya Nov 12, 2019 at 8:10 AM

      Simpan artikel ni siap2 hehe mana tahu berguna nanti kan hehehe

  • Reply RAIHANAH AHMAD Nov 12, 2019 at 7:09 AM

    bagus macam ni, taklah permukaan licin dalam toilet tu boleh sebabkan jatuh. kalau permukaan kasar macam ni lagi baik

  • Reply Jaja Zaleha Nov 12, 2019 at 7:23 AM

    Epoxy ni untuk masalah kebocoran lantai je ke? Kalau lantai simen cracked, boleh juga tak ya? Sebab terfikir.. ada lantai kat rumah kampung yang dah retak sbb tanah mendap 😅

    • Reply Dunia Farisya Nov 12, 2019 at 8:10 AM

      Kalau masalah lantai cracked, epoxy pun boleh setelkan juga.

  • Reply Mimi Azirah Nov 12, 2019 at 8:00 AM

    Memang teringin nak pasang Epoxy Flakes ni kat lantai dapur dan bilik mandi. Lantai sedia ada ni jenuh duk sental kalau kotor lepas tu mudah bocor. Berapa total eh dorang ambil buat ni. Teringin pulak nak buat

    • Reply Dunia Farisya Nov 12, 2019 at 8:09 AM

      Harga ikut berapa besar saiz lantai.Harga murah skit dr pasang jubin biasa kak.

  • Reply Ruby Nov 12, 2019 at 10:42 AM

    Wahh cantiknya lantai bilik air. Suka pula tengok camtu. Dalam masa kita repair, kita juga dapat toilet macam hotel. Hahaha. Nanti ada rumah baru, terus nak buat camni. Early protection kan.

  • Reply Veronica Chiao En Nov 12, 2019 at 11:06 AM

    WOW~! This is nice! Which means I can change my tiles already! Thanks for sharing! Will let my dad know!

  • Reply Nadia Johari Nov 12, 2019 at 3:06 PM

    wow cantik gilerok..nak sangat..senang takyah pecah simen..corak pulak semua cantik..teringin nak apsang ni…nanti nak usha jap..agak2 ada sampi ribu gak ke..

  • Reply mekyunie Nov 13, 2019 at 9:06 PM

    weih serius cantik and pertama kali dengar tentang hal ni. tak licin dan cantik tu yang nak untuk rumah. paling penting kos tak tinggi seperti beli jubin baru. elokkk.

  • Reply MAISARAH IBRAHIM Nov 14, 2019 at 8:20 PM

    mula-mula singgah sini tengok gambar lantai je dah lawa terukkkk sis insecure ahahahaha

  • Reply Azroy Malex Jun 9, 2020 at 6:00 PM

    Lantai bilik air skrg warna coklat sama mcm taik. Kalau anak terberak atas lantai, mmg x perasan. Nak tukar warna lain selain warna taik heheee

  • Reply Azroy Malex Jun 9, 2020 at 6:01 PM

    Lantai bilik air skrg warna coklat sama mcm t4ik. Kalau anak terberak atas lantai, mmg x perasan. Nak tukar warna lain selain warna t4ik heheee

  • Leave a Reply