PARENTING

Car Seat Berlabel Keselamatan R44 & R129 Diiktiraf Di Malaysia – MIROS

Nov 1, 2019

Rasanya ibu ayah semua dah sedia maklum Kementerian Pengangkutan baru mengumumkan yang penggunaan kerusi keselamatan kereta kanak-kanak / baby car seat (CRS) bakal diwajibkan pada tahun hadapan.Angka kematian 1559 melibatkan kanak-kanak berumur bawah 10 tahun akibat kemalangan jalan raya antara tahun 2007 hingga 2017.Rentetan isu ini,kerajaan dah mula untuk kuatkuasakan penggunaan car seat bermula 1 Januari 2020.Ini satu langkah yang sangat wajar untuk pastikan anak kita selamat dan sihat sepanjang perjalanan dalam kereta.

Bila dengar berita tu,mesti ramai ibu ayah dah mula survey car seat anak dekat kedai barangan bayi mahupun online.

Amni sendiri memang dah ada car seat untuk Adira.Kami dah mula praktis pemakaian car seat pada Adira sejak kecil lagi.Jadi memang tak ada masalah untuk dia menyesuaikan diri.

Bagi ibu ayah yang baru sahaja nak cari car seat tu,kena ingat bahawa hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan di Malaysia. Mesti serabut kepala kan?Hehe.Tapi tak pe jangan risau,Amni akan share salah satu jenama car seat yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 iaitu Maxi-Cosi.

Maxi-Cosi Titan Pro Car Seat R44

Maxi-Cosi Titan Pro merupakan car seat yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 9 bulan sehingga 12 tahun.Car seat Maxi-Cosi Titan Pro didatangkan dengan kusyen kanak-kanak (inlay) yang selamat dengan 5-point tali pinggang keselamatan.Bila usia anak meningkat,mereka hanya boleh menggunakan booster seat dengan menggunakan 3 point tali pinggang keledar kereta.

Reka bentuk car seat Maxi-Cosi Titan Pro lebih selesa untuk anak yang semakin hari semakin membesar.Teknologi keselamatan G-CELL adalah teknologi yang melindungi kesan hentakan sisi yang terletak di kedua-dua Maxi-Cosi Titan Pro.Teknologi Air-Protect pula yang terletak di tempat sandar kepala (headrest) melindungi bahagian kepala dan leher anak sekiranya berlaku kecemasan.Fabrik jenis buluh sejuk membuatkan mereka jadi lebih selesa dan kerusi yang empuk serta padding juga menjadikan perjalanan mereka lebih relaks.

air protect technology

g-cell technology

4 Sebab Maxi-Cosi Titan Pro Car Seat Terbaik

  • Sesuai untuk anak seawal usia 9 bulan sehingga 12 tahun
  • Headrest (tempat sandar kepala) yang boleh dilaras sehingga 11 langkah.
  • Teknologi G-CELL hentakan sisi yang membekalkan struktur sel berkualiti tinggi berbentuk hexagon yang menahan kesan hentakan sisi pada semua peringkat umur.
  • Fabrik buluh yang sejuk digunakan untuk fabrik dalaman car seat membuatkan suhu car seat sentiasa pada paras yang baik demi keselesaan anak.

Spesifikasi Maxi-Cosi Titan Pro

  • GrowSafe headrest terbaik dan paling selamat di setiap peringkat
  • Pelarasan headrest mudah
  • Kelengkapan keselamatan serentak dengan pelarasan headrest
  • Mudah untuk letakkan anak dan keluarkan anak dalam beberapa saat sahaja.
  • Proses ‘buckle up’ (tali pinggang keledar) cepat untuk kanak-kanak dari 4 hingga 12 tahun
  • Sarung kusyen boleh dibasuh
  • Terdapat tempat pemegang cawan
  • 3 pelarasan kedudukan (recline position)
  • Kusyen kanak-kanak yang selesa dan terbaik
  • Fabrik jenis buluh yang selamat dan menyejukkan.
  • Teknologi kesan hentakan sisi Superior G-CELL untuk kawasan bahu
  • Teknologi kesan hentakan AirProtect untuk lebih perlindungan pada kepala
  • Pemasangan ISOFIX yang lebih teguh.
  • Keputusan ujikaji yang cemerlang.
  • Pengesahan pemasangan ISOFIX yang betul
  • 5 point tali pinggang keselamatan yang disahkan.
  • Sistem Perlindungan Sisi

 

Maxi Cosi CabrioFix+FamilyFix base

Maxi Cosi CabrioFix yang digabungkan dengan tapak jenis FamilyFix merupakan carrier untuk bayi yang selesa dan selamat.Sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga 12 bulan.Carrier jenis ini lebih ringan ,mudah dan cepat untuk dibawa kemana-mana ataupun untuk diletak pada Maxi-Cosi atau Quinny stroller.Bayi akan lebih selesa sebab ada extra padding dan ada seat size reducer untuk bayi baru lahir.Carrier Maxi Cosi CabrioFix juga diperkukuhkan dengan teknologi perlindungan sisi.Boleh guna tali pinggang keledar kereta ataupun Click & Go Maxi-Cosi base units.

 

baby carrier yang selamat 2020

Maxi-Cosi CabrioFix Baby carrier

tapak untuk baby carrier

Inilah yang kita panggil FamilyFix base iaitu tapak untuk baby carrier.

 

4 Sebab Carrier Maxi Cosi CabrioFix+FamilyFix Terbaik

  • Sistem perlindungan sisi
  • Pemasangan yang mudah dengan hanya ‘Click and Go’
  • Carrier yang fleksibel,mudah diangkat dan dibawa kemana-mana.
  • Perlindungan kepala yang lebih selesa.

Maxi-Cosi Pengeluar Car Seat,Carrier Dan Stroller Terbaik

Kenapa perlu pilih Maxi-Cosi sebagai pilihan pertama untuk beli car seat ataupun carrier anak? Sebab Maxi-Cosi ni sudah lebih 30 tahun berpengalaman dalam menghasilkan dan mengeluarkan produk bayi yang paling selamat,praktikal dan selesa.Semua produk keluaran Maxi-Cosi memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh industri pakar keselamatan dan badan kerajaan.Hatta piawaian yang paling sukar sekalipun,Maxi-Cosi boleh lepas.Di sebabkan inilah Maxi-Cosi merupakan jenama yang dipercayai di seluruh dunia dan merupakan pilihan pertama ibu ayah di luar sana.

10 Sebab Perlu Pilih Maxi-Cosi

  • Pengeluar Nombor 1 car seat bayi di seluruh dunia
  • Perintis utama industri car seat bayi di Eropah
  • Maxi-Cosi adalah panggilan kepada car seat di Utara Eropah
  • Melepasi sehingga 1000 kali ujian car seat semasa proses R & D sesuatu produk.
  • Diuji dengan ujian hentaman depan dan belakang , hentakan sisi dan 360 ° secara keseluruhan untuk perlindungan yang lebih maksimun.
  • Semua ujian dilakukan dengan lebih daripada 300 sensor setiap dummy dari semua peringkat umur.
  • 5000 kali ujian dilakukan pada sistem harness dan buckle up.
  • 10000 bounce diuji untuk memastikan ketahanan yang optimum
  • Car seat bayi diuji pada kereta sehingga 300 km
  • Penyambung Isofix diuji sehingga 2000 kali
  • Diuji dengan tahap kelembapan dan suhu tinggi.

Selain tu Maxi Cosi ada pelbagai model mengikut peringkat umur. Model terbaru akan datang PriaFix 0 – 25 kg sesuai untuk newborn sehingga kanak-kanak berumur 7 tahun.Model RodiFix AP dan Kore Pro bermula dari berat 15 to 36 kg (4 – 12 years).

Maxi-Cosi Jalani Ujian Perlanggaran Di Miros,PC3

Demi untuk menggalakan orang awam untuk mematuhi penguatkuasaan terbaru untuk car seat, MIROS bersama Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara (Asean Ncap), Mamours dan Maxi-Cosi telah melakukan 2 ujian kemalangan kereta pada 23 dan 26 Oktober 2019 bertempat di Makmal Ujian Perlanggaran MIROS PC3, Melaka . Apa yang best orang awam boleh melihat sendiri ujian kemalangan yang menggunakan car seat Maxi-Cosi dan bagaimana car seat mampu menyelamatkan anak-anak kita.

2 jenis car seat jenama Maxi-Cosi iaitu Maxi-Cosi Titan Pro & Maxi-Cosi CabrioFix+FamilyFix digunakan untuk menguji sejauh mana ianya mampu melindungi kanak-kanak semasa kemalangan. Kedua-dua jenis car seat ini memenuhi Standard Keselamatan Eropah ECE R44 yang juga akan diguna pakai oleh kerajaan Malaysia sebagai penanda aras.

Ujian kemalangan pertama yang dijalankan pada 23 Oktober melibatkan sebuah kereta BMW 318i, dengan kelajuan 64km / jam, menghentam dari arah hadapan.

Ujian kemalangan kedua pula pada 26 Oktober melibatkan sebuah troli besi dengan kelajuan 50km / jam telah menghentam BMW yang statik membuktikan bahawa walaupun kelajuan yang perlahan boleh menyebabkan kesan yang besar ke arah kereta.

Hasil kedua-dua ujian itu menunjukkan kerusi kereta Maxi-Cosi tetap kekal kukuh di kedudukan asalnya di dalam kereta, masih memegang dummy (patung uji) dalam ruang yang membuktikan bahawa car seat benar-benar perlu bagi kanak-kanak untuk menjamin keselamatan mereka semasa perjalanan kereta.

bmw accident

Ujian1:Hasil selepas hentaman hadapan

 

dummy test car accident

Dummy (Patung Uji) masih dalam berkeadaan baik selepas kemalangan

 

Muat Turun Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Di Malaysia

Malah MIROS juga telah mengeluarkan Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah baru-baru ini.Pelbagai panduan berguna dapat diperolehi dengan merujuk sebelum ibu ayah membuat keputusan membeli kerusi keselamatan kanak-kanak.Antaranya tentang label piawaian keselamatan, jenis kerusi keselamatan yang sesuai mengikut umur, serta cara pemasangan yang selamat seperti yang dapat dilihat dalam rajah di bawah.

Maxi-Cosi car seat dan carrier sememangnya sudah mempunyai pelekat E-Mark seperti yang diterangkan dalam gambar di atas.Semasa ujian perlanggaran dilakukan, car seat tersebut memang sudah menepati piawaian yang ditetapkan.

 

Muat turun Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Di Malaysia di pautan http://ow.ly/VrwQ30pLvFY. ]

Jadi ibu ayah yang tak tahu mana nak beli car seat yang memenuhi piawaian dan selamat,boleh beli di Mamours Sdn Bhd.Mamours merupakan kedai barangan bayi lengkap dari hujung kaki sehingga ke hujung kepala.

Kesemua produk yang dijual di Mamours selamat dan melepasi ujian yang ditetapkan oleh European dan US Safety Standards.Antara produk yang ‘laku keras’ di Mamours adalah top strollers, car seats, accessories dan high chairs dari Quinny, Peg Perego, Safety First, Maxi Cosi dan Bebe Confort.

Apa yang best di Mamours juga sebab demonstrasi, nasihat dan perbandingan akan diberikan mengikut keperluan dan bajet sesebuah famili itu sendiri.
Jadi jangan lupa datang berkunjung ke Mamours hari ini!

Maklumat lanjut:

Website:https://www.mamours.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/mamoursmalaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/mamoursmalaysia/

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply