FESYEN PARENTING

Tudung Kanak-Kanak Murah Dan Selesa Dari TudungSiComel

Dec 23, 2019

Tudung Kanak-Kanak Murah Dan Selesa Dari TudungSiComel

Assalamualaikum

Sekolah dah tak lama dah nak mula kan.Tengok dekat facebook,instagram,semua mak ayah sibuk cari kelengkapan sekolah anak.Adira belum masanya lagi.Tinggal beberapa tahun lagi sebelum dia nak masuk sekolah hehe.Antara kelengkapan sekolah yang paling dicari ialah tudung sekolah anak.Tudung sekolah anak memang kena standby 2-3 helai ya setahun.Biasalah anak perempuan,kalau balik dari sekolah tak sah kalau tudung tak comot hehe.

Jadi hari ni Amni nak share tudung kanak-kanak yang murah dan selesa dari TudungSiComel.com . Amni tertarik dengan misi dari jenama TudungSiComel ni iaitu membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda . Satu misi yang ringkas tapi penuh dengan pengisian. TudungSiComel.com berhasrat untuk memudahkan ibu-ibu bagi mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri MUDAH, LEMBUT & SELESA. Adira pun dah berjinak-jinak pakai tudung . Alhamdulillah dia tak menolak ya. Suka sangat sampai tak nak cabut tudungnya hehe.

Antara produk tudung yang dikeluarkan oleh TudungSiComel ialah tudung sekolah,tudung kasual ,inner,baju sekolah, kain sekolah, blouse kanak-kanak dan tudung untuk si ibu.Setiap jenis tudung ada pilihan material dan awning yang berlainan.Jadi ibu ayah boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anak. Ya banyak sangat pilihan Amni tengok sampai Amni pun rambang mata nak pilih untuk Adira hehe.

Tudung Sekolah Budak

Tudung sekolah yang dikeluarkan oleh TudungSiComel mempunyai lima pilihan iaitu awning lembut,awning scuba,scuba dagu,scuba dagu labuh,scuba dagu getah.Setiap tudung mempunyai pelbagai jenis saiz pilihan mengikut kesesuaian si pemakai.Kalau ada yang masih belum tahu, awning scuba ni dihasilkan dari material scuba istimewa di mana ianya mudah terbentuk .Jadi tak isu tudung tak menjadi lepas ni hehe. Zaman Amni dulu material kain licin biasa je . Jenuh nak bagi muncung tu menjadi sepanjang masa hehe.

Tudung-Sekolah

Tudung Sekolah Awning Lembut

Mudah dan Selesa. Awning Lembut yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan kain Lycra Korea berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Sejuk, Lembut dan Gebu.

Dijahit dengan empat ukuran khas iaitu SSSdan L Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya.

tudung sekolah rendah warna putih

tudung sekolah awning lembut

Tudung Sekolah Awning Scuba

Mudah dan Selesa. Awning Scuba yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan kain Lycra Korea berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Sejuk, Lembut dan Gebu.

Ukuran Khas. Dijahit dengan empat ukuran khas iaitu SSSdan L Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya.

tudung biru pengawas sekolah rendah

Tudung Sekolah Awning Scuba Berdagu

Mudah dan Selesa. Awning Scuba yang mudah dipakai dan dibasuh. Lapik Berdagu Flip 2-in-1 yang boleh dilipat ke dalam dan dijadikan lapik bawah dagu bergetah.
Dihasilkan dengan kain Lycra Korea berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Sejuk, Lembut dan Gebu.

baju pengawas sekolah kanak-kanak perempuan

Tudung Kasual Budak

Selain tudung sekolah,TudungSiComel juga mengeluarkan tudung kasual untuk kegunaan harian si comel dan ibu.Pelbagai corak dan material boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing.Amni sendiri dah aim beberapa helai untuk Adira.Nak biasakan dia pakai tudung bermula dari sekarang.

Apa yang best dengan tudung kasual dari TudungSiComel ni adalah tudungnya MUDAH dipakai (sarung sahaja), lembut dan menyerap peluh. Tudung ni tak perlu iron.Lepas basuh dan kering boleh terus pakai. Tudung ini dihasilkan dengan 5 saiz khas untuk Ibu dan Anak berusia 2 tahun – Dewasa.

 

Inner Tudung Budak

TudungSiComel juga mengeluarkan Inner tudung budak bagi memudahkan kerja ibu ayah.Tak perlu cari dan beli di berlainan tempat.Dekat TudungSiComel semuanya ada untuk kelengkapan anak gadis kita.Material inner sangat strecthable dan lebih panjang .Oleh itu rambut tidak mudah terkeluar.

Testimoni Memuaskan Dari Pelanggan

Bagi Amni sebelum nak beli barang , Amni akan baca testimoni sepuas hati.Sama juga nak beli tudung ni.Amni baca testimoni sampai puas hati hehe.Dekat TudungSiComel,semua testimoni ibu ayah memuaskan hati Amni.Hehe.Lepas ni boleh dah beli 2-3 helai untuk Adira kan.

 

Mana Beli Tudung Budak TudungSiComel ?

Sebarang pembelian dan pertanyaan lebih lanjut mengenai produk dari TudungSiComel , boleh berhubung terus ke sosial media mereka.

Web: tudungsicomel.com 
Web: tudungsicomel.my
Facebook: facebook.com/tudungsicomeldotcom
Call : 03-6144 5698
Instagram: www.instagram.com/tudungsicomel

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply