KECANTIKAN

Senarai Peserta Miss Pink Lady Asia Musim Ke-2

Nov 26, 2019
girls with black dress

Bagi yang pernah menonton Miss Pink Lady Asia Musim Pertama yang bersiaran melalui saluran Youtube PinkLady.TV,pastinya ternanti-nanti musim ke-2 pula.Kali ini senarai peserta bagi Miss Pink Lady Asia Musim Ke-2 telah diumumkan.Seramai 12 peserta dari 8 negara berlainan bakal berentap merebut gelaran Miss Pink Lady Asia 2019.Jadi siapakah yang bakal menjadi peserta kegemaran penonton kali ni?

Miss Pinklady Asia (MPLA) Musim ke-2 merupakan rancangan realiti yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia iaitu Malaysia,Thailand,Myanmar,India,Korea,China,Philipines,Singapore dan Indonesia.Kali ini kesemua peserta akan ditempatkan disebuah lokasi yang dirahsiakan.Mereka akan menjalani rutin harian serta melengkapkan segala tugasan yang diberikan oleh pihak penganjur disamping bersaing antara satu sama lain.Antara tugasan yang bakal dihadapi oleh peserta ialah catwalk,sesi penggambaran dan juga sesi pengiklanan.

girls with black dress

Untuk musim kedua MPL ASIA kali ini, mereka akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat dengan program terkenal iaitu ‘The Face’ dan ‘Next Top Model Asia’.Setiap cabaran dan tugasan yang dilakukan oleh setiap peserta akan diadili oleh panel hakim yang berpengalaman dalam bidang peragaan dan fotografi.

Pemenang MPL ASIA Musim ke-2 bakal membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM 12,000 (tempat pertama) , RM 8000 (tempat kedua) dan RM 5000 untuk tempat ketiga.

Apa yang lagi menarik perhatian Amni kali ini adalah dimana selebriti,model dan aktivis terkenal Haneesya Hanee telah terpilih sebagai salah seorang finalis Miss Pink Lady Asia musim ke-2.Mungkin nama Haneesya Hanee sering bermain di bibir setiap netizen sejak kebelakangan ini,namun itu bukanlah penghalang baginya untuk menonjolkan diri dan mencungkil bakat terpendamnya dalam bidang peragaan.Mampukah Haneesya Hanee merebut gelaran Miss Pink Lady Asia 2019?Sama-sama kita nantikan sehingga episod yang terakhir.

MPL ASIA bakal bersiaran selama 13 episod di saluran Youtube PinkLady.TV.Korang boleh mula menonton episod pengenalan yang bakal bersiaran pada 4 Januari 2020 yang dihoskan oleh Ikon Peragawati Malaysia , Sunshine . Episod mingguan pula akan disiarkan setiap hari sabtu jam 10 malam.

Informasi lanjut,tontoni Pink Lady Extra setiap hari Rabu di www.pinklady.tv !

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply