SEMBANG SANTAI TIPS

Warkah Cinta Untukmu

Jul 13, 2021

Warkah cinta buat insan yang ku sayangi dan hormati.

Subhanallah,indahnya perjalanan hidup kita yang Allah telah susun.

Pertamanya, diri ini ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan rasa berterima kasih terhadap dirimu yang sudi menerima diri ini yang serba kekurangan,naif dan masih lagi merangkak dalam melakar jalan kehidupan.

Setiap kali teringatkan bagaimana Allah mempertemukan kita berdua, sungguh hati ini tidak lepas dalam mengucapkan rasa syukur yang teramat kepada Allah.Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.

Tanpa disedari,begitu pantas masa berlalu dan semuanya dirasakan terlalu cepat berlaku.Walaupun perkenalan yang singkat,namun Allah tetap mempermudahkan segalanya tanpa kita sedar.Walau ujian silih berganti, tapi kita tetap utuh berdiri sebagaimana perancangan Allah.

Saat dua jiwa disatukan,terasa semuanya bagaikan mimpi sehinggalah kehadiranmu disisi menyedarkan aku dari segalanya.Malah membuatkan aku terpana bahawa dahulunya sendiri, kini dirimu berada disisi.Maka disini bermulalah episod kehidupan baru kita berdua.

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi kita suami isteri.Hari demi hari yang kita jalani bersama menjadi ‘sesi pembelajaran’ bagi kita berdua.Bukan mudah untuk dihadami, namun pasti boleh diharungi.Allah pasti memimpinku dalam menjadi suri hidup terbaik dalam hidupmu.

Dari episod kehidupan kita, banyak sekali yang aku pelajari.Baik sebagai penyeri hidupmu, mahupun sebagai hambaNya.Benarlah syurga itu mahal, namun andai diri patuhi segala yang dipesani, pasti syurga akan dapat digenggami.

Terima kasih sayangku.
Terima kasih sekali lagi diatas kesudianmu menjadikan aku untuk menyempurnakan agamamu.
Sungguhpun aku bukan yang terbaik , jauh sekali dari kata solehah,tetaplah menyayangi,mencintai dan merinduiku setiap masa.
Sesungguhnya sayangku,rindu dan cintaku tiada syarat untukmu.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply