TIPS

Macam Mana Nak Mohon i-Citra 2021

Jul 12, 2021

Pasti ramai yang nak tahu macam mana nak Mohon i-Citra 2021 memandangkan hari ini permohonannya sudah mula dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa sebarang syarat yang ketat dikenakan.i-Citra merupakan Kemudahan Kewangan Tambahan Kepada Ahli Yang Terkesan dengan Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.Permohonan ini dibuka kepada :

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online.Permohonan i-Citra dibuka mulai 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021 sahaja.Jadi jangan lepaskan peluang ini dan mohon i-Citra hari ini.

Cara Isi Borang Permohonan i-Citra Secara Online

Ikuti langkah demi langkah yang disediakan bagi memudahkan urusan i-Citra anda.

Nota kecil:
Permohonan hanya boleh dilakukan secara online sahaja melalui komputer atau mobile phone.

Langkah 1: Buka halaman i-Citra 2021 . Klik sini i-Citra 2021

Kemudian klik pada ‘PERMOHONAN’

Langkah 2: Masukkan Nombor MyKad/MYPR anda di ruangan berikut.Kemudian klik ‘TERUSKAN’.Pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah nombor telefon yang pernah didaftarkan dalam website KWSP sebelum ini.

Langkah 3: Masukkan OTP (One Time Password) yang anda terima melalui mesej biasa di nombor telefon bimbit yang di daftarkan.Kemudian klik ‘Sahkan Nombor OTP’

Langkah 4: Pilih AMAUN yang dikehendaki.Sekiranya anda memilih untuk mengeluarkan maksimun RM5000, klik ‘TERUSKAN’ sahaja.Sekiranya anda memilih untuk mengeluarkan kurang dari RM5000, pilih ‘Klik untuk mengurangkan amaun pengeluaran’

Langkah 5: Masukkan email yang aktif, alamat surat menyurat terkini dan nombor akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri.
Pastikan anda memilih jawapan untuk sebab pengeluaran dan bagaimana i-Citra dapat membantu anda.Yang ni wajib jawab.Pilih je jawapan yang disediakan.Kemudian klik ‘TERUSKAN’

Langkah 6: Semak butiran yang dimasukkan tadi di ruangan pengesahan permohonan.Paling penting pastikan nombor akaun anda adalah betul.Kalau tersalah masuk, akan menjadi sedikit rumit memandangkan KWSP sedang menerima jumlah panggilan yang banyak ketika ini.Jadi jangan gelojoh, semak dengan betul butiran anda.Kemudian klik ‘HANTAR’ .

Langkah 7: Selesai,permohonan anda akan berjaya dihantar sekiranya anda melihat paparan berikut:

Soalan Lazim berkaitan i-Citra 2021

Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?
Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP.

Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti :

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

Bayaran bulanan i-Citra akan terhenti sekiranya;

  1. Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun; atau
  2. Terdapat apa-apa pengeluaran penuh diluluskan (contoh: Pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dan lain-lain); atau
  3. Ahli membuat pembatalan i-Citra

Bolehkah amaun Pengeluaran i-Citra dipinda?
Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.

Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?
Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan.
Permohonan semula tidak dibenarkan.

Adakah bayaran Pengeluaran i-Citra diberi keutamaan berbanding dengan lain-lain pengeluaran?
Ya, bayaran i-Citra diberikan keutamaan berbanding bayaran pengeluaran lain.
Bagaimanapun, sekiranya ahli juga menerima pembayaran Pengeluaran i-Sinar dan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan, bayaran pengeluaran ini akan diberikan keutamaan.

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply