Duit Dalam Perkahwinan.Satu Keperluan atau Satu 'Pinggiran'? - Dunia Farisya
SEMBANG SANTAI

Duit Dalam Perkahwinan.Satu Keperluan atau Satu ‘Pinggiran’?

Feb 27, 2017

Duit Dalam Perkahwinan.Satu Keperluan atau Satu ‘Pinggiran’?

Hari ni masuk 8 bulan saya dan suami berkahwin dan tinggal sebumbung.Malah hari ni genap 3 bulan kandungan saya.Satu tempoh yang masih singkat tetapi mengajar saya banyak erti kehidupan berumahtangga.Jujur saya katakan,kehidupan berumahtangga tidak semudah yang dibayangkan seandainya tiada sikap yang positif seperti bertolak-ansur,tolong-menolong dan saling mempercayai.

Pada awal fasa perkahwinan,jujur saya katakan bahawa saya dan suami mempunyai masalah kewangan.Pada ketika itu kami masih merangkak dan masih terkapai-kapai bagaimana cara untuk mencari duit yang lebih untuk menampung kehidupan berumahtangga.Semuanya memerlukan duit!Tambah lagi dengan kehidupan di ibu kota yang penuh dengan perbelanjaan yang tinggi.Waktu bujang dahulu,mana ada nak fikir semua ni.Makan maggi hari-hari pun tak de hal.Tapi sekarang semuanya berbeza.

Satu perkara yang membuatkan saya sangat-sangat bersyukur ialah mempunyai pasangan yang sangat memahami,mudah bergaul,tenang dan berfikiran positif.Satu perkara yang paling dicari oleh rakyat Malaysia dalam pasangan yang ideal adalah sikap mudah bergaul (76%) -# PrudentialRelationshipIndex.Suami saya seorang yang sangat positif dalam apa jua keadaan.Tatkala saya kadang-kadang dilanda badai negatif,dia hadir menenangkan jiwa dan perasaan saya.Saat saya terkesan waktu kami hanya mempunyai wang RM50 di dalam akaun simpanan kami.Waktu ini saya sangat-sangat sedih.Tetapi dia datang menenangkan jiwa saya.

Dalam realiti kehidupan hari ini,duit sebenarnya memainkan peranan utama.Pendek kata tak de duit,sesak sikit nak bernafas.Itu pendapat Amni,jangan kecam.Tapi realitinya begitu.Hatta nak masuk ke tandas sekalipun dah kena bayar.Tetapi demi menjaga kemaslahatan rumah tangga,pasangan kita seharusnya saling memahami dan sama-sama berusaha bagi memastikan tahap kewangan rumahtangga berada di paras yang baik.Senang cerita,ada duit semua mudah InsyaAllah.

Bila berkahwin,pendek kata duit kita duit kitalah.Duit suami duit kita.Tetapi sebenarnya adalah bagus sekiranya kita campurkan sekali duit kita dengan duit suami dan urus dengan baik.Ramai di kalangan rakyat Malaysia sebenarnya cenderung nak urus duit berasingan.Kononnya bimbang takut suami ‘angkat kaki’ atau ‘lari dengan perempuan lain’.Ketika inilah sebenarnya kepercayaan dan niat yang tulus itu penting.Memang kita perlu berjaga-jaga tetapi jangan terlalu obses sampaikan memakan diri sendiri.

Hanya 39% daripada rakyat Malaysia yang telah berkahwin mempunyai akaun bersama, tetapi 67% merancang kewangan mereka bersama-sama.-#PrudentialRelationshipIndex

Realitinya begitu sehinggakan pihak Prudential sendiri telah membuat satu kajian Indeks Perhubungan 2016 bagi memahami tentang tahap kepuasan dalam hubungan peribadi di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.Malaysia berada pada tangga ke-5 daripada 10 buah negara dan wilayah di Asia dari segi kepuasan orang tentang hubungan peribadi mereka.

Indeks Perhubungan Prudential 2016 untuk Malaysia adalah 71/100. Ini bermakna, di Malaysia, secara purata, perhubungan utama orang memenuhi 71% daripada keperluan perhubungan yang mereka ingini. Ini juga bermakna bahawa “jurang perhubungan” Malaysia adalah sebanyak 29%.

TEKAN DOWNLOAD UNTUK LIHAT HASIL KAJIAN PRUDENTIAL 

Salah satu hasil kajian Prudential membuktikan punca utama pertengkaran pasangan di Malaysia adalah disebabkan wang dengan 47 peratus.Jadi tidak disangkal lagi wang memainkan salah satu peranan penting untuk menjamin kebahagiaan hidup masa kini.Bagi Amni,pepatah yang menyatakan cinta adalah segalanya sudah tidak relevan lagi pada hari ini jika dilihat dengan keadaan ekonomi semasa.Kalau hidup tiada duit,cinta mungkin di letak di tepian sahaja.

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply