PARENTING

RIZQ Islamic School Anjurkan Program ‘MyCelebrity’ Untuk Pelajar

May 3, 2019

RIZQ Islamic School Anjurkan Program ‘MyCelebrity’ Untuk Pelajar

Assalamualaikum ❤

Bagi yang selalu mengikuti artikel Amni mesti pernah baca pasal RIZQ Islamic School kan? Salah satu sekolah yang Amni dah simpan dalam list untuk hantar Adira nanti.Doakan Amni dipermudahkan urusan untuk hantar Adira kat situ.Memang suka gile dah sekarang ni sekolah tahfiz premium ni sebab banyak kali dah Amni datang sini.Tak pernah mengecewakan environment dan guru-guru dekat sini.

So kali ni Amni nak share dengan korang yang sekarang ni RIZQ Premium Tahfiz School  anjurkan program MyCelebrity untuk mengembangkan holistik pelajar melalui program yang menjurus kepada daya kreativiti.

RIZQ Islamic School Anjurkan Program 'MyCelebrity' Untuk Pelajar

MyCelebrity ni program pembelajaran berkonsepkan hiburan.Bukan hiburan yang mengarut tu.Tapi lebih kepada hiburan dari menghadap buku sepanjang masa.Program ni lebih bertujuan untuk memperkenalkan konsep pembelajaran holistik kepada pelajar.Melalui program ni, pelajar boleh di dedahkan kepada kemahiran yang bernilai tinggi seperti coding,animasi,penghasilan video,music dan penggunaan bahasa mandarin.

RIZQ Islamic School Anjurkan Program ‘MyCelebrity’ Untuk Pelajar

Apa yang membezakan MyCelebrity program ni dari yang lain sebab dekat sini pelajar pun akan diajar module Public Speaking.Para pelajar akan dilatih dan diberi galakan untuk menzahirkan idea-idea mereka dengan lebih yakin di hadapan orang ramai.Jadi dekat sini anak-anak kita akan jadi lebih berani dan yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.Nanti bila mereka ke peringkat lebih tinggi,semua tu bukan lagi masalah pada mereka.Best kan?

Bagi Amni program MyCelebrity ni cukup bagus sebab misi RIZQ Islamic School ni memang untuk mencungkil potensi setiap pelajar sebab setiap anak itu dilahirkan dengan bakat yang tersendiri.

Okai untuk senarai program yang RIZQ Islamic School ni anjurkan di bawah MyCelebrity ialah :

RIZQ Islamic School Anjurkan Program 'MyCelebrity' Untuk Pelajar

Kelas Muzik (2 Jam)

Zaman Amni dulu kelas muzik setengah jam atau sejam je.Tapi di RIZQ Islamic School ni,pelajar akan mengikuti kelas selama 2 jam.Mereka akan belajar muzik dalam suasana yang menyeronokkan.Dalam masa yang sama mereka akan dilatih untuk mengutarakan pendapat dan idea mereka melalui modul Public Speaking.Pendekatan holistik sebegini sangat bagus untuk memastikan diorang capai kedua-dua skill mereka iaitu kemahiran dalam bidang muzik dan public speaking.

RIZQ Islamic School Anjurkan Program 'MyCelebrity' Untuk Pelajar

Kelas Coding (2 Jam)

Kelas coding ni lebih kepada untuk mendedahkan setiap pelajar bagaimana untuk mencipta,menyusun dan bermain dengan CODE.Jadi kelas ni lebih kepada mencungkil bakat setiap pelajar yang mempunyai potensi untuk menjadi programmer suatu hari nanti.Mereka akan belajar melalui blok kod visual revolusioner yang persis seakan konsep programming yang sebenar.Jadi dari sini mereka akan belajar conding dengan penuh yakin melalui kaedah pembelajaran sendiri yang interaktif.

RIZQ Islamic School Anjurkan Program 'MyCelebrity' Untuk Pelajar

Kelas Animasi (2 Jam)

Bermain dengan seni animasi ni semua pelajar suka.Hatta mak ayah pun kadang-kadang terlayan sama hehe.Ok apa yang best dengan kelas Animasi ni ialah,pelajar boleh bawak watak animasi kegemaran mereka ke dunia nyata melalui kuasa animasi yang bakal dipelajari oleh mereka.Dalam kelas ni pelajar akan belajar dalam bentuk berkumpulan mengenai kuasa naratif menggunakan teknik-teknik seperti rekaan watak,penulisan skrip,pencahayaan,music dan reka bunyi.

RIZQ Islamic School Anjurkan Program 'MyCelebrity' Untuk Pelajar

Kelas Penghasilan Video (2 Jam)

Kelas editing video ni sebenarnya kemahiran bonus untuk pelajar yang pandai menguasainya.Melalui kelas ni,pelajar boleh menimba pengalaman dalam dunia penghasilan filem.Mereka akan belajar penulisan skrip,penceritaan,lakonan,pengarahan,kamera,pengendalian dan editing bunyi untuk menghasilkan filem pendek.Kelas ni memang boleh cungkil bakat kreatif yang tersembunyi,kerjasama antara ahli dan kemahiran untuk hidup.

RIZQ Islamic School Anjurkan Program 'MyCelebrity' Untuk Pelajar

Kelas Bahasa Mandarin (2 Jam)

Zaman sekarang ni,kalau anak-anak kita boleh bertutur lebih dari satu bahasa,memang satu bonus bagi mereka.Nak pergi apply mana-mana tempat pun mudah sangat.Dalam kelas ni pelajar akan belajar dan menguasai bahasa Mandarin melalui kaedah pembelajaran yang interaktif.Dalam masa mereka akan di ajar modul public speaking.Jadi dari sini mereka akan jadi lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa Mandarin.

Apa yang Amni tahu seni dan kreativiti sangat bagus untuk meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak,meluaskan lagi skop imaginasi mereka dan mencungkil bakat kreatif yang tersembunyi dalam diri mereka.Malah pembelajaran yang interaktif dalam bidang seni ni boleh kembangkan imaginasi,kreatif dan daya berfikir yang inovatif.Kanak-kanak pun jadi lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri,yakin untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan boleh menyusun idea dengan baik.

RIZQ Islamic School Anjurkan Program ‘MyCelebrity’ Untuk Pelajar

Jadi bila program MyCelebrity ni di adakan bagi Amni sangat bagus sebab bila seni dan kemahiran di dedahkan kepada kanak-kanak,mereka akan jadi bersemangat untuuk belajar,terokai dan ketahui perkara yang mendatang dan jadi lebih baik dari yang lain.

Amni rasa parents yang hantar anak ke program sebegini mesti terkejut bila tengok perubahan dan bakat yang terpendam dalam diri anak-anak kan.Amni sendiri pun tak sabar sebenarnya nak tengok Adira ada bakat celah mana besar nanti.Hehe

RIZQ Islamic School Anjurkan Program ‘MyCelebrity’ Untuk Pelajar

Zaman sekarang,pendidikan bersandarkan buku penting.Tetapi apabila seni dan kemahiran dipersiapkan lebih awal,insyaAllah anak-anak kita boleh meneruskan hidup mereka dengan lebih baik juga!

Sempena promosi raya ni,diorang ada berikan diskaun jugak bagi parents yang daftarkan anak mereka sebelum 5 June 2019.

Jadi bagi parents yang nak hantar anak-anak korang ke program MyCelebrity ni,Amni berikan details dekat bawah ni:

Kelas yang dianjurkan: Muzik, Animasi, Coding , Penghasilan Filem dan Bahasa Mandarin.

Siapa boleh join? : Anak-anak yang berumur 6 hingga 12 tahun.

Masa: Setiap hari ahad bermula April sehingga Jun 2019 .

Lokasi: RIZQ Preschool , Sungai Ramal Dalam ,Kajang.

Maklumat lanjut:
www.mycelebrity.rizq.edu.my
03-89120447
03-89260447
0183517357

 

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Mohd Yusnizan Oct 21, 2019 at 10:39 AM

    Awas, Rizq Islamic School adalah MARKETING SCAM. Rujuk ulasan saya pada google page Rizq.

  • Leave a Reply