Home SEMBANG SANTAI Lahirnya Khalifah Kecil Adira Azzahra

Lahirnya Khalifah Kecil Adira Azzahra

23
2
SHARE

Lahirnya Khalifah Kecil Adira Azzahra

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni merupakan hari ke 22 berpantang.Dan baru hari ni sempat nak menulis cerita dan pengalaman bersalin.Alhamdulillah perancangan Allah Maha Hebat,tanggal 5 September 2017 , 7.01 pm Amni selamat melahirkan seorang khalifah kecil seberat 2.54 kg diberi nama Adira Azzahra binti Muhammad Farid.Amni nak kongsikan pengalaman Amni dalam menempuh perjalanan untuk melahirkan Adira.Semoga coretan ini dibaca oleh Adira kelak dia besar.InsyaAllah.

2 September 2017
Merupakan hari kedua hari raya korban.Seawal jam 11 pagi bergerak ke Kota Bharu.Konon nak lepaskan hajat mengidam ‘teh tarik madu’ pak mat pulau pisang.Sampai sana kedai tutup,melepas!
Selepas isyak bergerak balik ke Terengganu semula,dalam perjalanan balik perut dah rasa lain macam.Rasa ngilu dekat ari-ari macam ada orang cucuk dengan jarum dekat situ.Tak senang duduk dah masa ni sebab rasa sakit sangat.Tapi tak regular.Selang dua jam macam tu dia sakit.

3 September 2017
Rasa sakit tu makin kerap tapi boleh tahan lagi.Haha.Sebabnya memang dah niat selagi boleh tahan,akan tahan.Sebab tak nak kena tahan di hospital lama-lama.Petang tu sempat merasa pulut sekaya dan daging black pepper buatan Along.Hehe.Sakit boleh tahan lagi demi makanan!Malam tu terus pergi serah diri dekat PAC HSNZ sebab sakit tak boleh tahan dahhhh!

3 September 2017 @ 9 malam
Daftar masuk ke PAC HSNZ.Lengang tak ada orang.Hehe.Tunggu doktor panggil untuk cek jalan.Doc cakap kena tahan wad sebab contraction makin kerap walaupun bukaan baru 1cm.Redha je kena tahan sebab memang dah stand by barang-barang baby bawak sekali.Jadi bermulalah malam pertama di Pusat Rawatan Ibu Dan Anak, Hospital Sultanah Nur Zahirah.Rasa macam check in hotel sebab kesemuanya kelengkapan baru.Katil pulak best weh.Haha.Loker baju sorang satu.Syok kejap.Tandas kongsi 4 orang je.Malam tu contraction okai lagi.Boleh bertahan.Hehe

4 September 2017
Bangun mandi awal pagi,masuk toilet nak kencing,perasan ada lendir coklat dan lendir macam hingus dekat peha belah kiri.Masa ni bukan rasa takut,tapi rasa syok sebab dengan harapan hari ni dah boleh bersalin.Haha.Tak payah stay lama-lama dekat hospital.Lepas tu inform staffnurse incharge pasal lendir tu.Lepas mandi je contraction makin menjadi-jadi pulak.Lepas breakfast terus tidur balik berehat.Ibu-ibu yang lain Amni tengok semangat betul berjalan hulu ke hilir sebab nak bukaan cepat terbukak.Tapi Amni,mampu melepek atas katil je sambil menahan sakit contraction.

4 September 2017 @ 9 malam
Sakit menjadi-jadi.Lepas tu staffnurse panggil untuk cek bukaan sebab sakit berterusan.Lepas doktor cek,bukaan baru 4cm katanya,tapi boleh standby untuk dihantar ke labour room dah katanya.Dia kata bila ada kosong baru diorang akan tolak.Tapi kalau sakit tak tahan sangat kena inform diorang cepat-cepat.Lepas cek bukaan,nurse panggil untuk cek jantung bayi pulak (CTG).Masa 20 minit cek CTG ni,sakit mak aiiiii makin rancak.Berjoget atas katil sambil pegang penghadang besi katil.Malam tu tidur serius tak lena.Selang sejam terjaga dek kerana sakit contraction ni.Serius tidur pun boleh terjaga taw sebab contraction punya pasal.Haha.Sampai la ke jam 7 pagi menahan sakit tu.Tidur-tidur ayam je malam tu taw.

5 September 2017
Pagi ni,sakit contraction makin kerap.Selang 5 minit sekali.Sampai kawan sebelah katil suruh paksa suruh cek bukaan lagi.Tapi Amni tahan lagi.Sebab sakit weh kena seluk.Ingat tak sakit ke.Haha.Sebab tu selagi contraction boleh tahan,Amni tahan lagi sampai diorang panggil untuk tolak ke labour room.Tapi kan,sepanjang sakit contraction ni Amni memang amalkan teknik pernafasan yang betul.Kawan Amni selalu pesan suruh study pasal teknik tu.Haha.Alhamdulillah memang sangat-sangat membantu walaupun sakit tu tak hilang tapi teknik tu bantu kita kawal emosi dan sakit tu.Tak adalah nanti meroyan dalam wad sebab sakit sangat.

5 September 2017 @ 5.00 pm
Masa ni suami (Farid) Amni masuk melawat.Amni nampak muka dia je,terus rasa sakit lain pulak datang.Haha.Masa ni rasa nak meneran berak.Selang 3 minit sekali dia datang rasa sakit nak berak tu.Suami suruh cek bukaan lagi,tapi Amni tahan lagi sebab takut jalan tak bukak banyak lagi.Ajak suami masuk toilet jap sebab rasa macam nak terberak.Masuk toilet,tengok pad makin banyak darah dan lendiran coklat.Duduk sekejap,tapi tak keluar pun najis,rasa macam nak terberak je.Masa ni berair mata dah.Terus suami ajak keluar pergi cek bukaan.Amni redha je sebab dah sakit sangat.Muka masa ni memang tak boleh nak kata apa dah.Suami cakap macam mak lampir dah haha.

5 September 2017 @ 5.30 pm
Sampai dekat bilik misi,bagitahu nurse nak cek jalan sambil bagitahu rasa macam nak meneran berak sangat dah ni.Tu dia terus nurse kalut weh.Haha.Nurse siap cakap jangan teran berak lagi,kita cek jalan dulu.Dengan lajunya nurse tu seluk tak rasa sakit apa dah,rasa nak meneran berak je tahu.Haha.Nurse cakap baru 6cm,tapi Amni cakap lagi tak tahan sangat dah ni nurse rasa nak meneran berak sangat-sangat dah ni.Dari skala 1-10,skala 10 dah Amni masa ni.Betapa tak tahannya.Haha

Terus nurse call labour room bagitahu urgent case sebab memang seriously tak boleh nak tahan.Berguling-guling dah atas katil.Makin kerap Amni cakap nak meneran,terus makin laju diorang tolak ke labour room.Diorang takut Amni terberanak dekat wad.Suami masa tu tak sempat nak tengok dah.Mata pun Amni tak boleh bukak dah sebab tahan sakit.Tahu-tahu dah sampai labour room.Macam zassss the flash je sampai.Haha.

5 September 2017 @ 6pm
Dalam labour room,ingat dah boleh terus teran sebab sakit sangat dah.Rupanya kena tukar baju dulu.Nurse amik detail dulu la.Masa ni Amni nak marah pun tak boleh sebab memang dah kerja diorang kena buat macam tu.Doktor pulak mak ai lembutnyaaa buat kerja.Haha.Sabar je la nasib baik Amni pun memang orang medical jugak.Jadi faham situasi depa.

Sepanjang dalam labour room ni,Amni kerap duk bagitahu nak teran berak je.Sampai doktor cakap,takpe berak je.Haha.Pastu selang setengah jam lepas tu duk menahan sakit dalam bilik tu,6.45 pm rasa nak teran sangat-sangat dah.Doktor cek jalan,8cm.Lepas dia seluk,makin rasa nak teran.Doktor suruh teran.Amni teran sehabis daya.Tapi Amni pengalaman pertama jadi tak pandai teran sangat (padahal sebelum admit,dah study cara-cara nak teran).Tapi bila mai sakit semua lupa.Dalam kepala duk ingat doa nabi yunus ja.

Kali pertama teran,rasa macam ada sebiji bola nak keluar dah.Tapi lepas teran kali pertama,terus rasa nak meneran berak tu hilang Haha.Doktor pun paksa lagi Amni teran.Masa ni Farid ada dekat sebelah dah.Dia siap paksa suruh teran.Haha.Tak takut darah langsung dia.Nurse siap cakap lagi teran panjanggggggg sikit pastu baru lepas.Pastu sambung teran panjang lagi cepat-cepat.Mulut kena tutup sambil kacip gigi.Suara jangan bunyi.Amni ikut je nurse tu suruh walaupun tak ada rasa nak meneran.Amni paksa gak diri untuk meneran sebab nurse cakap kepala baby dekat miss V dah.Nampak sangat dah kepala.

5 September 2017 @ 7.01 pm
Akhirnya lepas 3 kali cubaan meneran,Amni berjaya lahirkan seorang bayi perempuan.Masa kali ke 3 teran tu,terus rasa seketul bola besar beserta air panas keluar dari miss V tu.Bila dengar suara baby menangis,macam tak percaya Amni berjaya meneran.Haha.Terus hilang rasa sakit.Suami masa tu memang ada dekat tepi dah.Terus tengok muka Farid.Menitik air mata masa tu.Tapi tak tahu air mata kepenatan atau air mata sebak sebab berjaya lahirkan seorang khalifah Allah.Confius sebab baru lepas berjuang.Hahaha.

Habislah perjuangan Amni dalam labour room.Lepas ni Amni cerita perjuangan berpantang sambil menahan sakit kena jahit hampir sejam dalam labour room.Artikel akan datang Amni cerita ye.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here