Home SEMBANG SANTAI RIZQ Islamic School Sekolah Tahfiz Premium Di Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Tahfiz Premium Di Kajang

67
3
SHARE

RIZQ Islamic School Sekolah Tahfiz Premium Di Kajang | Assalamualaikum semua pembaca blog Amni.Hari ni Amni nak share pengalaman Amni melawat sekolah tahfiz premium di Kajang pada tempoh hari iaitu RIZQ ISLAMIC SCHOOL.Bertempat di No. 2, Lot 1456, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, Kg. Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Malaysia.RIZQ mula ditubuhkan pada tahun 2016.Tahun ni merupakan tahun pertama mereka beroperasi dengan kapasiti pelajar mencecah hampir 251 orang.

sekolah tahfiz di kajang

RIZQ Islamic School (RIS) Sekolah Tahfiz Terbaik Di Kajang

Secara umumnya yang Amni nampak,ada dua jenis sesi persekolahan di sini iaitu pra-sekolah dan sekolah rendah.Jadi bagi mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak ke sini,bolehlah mula usha dari pra-sekolah lagi.Hehe.

Masa mula-mula sampai di perkarangan sekolah,langsung tak dengar suara budak bertempiaran berlari,buat bising di koridor.Tak seperti sekolah kebangsaan lain.Hehe.Begitu berdisiplin.

Sekolah tahfiz ni bukan sembarangan boleh masuk taw.Kena lapor diri di pondok pengawal dan tinggalkan kad pengenalan/lesen sebelum diberi pas pelawat.Setiap pintu yang berada di bangunan sekolah ni juga dilengkapi dengan akses kod keselamatan.Jadi bakal ibu bapa yang berhasrat untuk hantar anak ke sini,tidak perlu risau akan tahap keselamatan di sekolah ini.

Sekolah Tahfiz Aplikasikan Methodology Finland Dan Japanase

Di RIS,para pelajar akan di ajar menggunakan teknik pembelajaran Finland iaitu pendekatan melalui play-based,imaginasi dan self-discovery.Di sini,para pelajar diberi kelonggaran untuk bermain dan bergelak ketawa di dalam kelas tanpa sebarang bantahan.Bagi RIS, kanak-kanak belajar melalui permainan, maka biarkan mereka bermain sepuas hati.

Sementara untuk ilmu pengurusan diri pula,RIS menerapkan method Japanese iaitu disiplin diri yang tinggi (hansei) , harmoni (Kyochosei) dan kekal sihat (Jobu na).Di sini juga mereka akan praktikkan penyertaan kelab kerjaya seperti kelab doktor,keusahawanan,robotik,masakan dan lain-lain.

Apa yang best di sini Amni lihat,tiada unsur ‘siapa bijak dia dihadapan’.Sini semuanya di layan sama rata.Malah setiap keputusan peperiksaan setiap murid adalah sulit dan tidak akan di dedahkan kepada orang lain kecuali ibu bapa mereka sahaja.

Malah setiap murid di sini akan diberi peluang untuk menjadi ketua di dalam kelas.Setiap hari ketua kelas akan bertukar.Manakala bagi setiap sesi waktu solat,orang yang berlainan akan menjadi Imam.Di sini juga tiada sistem pengawas.Apa yang lagi best bagi Amni,setiap kali sesi perhimpunan pagi mereka, para pelajar yang akan mengetuai sesi tersebut dan para guru akan duduk bersama dengan pelajar.Bukan di atas pentas.Lain kan?hehe.

RIS Praktikkan Floating Class

Di RIS juga,mereka akan praktikkan konsep floating class di mana setiap para pelajar akan bergerak ke kelas yang berlainan untuk setiap subjek yang berlainan.Jadi ianya mengelakkan para pelajar merasa lemau sebaliknya lebih aktif memandangkan mereka akan bergerak setiap masa.Setiap pelajar di sini juga akan diberikan loker peribadi masing-masing.

Bahasa pengantar utama yang mereka wajib gunakan dalam perbualan seharian ialah bahasa Inggeris.Jadi mahu atau tidak, mereka wajib belajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.Satu pendekatan yang sangat baik bagi para pelajar di sini.Jangan risau kalau anak korang tak pernah bertutur dalam bahasa Inggeris, guru di sini sangat supportive.

Dekat sini jangan risau.Parents tak perlu bagi duit poket.Semua makan minum disediakan.
Yakult merupakan Edu Health Partner dengan sekolah ni.Sihat la budak-budak dekat sini Hehehe
Even belajar mengaji pun melalui IPAD.Dekat sini sehari 1 jam sahaja mereka akan gunakan IPAD.
Aktiviti luar bilik darjah.Syok beb!

Macam Mana Nak Daftarkan Anak Di RIZQ Islamic School?

Bagi mereka yang berminat untuk menghantar anak mereka ke RIZQ ,bolehlah melayari media sosial mereka seperti berikut:

Facebook Page: RIZQ ISLAMIC SCHOOL
Instagram: @rizqislamicschool
Whatsapp: 018-3517357
Administration: 03-89120447

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here