Home MAKANAN Kali Pertama Jejak Kaki Ke Kopitiam Kita,Kota Bharu

Kali Pertama Jejak Kaki Ke Kopitiam Kita,Kota Bharu

270
10
SHARE

Kali Pertama Jejak Kaki Ke Kopitiam Kita,Kota Bharu | Hari ni baru sampai rumah dari Kelantan.Percutian singkat sahaja ke Kelantan selama 3 hari 2 malam.Pergi ke sana pun dengan tujuan untuk melawat Along yang sudah bersalin.Tapi sempat jugak untuk tunaikan hajat yang dah lama terbuku di hati.Iaitu untuk pergi makan di Kopitiam Kita.Selepas tengok Ben Ashaari pergi Kopitiam Kita,baru saya tahu kewujudan kedai makan tersebut.Selama saya belajar di Kelantan dahulu,saya sendiri tak pernah tahu pasal kedai makan ni.Hehe.

Kopitiam Kita Kedai Makan Best di Kota Bharu

Saya dan adik bertolak seawal pukul 7.15 pagi untuk mencari kedai Kopitiam Kita.Kitorang gerak awal sebab takut tak jumpa.Kitorang cari menggunakan Waze jugak sebenarnya.Masa kitorang pergi tu terlajak dua lorong sebab kedai makan Kopitiam Kita ni bukan betul-betul tepi jalan taw.Kedai dia tersorok sedikit ke dalam lorong.Tapi kalau korang familiar dengan Pusat Temuduga SPA di Kota Bharu,mungkin korang tak pening nak cari sebab kedai ni betul-betul di sebelah bangunan kedai yang ada Pusat Temuduga SPA ni dan berhadapan dengan deretan rumah teres.

kopitiam kita kota bharu
Sumber:www.flickr.com

Ni gambaran dari pandangan hadapan kedai Kopitiam Kita ni.Maaf saya tak sempat nak amik gambar hadapan kedai ni.Tengah rushing masa tu.Hehe.Parking dia tak banyak.Tapi parking tepi jalan pun boleh janji tak kena saman.

Roti Titab Menu Sedap Di Kopitiam Kita

Sarapan pagi di sini mempunyai pelbagai jenis menu.Tetapi apa yang lebih menyengat di sini ialah Roti Titab.Roti Titab merupakan ‘killer menu’ dekat sini.

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU

SARAPAN PAGI SEDAP DI KOTA BHARU

Apa yang sedap mengenai Roti Titab ini ialah rasa jem sekaya dia yang tidak begitu manis dan tidak begitu tawar tetapi masih lagi mampu memikat hati penggemar roti bakar.Macam saya,saya memang suka roti bakar,jadi bila order roti bakar di kedai,saya suka perhatikan rasa jem sekaya dia.Kalau terlalu manis,memang saya tak boleh nak makan.Dengar cerita,jem sekaya yang digunakan di Kopitiam Kita dibuat khas untuk Roti Titab ni.Bukan menggunakan jem sekaya dalam tin tu ye.Tak sama.Itu yang membezakan dan menjadikan Roti Titab ini istimewa lain daripada yang lain.Jadi kalau korang datang sini,memang WAJIB CUBA menu Roti Titab ni taw!

kopitiam kita kelantan

Untuk air pula saya cuma order air milo kosong.Klasik betul cawan sampai rasa nak feeling macam zaman 60-an pulak.Hehe.*Oh saloma*

tempat sarapan best di kota bharu
Sumber:Google.com

Selain daripada Roti Titab,ada juga menu lain iaitu Nasi Dingin,Nasi Kak Wok,Nasi berlauk,kuih-muih dan makanan bergoreng.Jadi tiada masalah kalau korang nak cuba menu lain jugak.Saya sempat makan Nasi Kak Wok juga sebungkus.Hehe

KOPITIAM KITA KOTA BHARU

 

Boleh tahan ramai juga orang.Tapi masa saya sampai tu tak berapa nak ramai lagi.Selang setengah jam kemudian,baru orang berpusu-pusu masuk.Tapi servis pun laju.Tiada masalah memandangkan ramai pekerja di sini.Tapi kena panggil la.Jangan nak harapkan mereka nampak kita.Hehe.

Ok dah habis berceloteh pasal Kopitiam Kita.

Secara keseluruhannya saya bagi 4 bintang dekat kedai makan ni.

Menu sedap dan banyak pilihan,harga yang berpatutan dan servis yang cepat dan bagus!

Maklumat lanjut:

Search Waze:Kopitiam Kita Kota Bharu

Selamat mencuba!

10 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here