Home TRAVEL Batu Ferringhi Hotels dan 5 Perkara Best Pasal Tempat Ini

Batu Ferringhi Hotels dan 5 Perkara Best Pasal Tempat Ini

62
1
SHARE

Batu Ferringhi Hotels dan 5 Perkara Best Pasal Tempat Ini

Assalamualaikum semua pembaca!Hari ni Amni nak kongsi dengan semua mengenai tempat bercuti yang best iaitu Batu Ferringhi,Pulau Pinang.Selepas Pulau Langkawi,Batu Ferringhi juga merupakan lokasi percutian yang menawarkan makanan yang sedap dan menarik.

Pulau Pinang merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Walaupun negerinya kecil tetapi mempunyai penduduk sehingga 1.5 juta dan tempat-tempat pelancongan di sini pun ada banyak! Bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi. Hihi. Ia terkenal dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya masyarakat setempat, Negeri ini juga menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia kerana faktor keindahan alam sekitar di samping kemudahan tempat penginapan dan pengangkutan serta prasarana lain yang serba lengkap.

Salah satu tempat yang menarik untuk melakukan pelbagai aktiviti, korang boleh terus ke Batu Ferringhi. Di sini ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika bercuti dan sesuai untuk percutian keluarga, berbulan madu, bercuti bersama rakan atau sekadar bersantai. Nak tahu apa yang best pasal tempat ni? Lets check it out!

Tempat penginapan yang menarik

traveloka

Banyak tempat penginapan yang menarik menanti korang di sini. Terdapat lebih daripada 100 buah hotel di Penang yang menyediakan tempat bermalam yang selesa mengikut citarasa dan kemudahan pelancong. Pelbagai kelas tempat penginapan yang ada di sini, bermula dari dorm, hotel bajet sampai la ke penginapan lima bintang. Kalau nak senang, apa kata korang try tengok di https://www.traveloka.com/en-my/ untuk dapatkan the best rate. Kat page ni dorang akan offers wide range of accomodation to choose from. Jadi, korang tak payah bersusah payah nak compare kan satu persatu hotel dengan yang lain sebab page ni dah filter and sort siap-siap untuk korang. Korang tak perlu bimbang kerana tiada caj tersembunyi yang dikenakan.

traveloka

Banyak tempat tarikan pelancong

batu-ferringhi-traveloka
Credit:Penang.Ws

Walaupun negerinya tak besar mana tapi sebenarnya memang terdapat banyak tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong untuk dikunjungi terutamanya ketika musim cuti sekolah. Pulau Pinang memang satu tempat percutian yang amat popular bukan saja di kalangan warga Malaysia malah juga pelancong dari luar negara. Antara tempat bersejarah yang sering dikunjungi ialah Padang Kota Lama. Terdapat juga taman haiwan, zoo, pantai dan taman tarikan semula jadi seperti Taman Botani Penang yang turut boleh korang pergi. Kalau korang stay in around Batu Ferringhi Hotels, tempat menarik yang berdekatan yang boleh korang kunjungi adalah seperti Taman Herba Tropika, Taman Negara Pulau Penang, Bukit Bendera, Masjid Terapung Tanjung Bugah, pasar malam, dan  lain-lain lagi.

Aktiviti pantai yang menakjubkan

Pantai Batu Ferringhi adalah salah satu destinasi yang wajib korang lawati di Pulau Pinang. Lebih kurang 15 minit memandu dari bandar Gorgetown korang dah boleh bersantai berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati permandangan di sini. Pantai ni antara yang popular di kalangan pelancong kerana kedudukan yang strategik, pasirnya putih, dan pelbagai aktiviti pantai yang boleh dilakukan.

traveloka

Bagi korang yang suka main sukan air, apa kata korang cuba cabar keberaniaan korang dengan bermain aktiviti seperti jet ski, luncur angin, dan parasailing yang sangat-sangat menakjubkan. Jika korang hanya nak mencari ketenangan, korang boleh berjalan di sepanjangn pantai ni sambil menikmati deruan angin dan bunyi ombak yang mneghempas kaki. Terdapat banyak juga hotel-hotel yang boleh korang jumpa di sekitar pantai ni, antaranya termasuklah the famous Hard Rock Hotel Penang.

Kemeriahan pasar malam

Haaa, kalau korang datang ke Pulau Pinang untuk bercuti, jangan lupa untuk membeli belah di Batu Ferringhi Night Market. Ia ini terletak di sepanjang jalan di pesisir pantai dan dekat je dengan Hard Rock Hotel Penang jika korang bermalam di sana. Kalau korang dah puas layan live band di hotel tu boleh korang berjalan pula ke night market ni. Disinilah tempat membeli barangan cenderahati yang paling menarik. Macam-macam ada di sini samada barangan kraf tangan, pakaian santai, kasut, barang perhiasan,  topi, lukisan dan sebagainya. Suasana di pasar ni pun tidaklah panas sangat. Kalau tak datang sini memang rugi tau. Sebab kemeriahannya memang tak sama dengan night market kat tempat lain dan memang merupakan satu tempat menarik bila waktu malam di sini.

traveloka

Makanan yang popular

Salah satu tarikan pelancongan ke sini juga adalah kerana makanan sedap yang terdapat di Pulau Pinang ni. Makanan sedap yang paling terkenal ialah nasi kandar. Walaupun restoran nasi kandar sudah ada di merata-rata, namun nasi kandar Penang lebih istimewa dan mempunyai kelainan serta rasanya tersendiri. Antara restoran yang boleh korang pergi ialah Nasi Kandar Deen, Nasi Kandar Kampung Melayu, Nasi Kandar Beratur Penang dan yang paling terkenal dikalangan orang luar adalah Restoran Nasi Kandar Li.

traveloka

Satu lagi makanan yang terkenal ialah laksa Penang. Ada yang panggil asam laksa Penang. Walaupun namanya begitu popular tapi tak banyak kedai laksa yang sedap disini. Antara kedai yang terkenal ialah kedai Laksa Janggus dan Laksa Tempurung Penang. Sememangnya sangat sedap dan unik. Char kuey teow disini juga patut korang cuba seperti di Sany Char Kuey Teow dan Mady Penang Char Kuey Teow. Yeah! Sangat marvelous!

So,lepas ni korang boleh masukkan Batu Ferringhi dalam wishlist travel korang.Nak lagi best,korang kena rajin ushar aplikasi Traveloka taw untuk memudahkan tempahan hotel dan penerbangan ke destinasi impian korang!

traveloka

Amni pun dah siap-siap install dalam phone.Senang on the spot kalau nak pergi bercuti!Hehe

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here