Home TRAVEL 10 Tips Untuk Sewa Pangsapuri Pertama

10 Tips Untuk Sewa Pangsapuri Pertama

31
0
SHARE

10 Tips Untuk Sewa Pangsapuri Pertama

Jika anda sedang mencari pangsapuri pertama untuk disewa, tidak kira sama ada anda bekerja atau masih belajar, proses pencarian unit yang ideal mungkin tampak sulit pada mulanya. Tip-tip berikut boleh membantu anda untuk mencari dan mengekalkan pangsapuri yang terbaik baik untuk anda dan juga mengelakkan sebarang ‘bencana’.

1. Biar Menang Membeli

Pangsapuri baru yang berdekatan dengan pusat bandar memang hartanah yang menarik, tetapi ia biasanya terlalu mahal untuk pembeli rumah pertama. Rumah atas tanah, bangunan lama, dan kejiranan yang agak berjauhan dari pusat bandar adalah pilihan yang lebih murah dan menjimatkan.

Sila tinjau apartment for rent in KL dengan PropertyGuru Malaysia dan lain-lain laman web hartanah, buka pilihan carian anda, dan anda akan lihat banyak pilihan yang lebih berkualiti, dan selamat walaupun terpaksa berjauhan sedikit dari banar atau terpaksa membuat beberapa pengorbanan lain.

2. Ukur Baju di Badan Sendiri

Sebelum anda mulakan pencarian, tentukan kadar yang anda mampu untuk sewa, termasuklah kos pemindahan, perabot, keperluan asas, dan kos kecemasan, dan pastikan anda ikut belanjawan itu. Melangkaui kadar belanjawan anda atau membuat anggaran yang lebih daripada tahap kemampuan anda bakal mengundang anda ke dalam kancah masalah kewangan.

3. Lindungi Deposit Anda

Anda boleh pastikan yang anda boleh dapatkan kembali deposit anda semasa anda ingin berpindah dengan memastikan tiada kerosakan berlaku. Anda juga boleh bersedia dengan mengambil gambar rumah sewa anda semasa anda masuk supaya andas tidak dikenakan bayaran disebabkan kerosakan yang bukan berpunca dari anda. Tentu saja perkara paling membantu untuk mendapatkan deposit anda adalah dengan selalu membersihkan rumah sewa anda.

4. Gunakan Ruang anda Dengan Sebaiknya.

Pangsapuri yang luas biasanya memang melangkaui belanjawan kebanyakan orang, tetapi anda masih boleh pilih rumah yang lebih kecil tanpa ia berasa sempit. Apartment Therapy mempunyai banyak tip dalam penggunaan ruang kecil, termasuklah penggunaan ruang penyimpanan tersembunyi, seperti meja yang mempunyai ruang kosong. Dapur kecil memang akan nampak terbatas terutamanya jika anda tak mampu menyediakan peti sejuk bersaiz penuh dan dapur. Tetapi banyak tip yang ada di atas talian tentang penyediaan makanan berkhasiat dengan perkakas dan bahan yang terhad.

5. Gunakan Pencahayaan Semula Jadi

Jangan berlebih-lebih dalam penggunaan lampu atau perabot pencahayaan. Buka langsir anda dan gunakan cahaya semula jadi sebanyak yang mungkin untuk suasana yang lebih baik dan menjimatkan elektrik anda.

6. Siasat Kejiranan

Jika anda masih belum mampu memiliki kereta, tinjau kejiranan anda sebelum anda pindah untuk lihat apa yang berhampiran adengan anda menggunakan Peta Google. Pastikan ada Pasar raya, farmasi, bank, dan lain-lain tempat yang anda akan pergi sekurang-kurangnya seminggu sekali berdekatan dengan rumah anda bagi mengelakkan perjalanan yang jauh dan penggunaan pengangkutan awam yang tentu saja memakan belanja. Jika anda tiada pilihan selain daripada memandu ke pasar raya, beli secara borong untuk menjimatkan minyak kenderaan anda.

7. Jangan Membazir Makanan

Jika anda tinggal seorang untuk kali pertama, sangat mudah untuk anda terlebih belanja bila membeli makanan dan di akhirnya terpaksa membuang makanan tersebut kerana ia telah luput sebelum anda sempat menjamahnya. Semua itu duit yang anda boleh gunakan untuk beli perabot dan kelengkapan rumah baru anda.

Sebaliknya, senaraikan semua bahan asa yang anda perlukan, lihat jika ada baki pada belanjawan anda untuk keinginan anda, dan pastikan anda berbelanja di dalam lingkungan senarai anda sahaja. Ini dapat mengelakkan anda dari terlebih belanja. Adalah idea yang baik untuk anda mengumpul bahan asa seperti minyak masak, garam, gula, dan kopi semasa mula-mula berpindah masuk. Untuk bahan yang mudah basi, beli semasa anda pelu sahaja.

8. Beli Peralatan Mudah Alih

Mesin basuh, pencuci pinggan, dan kadangkala, peti sejuk tidak selalunya ada di unit sewa yang agak kecil, dan kos dobi komuniti biasanya agak mahal. Banyak syarikat elektrik menjual mesin yang lebih kecil dan mudah alih khususu untuk mereka yang tingal di rumah yang lebih kecil. Bandingkan mesin basuh mudah alih di Top Ten Reviews atau nbuat carian atas talian untuk pencuci pinggan mudah alih.

9. Perabot Terpakai

Kondo tanpa perabot lebih murah kerana melengkapi rumah dengan perabot adalah sangat mahal. Tidak perlu bersusah- payah, singgah sahaja di kedai perabot terpakai atau buat carian atas talian untuk perabot terpakai. Anda boleh mula meletakkan perabot di pangsapuri anda dan menggayakannya.

10. Jangan Lupa Tentang Kenaikan Harga

Inflasi, perubahan pasaran perumahan, dan faktor lain boleh meningkatkan harga sewa anda. Jika anda tinggal lama, harga sewa semasa anda pindah keluar mungkin jauh lebih tinggi dibandingkan semasa anda pindah masuk. Ia perkara yang tak dapat dielakkan, jadi pastikan anda masukkan dalam belanjawan jangka panjang anda, simpan sedikit wang setiap bulan untuk digunakan jika perkara ini terjadi,

Tidak perlu pening kepala demi mencari pangsapuri dan untuk hidup, dan anda juga tidak perlu berpindah setiap enam bulan dan berpindah dari satu rumah yang teruk ke rumah teruk yang lain. Ikut tip di atas dan pangsapuri pertama anda tidak akan menjadi igauan ngeri untuk anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here