Tempat Minum Petang Sedap Di Kuala Terengganu | Selalunya ramai pengunjung luar mahupun penduduk di sesebuah negeri itu akan mencari lokasi tempat makan yang sedap di negeri mereka.Tetapi jarang sekali kita melihat mereka mencari tempat minum petang yang best.Hari ini saya nak berkongsi mengenai tempat minum petang yang best,sedap dan harganya sangat berpatutan di bandar Kuala Terengganu.Mungkin ramai yang belum tahu kesedapan dan keistimewaan yang ditampilkan oleh lokasi yang bakal saya kongsikan ini.
Sumai Hotel Apartment Tempat Minum Petang Yang Sedap
Dua hari yang lepas,saya berkesempatan untuk melihat dan merasai sendiri variasi menu minum petang yang disediakan oleh pihak Restoran Bintang Laut,Sumai Hotel Apartment.Apa yang paling menarik ialah Restoran Bintang Laut sedang mengadakan Promosi Oktober iaitu Promosi Pasta yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2014.. Mereka juga memperkenalkan menu Tea D’Sumai .
Tetapi,jangan risau sekiranya korang tak sempat untuk menikmati menu yang sedap ini kerana Promosi Pasta akan dimasukkan sebagai menu Ala Carte selepas Oktober ini tetapi Tea De Sumai akan berterusan.Nak tengok apa yang saya makan hari tu?Jom tengok gambar di bawah.
Primavera Italian Herb merupakan hidangan pertama yang saya cuba hari tu.Suapan pertama menu ini buat saya terdiam seketika.Jenis pasta yang saya pilih ini ialah Linguini iaitu Flattened Pasta.Ianya berlainan dengan Spagetthi ye.Spagetthi pula ialah Traditional Italian Long Pasta.
Primavera Italian Herb di sajikan dengan ayam yang dipanggang dan Sos Herba Krim Itali serta diserikan lagi dengan Pesto dan Keju Pamesan yang mana mampu membuatkan pengunjung terdiam menikmati kelazatan linguini ini.
Sedapnya !!
Sejujurya itu perkataan pertama yang keluar dari mulut saya.Serius memang sangat sedap!Saya yakin dan pasti korang juga pasti merasakan apa yan saya rasa kalau sudah mencuba Primavera Italian Herb ni.Malah ianya merupakan makanan western yang paling sedap saya pernah makan.Satu pinggan belum tentu cukup.Sampaikan saya terbawa-bawa ke dalam mimpi.Memang tak dapat dinafikan lagi kehebatan Chef Restoran Bintang Laut ini.Sumai Hotel Apartment memang sentiasa berjaya menambat hati para pengunjung.Syabas!
Menu kedua pula ialah Kuew Tiaw Black Pepper Special.Apa yang specialnya mengenai Kuew Tiaw ini ialah dihidangkan bersama kerang,udang dan telur mata.Bagi mereka yang merupakan peminat Kuew Tiaw yang tegar,saya yakin bila korang dah cuba Kuew Tiaw yang sedap di Restoran Bintang Laut ni,korang pasti akan order lagi untuk kali kedua.Sejujurnya saya sendiri tidak begitu meminati Kuew Tiaw.Tetapi pada hari itu saya beranikan diri untuk mencubanya.Sedap!Ya,memang sedap dan tekak saya mampu menerimanya!Korang wajib cuba Kuew Tiaw ni taw.
Mungkin ramai yang sudah biasa mendengar menu Spagetthi Bolognaise kan?Tetapi apa yang membezakan Spagetthi Bolognaise di Restoran Bintang Laut ialah portionnya yang banyak tetapi tidak muak.Kebanyakkannya yang pernah saya sendiri cuba,memang cepat muak dan terlalu masam.Tetapi di Restoran Bintang Laut,Spagetthi Bolognaise mereka adalah secukup rasa dan terbaik.Sesuai bagi peminat tegar Spagetthi.
Kalau datang Kuala Terengganu,tak sah kalau tak cuba makanan bercelup tepung kan?Di Sumai Hotel Apartment ni pun korang boleh cuba Sotong Celup Tepung,Udang Celup Tepung,Pisang Goreng dan Ubi Goreng.Hidangan mereka berlainan daripada yang biasa di jual di luar sana.Jadi korang wajib cuba taw!Sedap ke tidak?Haaa,korang kena datang sini dan cuba sendiri !
Iced Lemon Tea memang sedap!Berlainan dari yang biasa.Saya sebenarnya kurang gemar akan Iced Lemon Tea ni.Pandang pun tidak.Hehe.Tetapi di Restoran Bintang Laut,saya boleh terpikat dengan rasanya yang kurang masam tetapi masih mengekalkan ramuan utamanya iatu Lemon.
IKAN BAKAR SEDAP DI KUALA TERENGGANU [KLIK]
Serius saya sangat jakun.Hehe.Ini kali pertama saya dengar wujudnya Kopi Dangdut.Nak tergelak saat saya mendengar namanya.Apa yang istimewanya Kopi Dangdut ini ialah aroma kopinya yang sangat berlainan dari kopi yang biasa taw.Dangdutnya pula terletak bila kita melihat alunan dua lapisan antara susu dan kopi yang beralun dan berjoget.Hehe.Lucu tetapi itulah kebenarannya.Heee.
Ini bukan Menara KLCC ye.Hehe.Inilah dinamakan ABC De Sumai.Apa yang menarik ialah dengan hanya RM6.00.korang boleh menikmati ABC yang sedap ni seramai 3 orang.Jadi keluarkan RM2.00 seorang,korang boleh kenyang sambil melayan keropok lekor sedap di tepi pantai.Hehe.Syok habis kan?
Hotel Murah Di Kuala Terengganu [KLIK]
Promosi Tea De Sumai
SETIAP HARI bermula OKTOBER dan berterusan
Bermula pada pukul 3 pm-6 pm sahaja
PROMOSI PASTA
Sepanjang OKTOBER
Pukul 11 am-10 pm
Bagi korang yang tidak sempat untuk menikmati Promosi Pasta pada bulan Oktober ini,jangan risau sebab kesemua menu pasta ini akan di masukkan sebagai Menu Ala Carte selepas pada Oktober ini dan akan berterusan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.Syok tak?Jadi sempat la korang nak kumpul duit dan datang beramai-ramai ke Restoran Bintang Laut ini sambil mnenghirup angin sepoi-sepoi bahasa.Hehe.
Alami suasana minum petang yang santai,privasi yang terjaga,layanan yang terbaik,harga yang murah dan berpatutan hanya di Sumai Hotel Apartment.Jangan lupa singgah taw!
Restoran Bintang Laut
Sumai Hotel Apartment
Web:www.sumaihotel.com
Fanpage:Sumai Hotel Apartment
Instagram: @sumaihotelapt
Tempahan:014-524 3941 (Puan Noor) / 019-918 7279 (En Wan Kamaruzaman)
Selamat Mencuba!
16 Comments
semua sedap² ni..alahaii.teringin pulak kita
Hehe.Sedap ni Kaka Fiza.Rugi kalau tak cuba.Seriusly! :)
Hehe.Memang sedap kak Fiza! :)
wahh… buat terliur je memalam ni… good review..
Jangan lupa pergi cuba taw nanti!! :)
boleh masuk dalam list ni..tengok makanan buat orang lapar dah..
Hehe.Cuba taw kalau datang Terengganu nanti.Tak rugi taw!
Ya Allah! Salah timing buka blog ni. Saya belum sarapan lagi. Terliur! Mengancam sungguh gambar2 ni. Murah betul harga black pepper kuey teow tu!
Hehe.Maafkan saya.Tak berniat.Cuma sekadar nak berkongsi tempat makan yang sedap di Kuala Terengganu
wow..sedapnya menu minum petang ni. adei terliur rasanya. Yg xbleh handle tgk ABC kemain tinggi lg. Mcm mane nk mkn tu? siap ade ice cream cone terbalik. huhu
singgah sini akak
Meriahnya makan2 kat sana. abc tu yang tak tahan nengok siap tinggi macam KLCC lgi tuh,
Perghh ABC dia tu … giler tinggi .. hoho … nanti gi Ganu lagi leh la tgk2 mana makanan yang best ni
kena masuk dalam checklist nie.Kuah pasta dia memang nampak sedap.
mak eh boleh tahan harga dia… :) kalau hari2 minum petang camni memang koring kanting poket hambe,., :0
AA x pernah makan kt hotel dgn famili kecuali check in kt hotel tu.mcm classy sangat. .hehe