MAKANAN

Tempat Minum Petang Sedap Di Kuala Terengganu

Oct 14, 2014
kuew tiaw sedap di kuala terengganu

Tempat Minum Petang Sedap Di Kuala Terengganu | Selalunya ramai pengunjung luar mahupun penduduk di sesebuah negeri itu akan mencari lokasi tempat makan yang sedap di negeri mereka.Tetapi jarang sekali kita melihat mereka mencari tempat minum petang yang best.Hari ini saya nak berkongsi mengenai tempat minum petang yang best,sedap dan harganya sangat berpatutan di bandar Kuala Terengganu.Mungkin ramai yang belum tahu kesedapan dan keistimewaan yang ditampilkan oleh lokasi yang bakal saya kongsikan ini.

Sumai Hotel Apartment Tempat Minum Petang Yang Sedap

Dua hari yang lepas,saya berkesempatan untuk melihat dan merasai sendiri variasi menu minum petang yang disediakan oleh pihak Restoran Bintang Laut,Sumai Hotel Apartment.Apa yang paling menarik ialah Restoran Bintang Laut sedang mengadakan Promosi Oktober iaitu Promosi Pasta yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2014.. Mereka juga  memperkenalkan  menu Tea D’Sumai .

minum petang yang sedap di kuala terengganu

Promosi Tea De Sumai

Tetapi,jangan risau sekiranya korang tak sempat untuk menikmati menu yang sedap ini kerana Promosi Pasta akan dimasukkan sebagai menu Ala Carte selepas Oktober ini tetapi Tea De Sumai akan berterusan.Nak tengok apa yang saya makan hari tu?Jom tengok gambar di bawah.

Tempat makan sedap di kuala terengganu

Muka tengah happy sebab jumpa makanan sedap.Hehe

 

Tempat makan sedap di kuala terengganu

Primavera Italian Herb-RM18.00

Primavera Italian Herb merupakan hidangan pertama yang saya cuba hari tu.Suapan pertama menu ini buat saya terdiam seketika.Jenis pasta yang saya pilih ini ialah Linguini iaitu Flattened Pasta.Ianya berlainan dengan Spagetthi ye.Spagetthi pula ialah Traditional Italian Long Pasta.

Primavera Italian Herb di sajikan dengan ayam yang dipanggang dan Sos Herba Krim Itali serta diserikan lagi dengan Pesto dan Keju Pamesan yang mana mampu membuatkan pengunjung terdiam menikmati kelazatan linguini ini.

Sedapnya !!

Sejujurya itu perkataan pertama yang keluar dari mulut saya.Serius memang sangat sedap!Saya yakin dan pasti korang juga pasti merasakan apa yan saya rasa kalau sudah mencuba Primavera Italian Herb ni.Malah ianya merupakan makanan western yang paling sedap saya pernah makan.Satu pinggan belum tentu cukup.Sampaikan saya terbawa-bawa ke dalam mimpi.Memang tak dapat dinafikan lagi kehebatan Chef Restoran Bintang Laut ini.Sumai Hotel Apartment memang sentiasa berjaya menambat hati para pengunjung.Syabas!

kuew tiaw sedap di kuala terengganu

Kuew Tiaw Black Pepper Special-RM5.50

Menu kedua pula ialah Kuew Tiaw Black Pepper Special.Apa yang specialnya mengenai Kuew Tiaw ini ialah dihidangkan bersama kerang,udang dan telur mata.Bagi mereka yang merupakan peminat Kuew Tiaw yang tegar,saya yakin bila korang dah cuba Kuew Tiaw yang sedap di Restoran Bintang Laut ni,korang pasti akan order lagi untuk kali kedua.Sejujurnya saya sendiri tidak begitu meminati Kuew Tiaw.Tetapi pada hari itu saya beranikan diri untuk mencubanya.Sedap!Ya,memang sedap dan tekak saya mampu menerimanya!Korang wajib cuba Kuew Tiaw ni taw.

Spagetthi sedap di Kuala Terengganu

Spagetthi Bolognaise Sauce-RM18.00

Mungkin ramai yang sudah biasa mendengar menu Spagetthi Bolognaise kan?Tetapi apa yang membezakan Spagetthi Bolognaise di Restoran Bintang Laut ialah portionnya yang banyak tetapi tidak muak.Kebanyakkannya yang pernah saya sendiri cuba,memang cepat muak dan terlalu masam.Tetapi di Restoran Bintang Laut,Spagetthi Bolognaise mereka adalah secukup rasa dan terbaik.Sesuai bagi peminat tegar Spagetthi.

Kalau datang Kuala Terengganu,tak sah kalau tak cuba makanan bercelup tepung kan?Di Sumai Hotel Apartment ni pun korang boleh cuba Sotong Celup Tepung,Udang Celup Tepung,Pisang Goreng dan Ubi Goreng.Hidangan mereka berlainan daripada yang biasa di jual di luar sana.Jadi korang wajib cuba taw!Sedap ke tidak?Haaa,korang kena datang sini dan cuba sendiri !

Iced Lemon Tea Sedap

Iced Lemon Tea-RM3.50

Iced Lemon Tea memang sedap!Berlainan dari yang biasa.Saya sebenarnya kurang gemar akan Iced Lemon Tea ni.Pandang pun tidak.Hehe.Tetapi di Restoran Bintang Laut,saya boleh terpikat dengan rasanya yang kurang masam tetapi masih mengekalkan ramuan utamanya iatu Lemon.

IKAN BAKAR SEDAP DI KUALA TERENGGANU [KLIK]

kedai western sedap di kuala terengganu

Kopi Dangdut-RM3.50

Serius saya sangat jakun.Hehe.Ini kali pertama saya dengar wujudnya Kopi Dangdut.Nak tergelak saat saya mendengar namanya.Apa yang istimewanya Kopi Dangdut ini ialah aroma kopinya yang sangat berlainan dari kopi yang biasa taw.Dangdutnya pula terletak bila kita melihat alunan dua lapisan antara susu dan kopi yang beralun dan berjoget.Hehe.Lucu tetapi itulah kebenarannya.Heee.

ABC Sedap di kuala terengganu

ABC De Sumai-RM6.00

Ini bukan Menara KLCC ye.Hehe.Inilah dinamakan ABC De Sumai.Apa yang menarik ialah dengan hanya RM6.00.korang boleh menikmati ABC yang sedap ni seramai 3 orang.Jadi keluarkan RM2.00 seorang,korang boleh kenyang sambil melayan keropok lekor sedap di tepi pantai.Hehe.Syok habis kan?

Hotel Murah Di Kuala Terengganu [KLIK]

kedai makan western sedap di kuala terengganu

Variasi menu minum petang di Sumai Hotel Apartment

 

Promosi Tea De Sumai

SETIAP HARI bermula OKTOBER dan berterusan

Bermula pada pukul 3 pm-6 pm sahaja

PROMOSI PASTA

Sepanjang OKTOBER
Pukul 11 am-10 pm

Bagi korang yang tidak sempat untuk menikmati Promosi Pasta pada bulan Oktober ini,jangan risau sebab kesemua menu pasta ini akan di masukkan sebagai Menu Ala Carte selepas pada Oktober ini dan akan berterusan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.Syok tak?Jadi sempat la korang nak kumpul duit dan datang beramai-ramai ke Restoran Bintang Laut ini sambil mnenghirup angin sepoi-sepoi bahasa.Hehe.

Alami suasana minum petang yang santai,privasi yang terjaga,layanan yang terbaik,harga yang murah dan berpatutan hanya di Sumai Hotel Apartment.Jangan lupa singgah taw!

Restoran Bintang Laut
Sumai Hotel Apartment 
Web:www.sumaihotel.com 
Fanpage:Sumai Hotel Apartment
Instagram: @sumaihotelapt
Tempahan:014-524 3941 (Puan Noor) / 019-918 7279 (En Wan Kamaruzaman)

Selamat Mencuba!

You Might Also Like

16 Comments

  • Reply Azhafizah Oct 14, 2014 at 11:39 PM

    semua sedap² ni..alahaii.teringin pulak kita

    • Reply admin Oct 18, 2014 at 8:37 AM

      Hehe.Sedap ni Kaka Fiza.Rugi kalau tak cuba.Seriusly! :)

    • Reply admin Oct 18, 2014 at 9:00 AM

      Hehe.Memang sedap kak Fiza! :)

  • Reply Hasfiza Hassan Oct 14, 2014 at 11:53 PM

    wahh… buat terliur je memalam ni… good review..

    • Reply admin Oct 18, 2014 at 9:00 AM

      Jangan lupa pergi cuba taw nanti!! :)

  • Reply tutyrahiza Oct 15, 2014 at 1:26 AM

    boleh masuk dalam list ni..tengok makanan buat orang lapar dah..

    • Reply admin Oct 18, 2014 at 8:59 AM

      Hehe.Cuba taw kalau datang Terengganu nanti.Tak rugi taw!

  • Reply Farah Rahim Oct 15, 2014 at 8:52 AM

    Ya Allah! Salah timing buka blog ni. Saya belum sarapan lagi. Terliur! Mengancam sungguh gambar2 ni. Murah betul harga black pepper kuey teow tu!

    • Reply admin Oct 18, 2014 at 8:59 AM

      Hehe.Maafkan saya.Tak berniat.Cuma sekadar nak berkongsi tempat makan yang sedap di Kuala Terengganu

  • Reply Nurul Fazreen Othman Oct 20, 2014 at 8:32 AM

    wow..sedapnya menu minum petang ni. adei terliur rasanya. Yg xbleh handle tgk ABC kemain tinggi lg. Mcm mane nk mkn tu? siap ade ice cream cone terbalik. huhu

  • Reply APK BARU Oct 21, 2014 at 7:55 AM

    singgah sini akak

  • Reply Miracle Vitamins Oct 23, 2014 at 10:28 AM

    Meriahnya makan2 kat sana. abc tu yang tak tahan nengok siap tinggi macam KLCC lgi tuh,

  • Reply Hasrul Hassan Oct 23, 2014 at 1:39 PM

    Perghh ABC dia tu … giler tinggi .. hoho … nanti gi Ganu lagi leh la tgk2 mana makanan yang best ni

  • Reply Norhayati Suaib Oct 23, 2014 at 4:02 PM

    kena masuk dalam checklist nie.Kuah pasta dia memang nampak sedap.

  • Reply Zufar Oct 24, 2014 at 11:48 AM

    mak eh boleh tahan harga dia… :) kalau hari2 minum petang camni memang koring kanting poket hambe,., :0

  • Reply Aishah Ahmad Oct 25, 2014 at 7:08 AM

    AA x pernah makan kt hotel dgn famili kecuali check in kt hotel tu.mcm classy sangat. .hehe

  • Leave a Reply