KESIHATAN MAKANAN

CoolBlog Ice Blended Pertama Diiktiraf Halal

Aug 12, 2013
CoolBlog Ice Blended Pertama Diiktiraf Halal

Assalamualaiku.

Dua bulan kebelakangan ni kecoh pasal isu ‘black pearl‘ yang dikhabarkan mengandungi Asid Maleik yang boleh merosakkan buah pinggang.Tetapi black pearl yang digunakan oleh Coolblog bebas dari unsur tersebut.

Korang baca keratan pernyataan di bawah ini:

Kami merasai tempias itu, dan kesannya lebih kurang 40 peratus jualan merudum. Namun, ingin saya jelaskan pembekal Cool Blog tidak tersenarai dalam pembekal terlarang itu.

“Kami melakukan ujian makmal setiap tiga bulan ke atas bahan Cool Blog. Setakat ini semua minuman kami selamat dan bebas kandungan asid maleik,โ€ jelas Pengurus Operasi
Perniagaan CoolBlog Dessert Sdn Bhd, Muhammad Daniel Koh Abdullah berkaitan isu penggunaan bubble tea dari Taiwan dalam minuman ice blended.

Dilancarkan pada 2005 di Singapura, Cool Blog dibangunkan sebagai kedai minuman, pencuci mulut dan minuman berperisa teh serta muncul penyedia ice blended pertama mendapat persijilan halal di Malaysia

korang boleh baca keratan penuh diSINI

CoolBlog Ice Blended Pertama Diiktiraf Halal

CoolBlog Ice Blended Pertama Diiktiraf Halal

Lembu punya susu,sapi dapat nama.Eh,sesuai ke dengan situasi kat atas ni? ==”.Lantak la.Yang pastinya,Coolblog memang bebas dari unsur tersebut ye.Walaupun FA cuma buat partime dekat Coolblog,tapi FA tahu dan kena ambil tahu pasal isu ni jugak sebab kita kena jawab dan bagi jawapan kalau customer tanya.Ada yang bertanya sinis,ada yang bertanya manis.Manusia kan banyak ragam.Tapi yang FA terfikir dan tertanya-tanya,kenapa manusia ni benda yang jelas dan kecoh cepat sangat nampak,tapi yang tersembunyi dan jelas banyak keburukannya boleh pulak buat-buat tak tahu.Contohnya aneka makanan ringan yang sah-sah banyak pewarna tiruan,diorang makan jugak.Macam-macam la.

Lepas ni korang buat la pertimbangan sendiri ye.Ambil yang baik,buang yang buruk.Sekian peribahasa baru daripada saya.

Wsalam.

You Might Also Like

3 Comments

  • Reply Bahrain Aug 12, 2013 at 11:09 PM

    baru pertama kali minum..oklah rasanya..

  • Reply hawa ifasuzani hussin Aug 12, 2013 at 11:29 PM

    kerana nila setitik rosak susu sebelanga la cik FA

  • Reply MatKacak Jan 31, 2014 at 1:50 AM

    Nak tanye la, abis tu siapa supllier black pearl utk cool blog? Atau cool blog buat black pearl sndiri? bukan tanya sinis dan manis.. tapi manje… :P

  • Leave a Reply