MAKANAN TRAVEL

Aiskrim Kelapa Terbaik Di Kelantan

Dec 4, 2014
aiskrim nyior sedap di kota bharu

Aiskrim Kelapa Terbaik Di Kelantan | Hari ni panas membahang gamaknya di Terengganu.InsyaAllah kalau dihidangkan aiskrim kelapa,memang layan habis la kan.Tekak pulak tengah kering,dahaga lagi.Memang cukup pakej.Meleleh air liur tengok aiskrim kelapa ni.Minggu lepas,saya dan adik telah di bawa ke kedai makan yang menjual aiskrim kelapa terbaik di Kelantan oleh kakak ipar along saya iaitu Kak Yah.Hasil survey dan percubaan Kak Yah,Kak Yah cakap kedai ni la yang paling sedap menjual aiskrim kelapa.

Saya rasa mungkin ramai lagi yang tak pernah dengar mengenai aiskrim kelapa kan?Saya pun pertama kali dengar.Selama duk di Kelantan dulu,tak pernah pulak terdengar pasal ni.Hehehe.Tapi di Kelantan ni penduduk di sini hanya memanggilnya “Aiskrim Nyior”.Jadi kalau korang pergi Kelantan,tolong sebut “Aiskrim Nyior” ye.Kalau korang sebut “Aiskrim Kelapa”,menggaru kepala la mereka duk dengar.Hehe.

Kedai yang menjual Aiskrim Nyior ni terletak berdekatan dengan Pasar Wakaf Bharu dan berada betul-betul di tepi jalan tetapi sedikit ke dalam.Kalau korang datang dari arah Jambatan Sultan Yahya Petra tu,pastikan korang jumpa (2) dua kali Roundabout (bulatan).Bila dah jumpa bulatan yang kedua (2),korang slow-slow sebab kedai ni tak jauh dah dari bulatan kedua (2) ni dan ianya berada di sebelah kiri jalan.Nama kedai ni ialah “Kedai Nadieya”.

aiskrim nyior sedap di kota bharu

Credit to : www.jaakechik.com.Klik gambar untuk ke blog penulis

aiskrim nyior sedap di kota bharuKedai ni dibuka pada dua sesi taw.Sesi pagi sampai petang kalau tak silap.Kemudian dibuka semula selepas Maghrib.Apa sekalipun,korang call dulu nombor di atas.Takut datang dengan harapan,pulang dengan kekecewaan.Hehe.

aiskrim kelapa  sedap di kota bharu

aiskrim nyior sedap di kota bharu

Inilah dia “Aiskrim Nyior” yang paling sedap dan terbaik di Kelantan.Rasanya sedikit berlemak dan manis.Tetapi untuk pesakit kencing manis,anda tidak digalakkan untuk makan deh.Kalau mengidam sekalipun,satu scoop sahaja dah memadai.Di dalamnya pula diletakkan biji buah kabung,buah ceri,kacang dan pulut manis.Tapi haritu saya dapat pulut tak berapa nak masak betul.Jadi sedikit keras la.Tapi secara kesluruhannya memang terbaik!!!

aiskrim nyior sedap di kota bharu

Selain Aiskrim Nyior ni,Mee Cambo juga merupakan menu yang famous dan laris di sini.Padanan menu yang sesuai dengan Aiskrim Nyior.Lepas makan Mee Cambo yang pedas dan panas,segarkan tekak dengan Aiskrim Nyior.Meman layan habis.Hehehe.Mee Cambo dia boleh tahan sedapnya.

aiskrim nyior sedap di kota bharu

Dah meleleh layan gambar,mesti korang nak tahu berapa harga semua ni kan?Harga dia mampu makan.Ehh.Mampu bayar deh.jangan risau la.Hehe.

AISKRIM NYIOR
RM5

MEE CAMBO
RM5

TOTAL:RM10 

Bagi saya harga yang dikenakan memang murah kalau nak dibandingkan dengan tahap kesedapan Aiskrim Nyior dia yang boleh buat orang termimpi-mimpi.Hehehe.Jadi kalau korang datang ke Kelantan,pastikan korang datang ke Warung Nadieya ni taw.Tetapi jangan lupa call dulu tanya bukak ke tidak.Dan pastikan korang datang awal sebab Aiskrim Nyior ni memang cepat habis.Kalau nak datang malam pulak,pastikan korang terpacak depan kedai betul-betul selepas Maghrib.Kalau tak,kempunan la korang tengok orang lain duk sedap makan.Hehehe.

Ada dua orang blogger lain yang pernah menulis pasal Aiskrim Nyior ni.Jom tengok apa pula pengalaman diorang :)

Jaa Kechik-> Aiskrim Kelapa Di Wakaf Bharu [KLIK]

Eraz Fadli-> Aiskrim Kelapa [KLIK]

Maklumat lanjut:

Warung Nadieya

Hotline:017 920 8179

Selamat mencuba!

 

You Might Also Like

16 Comments

  • Reply Ell Dec 4, 2014 at 10:40 AM

    Sedapnya aiskrim kelapa dengan mee cambo!

    2-2 tak pernah rasa lagi, kena pergi Kelantan ni

    Tak pun orang jb buat la menu ni kat sini, mesti meletop hehe

    • Reply admin Dec 6, 2014 at 8:20 AM

      Akak la yan buat.Mesti laku.hehehe

  • Reply emalinmohd Dec 4, 2014 at 10:46 AM

    Sedapnya aiskrim nyior dengan mee cambo tu. Terliur dibuatnya…Kalau tau dari dulu masa pergi Kelantan hari tu sure singgah sini..

    • Reply admin Dec 6, 2014 at 8:22 AM

      Memang sedap!!Serius sedap!!Hehehehe

  • Reply Azhafizah Md Nor Dec 4, 2014 at 4:01 PM

    wahhh..ini betul betul sedap ni..kalau dekat dah pergi dah..berbaloi dengan harga tu

    • Reply admin Dec 6, 2014 at 8:23 AM

      Memang sedap akak.Hehehe

  • Reply ikhwan Dec 5, 2014 at 3:33 AM

    kelantan ada banyak menu yang unik :)

    • Reply admin Dec 6, 2014 at 8:23 AM

      Betul.Banyak lagi yang saya tak tahu.Hhehe

  • Reply Kakiblog Dec 5, 2014 at 8:57 PM

    terliur juga saya dibuatnya!

    • Reply admin Dec 6, 2014 at 8:25 AM

      Terliur kan?Hehhee

  • Reply Prof Hariz Dec 9, 2014 at 6:38 PM

    Kreatif. Sebelum ni dengar coconut shake je. So kali ini Coconut Aiscream :)

    • Reply admin Dec 10, 2014 at 3:57 PM

      Dekat area KL ade jugak.Tapi tak setanding di Kelantan ni.hehhe

  • Reply Nurul Fazreen Othman Dec 10, 2014 at 10:49 AM

    Wow..nmpk menyelerakan…

    • Reply admin Dec 10, 2014 at 3:57 PM

      Yes.Memang menyelerakan!

  • Reply Mas marsya Jan 9, 2016 at 4:41 PM

    Nak tanya. Ada no lain tak kedai tu. Call xde oeg angkat.. and xde ke maps direction.

  • Reply Saji.My Jan 16, 2017 at 3:15 PM

    Nampak menarik! Kena terjah untuk trip seterusnya

  • Leave a Reply