TIPS

Kali Pertama Cat Dinding Dengan Suami Guna Nippon Paint

May 8, 2019

Kali Pertama Cat Dinding Dengan Suami Guna Nippon Paint

Assalamualaikum ❀

Sapa yang baca artikel Amni tempoh hari mesti tahu kan yang Amni cakap nak share pengalaman Amni makeover dinding rumah AmniΒ  kan.So marilah sama-sama baca pengalaman iols yang tak seberapa ni haa haha.

So tahun ni memang dah sah Amni akan raya dengan keluarga belah mentua di Klang.Jadi raya kedua dan ke atas memang family belah sini akan saling datang raya rumah adik-beradik yang lain.Jadi disebabkan itu,maka Amni dengan Farid gigih nak cat dinding rumah bagi lawa sikit.Nak buat satu sudut yang cantik dan boleh bergambar gitu.Alaa acah-acah macam photobooth la tapi in modern punya style hehe.

Sudut yang kitorang nak gunakan kali ni ialah dinding yang berdekatan dengan dapur kitorang.Rumah Amni pelik sikit design dia.Jadi itu je sudut yang ada untuk kitorang makeover jadi cantik hehe.Sudut ni Amni nak jadikan sebagai sudut positif soul juga.Jadi tiap kali rasa down je,pandang je dinding tu untuk tarik aura positif balik hehe.

Langkah Demi Langkah Nak Cat Dinding Yang Kosong

Okai Amni nak share langkah-langkah yang Amni buat nak cat dinding yang kosong ni.Bukan bukak tin cat,terus cat taw hehe.

Langkah 1:

Catkan primer pada dinding kosong.Yang ni Amni gunakan Nippon Paint Momento Primer.Tujuan kita sapu primer ni sebab nak bagi permukaan cat tahan lama.Okai bagi dinding yang berwarna cerah pada asalnya,just sapukan 1 layer Nippon Paint Momento Primer sahaja.Tapi kalau dinding asal berwarna gelap, kena sapu at least 2 layer supaya warna asal yang gelap tu tak kelihatan sangat.Lepas sapu tunggu primer kering dalam 2-4 jam bergantung pada cuaca semasa persekitaran rumah korang.

Langkah 2:

Okai bila primer dah kering,boleh start cat dinding guna warna yang kosong.Untuk warna kosong kali ni Amni guna Nippon Paint Easy Wash warna Sunday Morning.Mula-mula Amni cat satu layer dulu lepas tu tunggu kering.Dah kering layer pertama,ulang balik layer kedua atasnya dan tunggu kering lagi.

Nippon Paint Easy Wash ni memang padu sesuai dengan namanya.Sebabnya kalau cat tu terkena tangan ke apa,just basuh dengan air terus hilang.Tak payah nak guna thinner bagai macam orang dulu-dulu tu hehe.

Langkah 3:

Lepas dah siap cat warna base,Amni buat lakaran ikut kreativiti sendiri.Kalau korang tak nak buat lakaran pun tak de masalah.Boleh buat ikut kreativiti masing-masing hehe.Cuma Amni sukakan kekemasan sikit agituuu hehe.

So buat je lakaran ikut suka hati korang taw janji cantik!

Nippon Paint Primer

ni buat lakaran ikut suka hati janji cantik!

Langkah 4:

Nilah masa dan detik yang Amni tunggu sebab masa nilah daya kreativiti Amni terserlah haha.Masa ni kita akan sapukan cat Nippon Paint Momento Special Effect dari kategori Textured Series dengan menggunakan warna Sparkle Gold.Warna yang sangat mewah dan cantik.Malah finishing super-duper eksklusif ye! Sebenarnya, Momento Textured Series bagi dicat atas Momento Primer, tak payah cat lagi warna solid. Tapi Amni nak garisan kreativiti tu warna kuning.

Nippon Paint Momento Special Effect

Nippon Paint Momento Special Effect Textured Series in Sparkle Gold

Jadi dengan menggunakan brush dari set Nippon Paint Momento , Amni mula layarkan kreativiti Amni di atas dinding itu hasil tunjuk ajar Ben Firdaus tempoh hari.Tapi selain guna brush,Amni ada gunakan plastik untuk beri effect yang lebih kreatif hehe.Hasil dari mentelaah video You Tube orang main cat dinding hehe.

Nippon Paint Momento Special Effect

Nampak tak kegigihan nak cat dinding bagi cantik tu?hehe

Lepas dah siap sapu cat Nippon Paint Momento Textured Series di atas lakaran yang Amni nak,just tunggu ianya kering dan dinding cantik itu sedia dihiaskan dengan apa sahaja prop yang sesuai seperti frame gambar atau bunga.

Sudut Positif Hasil Penggunaan Nippon Paint Momento Special Effect Paint

Senang sangat nak cat sebenarnya kalau tahu langkah-langkah asas nak mengecat ni hehe.Amni sampai berebut roller brush dengan cik suami ye.Yelah excited kot nak cat dinding rumah sendiri.Sebelum ni Amni memang tak pernah mengecat .Jadi bila dapat buat dengan sendiri,feel dia lain macam.Rasa macam tak percaya sebab berjaya cat dinding yang kosong menjadi dinding yang penuh dengan auranya yang tersendiri hehe.

Tapi sejujurnya Amni suka sangat dengan Nippon Paint Momento Special Effect ni sebab langsung tak ada bau cat,lepas tu larutan cat bila sapu dekat dinding tak ada buih.Senang sangat terus jadi rata.Even dinding tak cantik pun,finishing still lawa dan padu.

Jadi masa mengecat tu memang tak risau langsung kalau Adira dalam rumah sebab Nippon Paint Momento Special Effect ni memang eco-friendly dengan persekitaran sekeliling. Tahan lama betul ni.

Dalam kepala tengah planning nak beli warna lain pulak sebab nak make over bilik gaming pulak.Nak aura best sikit dalam bilik gaming dan bilik solat ni.Barulah tak bosan tiap kali masuk bilik ni hehehe.

Dah semangat nak Raya ni walaupun puasa belum masuk haha sebab dinding rumah dah cantik!

So korang yang ada plan nak cat rumah tu untuk raya kali ni,WAJIB pilih NIPPON PAINT taw sebab semua tentang Nippon Paint memang terbaik.So far mak Amni pun memang pakai Nippon Paint dekat rumah.

eh korang bila lagi? Hehe.

Kalau nak cuci mata tengok catalog dan design lain Nippon Pain Momento Special Effect ni korang boleh tengok dekat sini taw: https://www.nipponmomento.com/

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply