TIPS TRAVEL

Tak Sempat Guna Smart Tag, RFID pun Bolehlah!

Dec 8, 2018
apap itu rfid

Assalamualaikum ❤

Sementara Adira tengah lena tidur, Amni curi masa sikit nak share pasal RFID. RFID atau nama panjangnya Radio Frequency Identification telah diperkenalkan di Malaysia sejak awal tahun ini tetapi secara berperingkat.Masa Amni mula-mula install Touch N Go E-wallet dulu pun puas duk tunggu diorang update.Akhirnya terpilih jugak untuk pasang RFID baru-baru ni. Dan secara PERCUMA ja !

Laluan-RFID-berkongsi-dengan-SmartTag-di-Plaza-Tol-PaulTan-780x506

Credit http://paultan.org

Masa dapat email yang diorang panggil untuk pasang tu gembira la sebab PERCUMA.Nak top up RFID pun mudah.Just guna wallet sahaja.So anytime kalau tetiba masuk lorong RFID lepas tu baki tak cukup,top up je terus masa tu guna e-wallet touch n go tu.Tapi pastikan internet ada la hehe.

Sebelum tahu pasal RFID ni,Amni memang tengah dalam perancangan nak pasang smart tag.Tapi asyik lupa nak beli dan tiap kali nak beli mesti ada halangan.Rupa-rupanya nak dapat rezeki pasang RFID secara percuma hehe.Rezeki juga ni.Alhamdulillah.

apap itu rfid

Cik VV dah pakai RFID.Dah makeup cantik-cantik dah.Nanti ada duit kita pergi pasang tinted lak ya.

 

Sedikit info yang Amni dapat dari staff RFID haritu:

  • Pelekat sticker RFID tak boleh terkena bahan kimia.Setakat cuci kereta macam biasa guna sabun tak ada masalah.
  • Pastikan jarak 30 meter sebelum detector.Pandai-pandaila korang agak ye jauh mana jaraknya.
  • Pelekat gam sticker RFID ni memang kuat.So jangan risau.Kalau hilang atau tercabut,pergi je pasang balik dekat mana-mana fitment centre dia.
  • Wajib install aplikasi Touch N Go e-wallet dekat handphone baru boleh pakai RFID.Sebab RFID ni 100% guna apps untuk reload.
  • Wajib bawak salinan geran kereta dan kad pengenalan empunya kereta.Nanti dapat email dari RFID,diorang ada bagitahu siap-siap.
  • Bila masuk lorong RFID,jangan terlalu dekat dengan kereta hadapan,nanti kereta depan lalu tol FREE je sebab kita tolong bayar pakai RFID kita.Faham ke tidak ? hahaha.
  • Nak info-info best lagi pasal RFID,join group RFID dekat facebook.Nah klik sini -> RFID

So far memang best pakai RFID ni sebab bila tengok orang lain tengah beratur dekat lorong touch n go dan smart tag,engko dengan bangganya bawak laju tanpa perlu beratur panjang hahaha.

Yang tak best bila apps Touch N Go buat hal jer! haha

Ok so pergi cepat-cepat install apps Touch N Go e-wallet ya!

 

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply Xplorasi Destinasi Jan 9, 2019 at 12:59 AM

    Kalau kat tempat yang lorong smart tag rosak, dan lorong rfid tak ada… boleh lalu ke lorong smart tag biasa tak?

    • Reply Dunia Farisya Jan 10, 2019 at 7:38 PM

      tak boleh bos.sebab rfid dan smartag dua benda yang berbeza.

    Leave a Reply