Cuckoo KESIHATAN PARENTING

Macam Mana Amni Rawat Ekzema Adira?

Sep 21, 2018

Macam Mana Amni Rawat Ekzema Adira?

Assalamualaikum 💕

Haritu Amni ada share perasaan Amni bila tahu Adira ekzema dalam artikel lepas.Dalam artikel tu jugak Amni janji nak share cara Amni rawat ekzema Adira sampai kaki dia semakin baik.

Setakat hari ni Amni bersyukur sangat-sangat walaupun belum baik sepenuhnya,tapi perubahan tu sangat banyak dan sangat memberangsangkan.

So Amni akan terus share cara Amni rawat ekzema Adira ya.

Cara Rawat Ekzema Adira Secara Dalaman

1-Ubat Herba Cina Rawat Ekzema Adira

Untuk dalaman,Amni buat dua benda.Pertama Amni bagi Adira ubat herba cina dari doktor Tee di Subang.Ubat herba ni dalam bentuk serbuk.

Pada mulanya jujur Amni cakap Amni memang was-was dan takut sangat nak bagi.Tapi Amni banyak buat research dulu dan tanya kawan-kawan dan ibu yang pernah pergi ke klinik doc Tee ni.

Lepas survey punya survey dan kawan Amni sendiri yang belajar medic macam Amni yakinkan yang herba cina Doc Tee ni selamat dan Lulus KKM,jadi Amni buat keputusan untuk pergi.

Sebab tengok yang ibu-ibu yang bawak anak pergi jumpa Doc Tee ni kebanyakannya sembuh sepenuhnya walaupun mengambil masa.

So Amni tekadkan hati bawak Adira pergi.Kos ubatan mencecah RM1000++ macam tu.Rawatan percuma,hanya bayar ubatan sahaja.Consultation service pun percuma.

Jadi katakanlah mommies nak pergi jumpa doktor sahaja pun tak ada masalah.Doktor tak caj apa-apa.Tapi macam Amni memang standby duit siap-siap sebelum pergi sebab memang dah niat nak ambil dan cuba herba dia untuk Adira.

Jadi Amni dah start bagi herba dekat Adira sebaik sahaja balik dari doktor Tee.Pertama kali suap herba tu mulut Adira memang lain sikit la.Dia macam menolak,but lama-lama dia dah terbiasa.

Next artikel Amni share perubahan demi perubahan Adira bila makan herba doktor Tee ni ya.

cara sembuhkan ekzema dengan selamat

Ni nombor dan alamat klinik Doktor Tee yang memang pakar ubatkan penyakit ekzema dan penyakit kulit lain.

2-Pemakanan ‘Real Food’ Cara Rawat Ekzema Adira

Ok,Adira kena ekzema yang teruk sejak usia 6 bulan.Jadi dia dah boleh makan.Tapi Amni still menyusu badan.

Masa pergi jumpa doktor Tee haritu,memang doktor ada cakap Adira tak boleh makan yang manis-manis,yang ada gluten.Pendek kata anything yang instant tak boleh.

cara sembuhkan ekzema dengan selamat

Ni jugak antara makanan yang Adira kena pantang.

Buah-buahan pulak ada sesetengah Adira tak boleh makan jugak taw.Ok yang gluten ni kalau korang nak tahu dia banyak ada dalam tepung.Jadi anything yang sumbernya dari tepung Adira tak boleh makan.

Gluten ni dia memang bagi allergi pada budak-budak sebab gluten ni dia ambil masa yang lama untuk diuraikan dalam perut budak-budak.Perut budak dengan dewasa mana sama.

So since that,Amni masak sendiri semua makanan Adira.Penat?Tak pun sebab lagi happy sebab kita tahu anak makan apa taw.

Ada anak ekzema ni memang banyak dedahkan Amni dengan ilmu pemakanan yang bagus untuk bayi.Bila kita membaca kita tahu apa yang bagus dan tak  bagus untuk budak.

Adira memang banyak makan real food.Kadang-kadang je dia ‘cheat day’ 😂😂.

Real food ni pendek citernya,semuanya masak sendiri dan dari sumber yang sihat.Instant-instant food memang tak ada untuk Adira.Semua fresh disediakan dari dapur kecil mama dia hehe.

Paling bagus, Chicken Bone Stock untuk Adira Amni tak pernah miss sebab CBS ni banyak sangat bantu kuatkan sistem pertahanan badan dia.

3-Beri Air Masak Cara Rawat Ekzema Adira

Adira memang bagus bab air masak.Tak pernah tolak.Tiap kali lepas makan atau duk saja-saja memang air masak dia banyak minum.

Tapi air masak yang bertapis dan ada mineral la untuk Adira.Mudah sangat tekan je Cuckoo.Tak payah penat-penat nak masak air tiap kali nak minum.

Memang since Adira ekzema Amni bagi air minum dari Cuckoo je.Tekan je ye mommies,jangan penatkan diri dah.

 

Cara Rawat Ekzema Adira Secara Luaran

1-Rawat Ekzema Adira Dengan Mandikan Air Bertapis

Sejak join group whatsapp pengguna herba cina doktor Tee tu, Diorang ada bagitahu yang budak ekzema ni memang special.

Special macam mana?

Yelah,diorang kalau boleh memang kena mandikan dengan air bertapis sebab kulit diorang sangat sensitif kalau ekzema tengah flare (rancak menyerang).

Kenapa air bertapis?Air biasa tak boleh ke?

Amni mula-mula fikir macam tu jugak.Tapi lepas dapat penjelasan diorang bagitahu yang kulit budak ekzema ni sensitif.

Air mandian biasa kita tak pasti bersih atau tidak.Kalau kulit kita kulit dewasa memang tak ada masalah sebab kulit tebal.Tapi kulit budak ekzema ni umpama senipis kulit bawang la pendek cite.

Jadi memang kena mandikan dengan air bertapis.Maka Amni buat apa yang diorang ajar.Alhamdulillah,nampak perubahan Adira semakin kurang menggaru.Sangat-sangat kurang!

Tidur malam tak menggaru dah,makanya Amni pun tak jadi zombie dah taw.

2-Rawat Ekzema Adira Dengan Aloevera Gel

Aloevera gel ni tiap kali lepas mandi atau tiap kali nampak dia macam gatal je,Amni akan sapu.Amni pakai Aloevera Gel dari Natural by Watson.

Gel ni simpan dalam peti (cara Amni la). Then tiap kali nak guna baru keluarkan.Bila pakai rasa sejuk je .Kulit Adira sejak pakai tu memang makin cantik taw.

cara sembuhkan ekzema dengan selamat

Amni pakai alovera gel dari Watsons ni.

Sebelum tu nak bagitahu,Adira punya ekzema memang berair sangat-sangat.Masa fasa berair ni,menang Amni takkan letak apa-apa ubat atau gel lagi.

Apa Amni buat,Amni amik kapas dan celup dalam air normal saline (letak dalam bekas berlainan).Kemudian dap-dap sampai ekzema yang berair tu kering.Bila dah kering,bolehla letak aloevera gel.Tiap kali berair je ulang langkah ni taw.

3-Rawat Ekzema Adira Dengan Narinar Sleep Theraphy

Narinar Sleep Theraphy ni essential oil.Mulanya susah nak percaya minyak-minyak macam ni.Tapi disebabkan terdesak dan stress sebab Adira susah tidur malam,maka Amni beranikan diri cuba NARINAR ST ni.

Result?!

She sleeping soundly taw lepas Amni sapu NARINAR ST. Kalau tak,tiap malam dua tiga kali dia terjaga nak menggaru kaki dia tu.Tobat lega bila pakaikan NARINAR ST ni dekat Adira.Sumpah tak nyesal beli.

4-Rawat Ekzema Adira Dengan Tubifast.

Tubifast ni ramai yang ingat bandage.Sebenarnya lain sangat.Bandage tu kita kena balut.Tubifast ni cara pakai dia sarung je.

Contoh kalau ekzema dekat kaki,sarungla tubifast tu dekat kaki.Tujuan dia lebih kepada nak elak anak menggaru sebab tubifast ni tak menggatalkan dan ada lapisan pengudaraan yang baik untuk kulit.

Tubifast ni banyak saiz.Boleh refer dekat tempat yang korang beli.Kalau di sekitar KL atau Selangor,cari farmasi AA . Google atau waze je.Harga setiap meter murah je.Boleh beli ikut meter.

dekat mana jual tubifast

Inilah rupa tubifast.Banyak saiz.

5-Rawat Ekzema Adira Dengan Penapis Udara Cuckoo

Kenapa penapis udara Cuckoo?Sebab penapis udara ni yang buat kualiti udara dalam rumah jadi semakin baik.

cuckoo water filter

Penapis Air King Top

 

Water filter dan air purifier Cuckoo

Penapis Udara C Model

Budak ekzema ni korang faham-fahamla yang habuk dan debu memang musuh ketat diorang .Jadi penapis udara Cuckoo ni memang banyak sangat bantu proses penyembuhan ekzema Adira.

So keputusan Amni bawak masuk air filter dan water filter Cuckoo ni memang sangat betul.

Dulu sebelum nak beli Cuckoo ni,banyak kali istikharah gak taw.Berbulan-bulan survey baru terbuka hati nak beli.

Sekarang alhamdulillah sangat-sangat bersyukur dengan perubahan ekzema Adira.

Dari fasa mama dan papa Adira jadi zombie dan stress je manjang,sekarang dah boleh sama-sama berdengkur dengan Adira dah tiap malam.

dekat mana jual tubifast

Keadaan kaki Adira yang terkini

Syukur sangat-sangat.😃😃

Mommies yang nak pasang air filter atau water filter boleh whatsapp Amni taw.

Jangan segan silu ye,tanya je dekat Amni -> wasap.my/60145121425/NakCuckooAmni

Selamat mencuba ye mommies !

You Might Also Like

31 Comments

  • Reply Luqman Zakaria Sep 29, 2018 at 11:21 AM

    Ya Allah kesiannya. Ekzema ini banyak kena pantang kan. makanan pon kena yang gluten free. Tapi banyak jugak rupanya cara cara untuk rawat Ekzema nih tengok gambar latest adira tuh pon dah ok kaki dia.

  • Reply Qaseh Sep 29, 2018 at 12:13 PM

    Allahu kesian bila tengok budak kena ekzema , luka semua hurmmm semoga makin pulih ye Adira .. nak share pengalaman pun takde pengalaman hehe , be strong

    • Reply Dunia Farisya Sep 30, 2018 at 7:53 PM

      Heheh.thank you taw qaseh.doakan adira cepat sembuh ye.

  • Reply ZazaIman Sep 29, 2018 at 12:25 PM

    Alhamdulillah.. Tengok kaki adira pun semakin baik tu.. Semoga adira cepat2 sembuh ye sayang.. Amni jual cuckoo juga ya.. Nanti kalau ada rakan2 mencari boleh la zaza suggest amni

  • Reply Qeela Sep 29, 2018 at 1:19 PM

    Kesiannya bila tgk budak2 yg kena eczema..betul, mmg better rawat dgn cara alami mcm tu, even takes time nk pulih betul2 tp cara2 mcm tu mmg betul2 merawat, tak menghakis kulit / buat jadi lg teruk or kerap kena lg nnt..teruskan usaha, alhamdulillah dh makin better ❤️

  • Reply Sherry Sep 29, 2018 at 6:34 PM

    glad you share about this, some friends would be interest to read about it. Shall share with friends to know of this, they didn’t know about this water filter.

  • Reply Suria Amanda Sep 29, 2018 at 9:38 PM

    Kesiannya kalau anak-anak kena eczema ni..dulu masa kecik2 SA pernah kena..tp mak ubatkan cara tradisional..zaman dulu xde solution moden macam sekarang..betul kalau anak ada eczema mmg elok ada air filter..

    • Reply Dunia Farisya Sep 30, 2018 at 7:52 PM

      Ahh kak SA.zaman skang AP satu keperluan dah.bukan kehendak lagi dah.

  • Reply AlongMurni Sep 30, 2018 at 2:25 AM

    AM memang dok tggu entry pasal adira nie.. alhamdulillah dah nmpk kering ekzema Adira.. baguslah perkongsian ttg ekzema nie.. leh kita sebagai mak mak alert skit dgn keadaan persekitaran..

    • Reply Dunia Farisya Sep 30, 2018 at 7:52 PM

      Tq kak AM! Really appreciate your patience.Doakan adira cepat sembuh taw.

  • Reply Min Sep 30, 2018 at 9:35 AM

    Kesiannya baby bila ada eczema. Memang dari A-Z la kena jaga baik dari pemakanan sampailah pemakaian..memang kena pastikan segalanya tak memudaratkan baby

  • Reply Hanny Abdullah Sep 30, 2018 at 12:50 PM

    Mmg prob n risau dibuatnya kalau anak ada eczema ni..Syukur Alhamdulillah dh nampak perubahan ya dn makin pulih.

  • Reply Liez Sep 30, 2018 at 3:21 PM

    takutnya tgk ezcema adira tu..kesian dia.. klau ada masa mcm ni mmg fussy sikit penjagaan kulitnya.. tak boleh sebarang bagi pakai atau makan.. takut makin melarat kan..kena la usahamcm2 untukanak semoga cepat sembuh

    • Reply Dunia Farisya Sep 30, 2018 at 7:51 PM

      aah betul kak liez.sangat banyak yang kena perhatikan.dari segi makan dan persekitaran.

  • Reply Faries Sep 30, 2018 at 6:45 PM

    Ubat herba cina mmg bagus sebab mak dulu kalau kiteorang sakit apa2 pun mesti cari ubat herba cina. Btw tubifast tu mcm bagus lagi2 kene penyakit mcm adira ni kan lg sedap nk mengaru. Ada bandage tubifast ni kurang la budak kecik tu nk usik. hehehe

    • Reply Dunia Farisya Sep 30, 2018 at 7:50 PM

      aah kan faris.ubat herba cina ni mmg bagus sbnrnya.cuma kena pandai cari yg betul2 approve oleh kkm

  • Reply Idayu Sep 30, 2018 at 8:35 PM

    Kalau terjumpa anak2 yang ada ekzema ni memang tak sanggup tengok. Rupanya bnyk cara untuk rawat dan kurangkan rasa gatal tu. Antara rajin dengan malas jerk..beruntung adira
    mama adira sentiasa inginkan yang terbaik

  • Reply Mawardi Oct 1, 2018 at 1:29 AM

    Teruk betul ezima adira ya. Alhamdulillah dah makin ok. Thanks atas tips. Memang sangat membantu ni untuk orang2 kat luar sana

  • Reply Zayani Zulkiffli Oct 1, 2018 at 7:54 AM

    Eh, teruk jugak tu pun boleh baik ok la. Kesian kat anak sakit. Tak sangka air dengan udara penting untuk baikkan org ekzema.

    • Reply Dunia Farisya Oct 4, 2018 at 9:42 PM

      yes.air dan udara sangat penting dalam aspek persekitaran.

  • Reply Alia Oct 1, 2018 at 9:03 AM

    Alaa kesiannya adira..
    Glad to know she’s recovering
    Saya pun tgh berkira2 nak psg air purifier cukhoo ni..yg water filter tu mmg duk pakai dah yg cukhoo punya..senang hidup

  • Reply Penapis Udara Ni Sama Ke Dengan Penyaman Udara? - Dunia Farisya Oct 4, 2018 at 10:12 PM

    […] Amni ada share mengenai cara Amni rawat ekzema Adira dengan menggunakan penapis udara di rumah,ramai yang ingat penapis udara ni macam […]

  • Leave a Reply