Assalamualaikum
Malam ni sambung mengayat.eh gitu pulak.hehe.Tak ada lah saja nak tulis something yang short dan simple sahaja malam ni.Nak cerita kisah Adira demam,ekzema dan batuk selsema dan kisah pasang water filter dan air purifier Cuckoo.
Adira dan Ekzema
Kisah adira dengan ekzema ni panjang sebenarnya perjalanan dia.Tapi alhamdulillah sejak Amni start ambil ubat herba cina dari Doktor Tee dekat Subang start 20 April haritu,ekzema Adira semakin baik dah.Cumanya sekarang belum ada rezeki nak top up ubat lagi.Nanti kalau ada rezeki lebih insyaAllah akan top up herba tu balik.Buat masa sekarang Amni cuma jaga pemakanan Adira je.Bagi dia real food dan pantang gluten serta dairy food.So next time ada masa Amni share pengalaman pergi klinik tu ye dan details dia sekali.

Keadaan kaki Adira yang terkini
Adira Demam Batuk Selsema
Seingat Amni setakat ni Adira baru dua kali demam.Sekali masa umur 5 bulan.Satu lagi sebelum raya baru ni.Tapi sebelum raya baru ni bukan demam sangat tapi lebih kepada batuk dan selsema sahaja.Tapi batuk dan selsema dia boleh tahan jugak teruk sebab kahak kuat sangat berbunyi.Siap pergi sedut nebulizer,sonotron.Last sekali Amni cuba Narinar Flu-Therapy Oil Essential sebab Adira bagi ubat minum pun tak jalan sangat.Paling penting kerapkan breastfeeding Adira.
Alhamdulillah,lepas sapu Narinar Flu-Therapy tu Adira ada perubahan serta-merta dengan izinNya.Tidur malam pun tak terjaga dah taw.Lega sangat.Kalau tak,kejap-kejap bangun sebab gatal tekak batuk.Satu botol Narinar FT tu murah saja RM59 je taw.Boleh tahan sebulan lebih.
Nanti Amni share lagi pasal Narinar Flu-Therapy (FT) tu taw.
Cuckoo Water Filter Dan Air Purifier
Eh mesti korang pelik kan,apa kaitan Cuckoo pulak ni.Mesti korang ingat amni nak menjual la tu.Hehe.Tidaklah.Cuma amni nak share sejak Adira kena ekzema dan batuk selsema ni,Amni nekad amik water filter dan air purifier ni.
Sebab kenapa Amni amik water filter Cuckoo:
- Adira ekzema dan memang kena mandi air yang bertapis sebab skin dia sangat gatal dan sensitif
- Pemakanan dan minuman Adira pun kena make sure dari sumber yang bersih
- Mudahkan kerja Amni nak masak ,nak minum air yang bertapis.
- Nak buat air sejuk untuk tetamu pun mudah.Sebab dah ada air sejuk Cuckoo.Tak yah air batu dah!
- Air panas pun ada.Suami nak air panas,tekan je!
Sebab kenapa Amni amik Air Purifier:
- Amni duk condo.Orang bawah rumah Amni kuat merokok dan bau asap rokok dia boleh naik sampai atas rumah Amni.
- Persekitaran condo Amni banyak construction which is debu berterbangan banyak tu memang sah2 la kan.
- Adira ekzema,debu habuk sekecil kuman pun memang tak boleh.Kalau tak lagi trigger ekzema dia.
- Amni dan Farid sama2 ada alahan debu yang kuat,resdung yang kuat.
Jadi memang satu keputusan yang tepat sangat bagi Amni untuk amik water filter dan air purifier ni.Komitmen bulanan untuk dua ni hanya RM 113.20 sahaja kalau nak dibandingkan dengan kesihatan anak-anak dan kita sendiri taw.
Tapi sejak Amni pasang water filter dan air purifier Cuckoo ni memang nampak sangat ada perubahan dekat Adira,Amni dan Farid.Batuk-batuk dan selsema memang tak ada dah.Air minum pun dah bersih sangat dah.Kesihatan pun sekarang alhamdulillah.Dengan izin Allah nak demam batuk tu dah susah.
Jadi satu pelaburan yang sangat baik.Ada orang cakap membazir.Tapi bagi amni,the choice is yours.
You yourself yang determine your own health.
Okai next time kita sembang pasal lain pulak ye.
35 Comments
[…] ni dah masuk 11 bulan Amni full-breastfeedkan Adira.Fuh tak sangka berjaya sampai ke hari ni.Adira memang tak ada amik susu formula langsung […]
[…] untuk Adira Amni selalu gunakan kaki ayam organik.Bukan ayam biasa sebab Adira ada ekzema jadi dia memang akan alah pada ayam biasa.Setakat ni ayam organik memang Adira okai.Ayam organik […]
Agak dahsyat juga yer keadaan kaki adira. Kulit baby mmg sensitif tmbh2 kalau environment kotor. Jadi pilihan yg bagus utk beli penapis air cuckoo nie. Satu sbb mudah, satu lg sbb ia bersih
ye zarif.selain amni ikhtiar dengan ubat dalaman,luaran amni ikhtiar dengan cara ni.
oh my! serius nya ezcema.. luckily u found the solution for it.. looks like cuckoo is a great product…
yes kylie,adira punya ekzema mmg teruk taw.sekarang dah beransur baik.
Ya Allah sakitnya tengok kaki Adira. Nak nangis rasa. tak boleh tengok budak budak sakit ni. Hati mak mak sangat. Bagus jugak invest dekat water filter dengan air purifier ni. At least anak terjaga sikit kan
betul fadzi.berbaldi2 dah air mata taw.huhu
Kesiannya tengok keadaan Adira=( Budak-budak memang sensitif terhadap kotoran. Kegunaan Water Filter dengan AirPurifier mmg bagus terutama bagi kanak-kanak . Faris dah ad cuckoo water filter kt rumah. Tinggal nak ambik Air Purifier je sebab ramai cakap bagus untuk sedut kotoran habuk.
aah faries.huhuhu.doakan adira cepat sembuh dari ekzema taw.
yeah if stay near construction area is really horrible and terrible, not just the noise but the dusts too. My next door last time renovation over 1 years yeah imagine daily banging on wall and drilling, plus dust flying over here. Glad you share this brand as I didn’t know the advantage till you shared it.
betul sherry.ni memang tak habis lagi construction ni.aihh jenuh nak nunggu siap.
saya ni jenis alah pada habuk. jadi saya pun guna air filther di bilik saya. tapi jenama satu lagilah. apapon kebersihan udara penting untuk semua orang kan.
Ye samalah kita madi.Yang jenis alah pada habuk ni memang wajib ada benda ni.
Betul..dua gajet ni dah menjadi keperluan rumah sekarang ni..dengan air kotorlah, udara tercemarlah, molek sangat pasang water&air purifier ni..
Kan abang jamar.penting sangat dah sekarang.
Teruk juga ekzema Adira tu.. Hopefully cepat sembuh.. Skarang ni memang mudah nak kena penyakit kulit ni sbb udara dah makin tercemar. Jangan kata baby, orang yang dah dewasa pun kadang2 tak tahan.
haa betul tu kak bee.doakan adira cepat sembuh taw.
Kesiannya Adira kena ekzema sampai macam tuh. Nasib baik ada EO ni bagus untuk sesiaoa yang berminat cari pendapatan sampingan kan kak
aah akak.EO ni membantu sangat.
Ya Allah, kesian kat baby, mesti sakit n gatal-gatal. Baguslah kalau dah jumpa solution untuk masalah yang di hadapi, sekarang ni air, udara semua dah tak berapa bersih dah, kalau kita ni kulit dah tebal..tapi baby kulit masih lembut dan sensitif so mmg baguslah ada water filter cam ni
ye mama.baby kulit snsitif.jd demi anak sanggup pasang semua ni.
Memang rumit sikit nk jaga anak yang ada eczema..mudah alah pada habuk dan udara yang tak bersih. Penggunaan penapis udara memang sangat bagus
ye akak.sangat mencabar taw huhu
memang mudah bila ade water filter ni..nad teringin juga sebab senang kan. nak air pans atau sejuk tinggal tekan je./.memudahkan kerja kita
betul kak nad.mudah sangat kalau dah ada water filter ni.
Air purifier tu bagus Tau especially utk yg ada Asma.cuckoo pun sepupu pakai pendeka katw semua baguslah
aah betul tu khai.air purfier skang bukan kehendak dah.tapi keperluan dah.
Nightmare emak2 dan ayah2 la kalau anak tiba2 ada ekzema kan. Hope everything will be okay, dan lekas2 sembuh dari ekzema. By the way kat ofis emi pun guna penapis air cuckoo jugak. Hehe
amin insyaallah tq taw emi π
Siannya adira tak sanggup nak tengok kulit dia, masih kecil dah ada dugaan macam ni. Semoga dipemudahkan urusan dan cepat sembuh ya..
Aminnn tq kak liaaaa
Air purifier ni mmg sangat penting esp those yang ada baby. Lagi2 mcm sis yg ada baby eczema. Air purifier tu dpt bantu bersihkan udara kotor dlm rumah kita. Air juga penting utk dpt kan filtered water, kalau tak nnt kuman masuk badan susah. Filter dlm dispensed pun kena kerap maintain agar tak kotor! Anyway, harap adira and sis and family sihat2 hendakNya βΊοΈ
yes.skang ap ni bukan lagi kehendak malah keperluan π
[…] semakin sihat tapi selsema pulak.Mungkin cuaca tak menentu ditambah pulak antibody tak kuat sebab Adira tak cucuk lagi vaksin yang umur setahun lebih punya.Nurse dah bising dah […]