Home KECANTIKAN 10 Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah Dan Cepat

10 Cara Kuruskan Badan Dengan Mudah Dan Cepat

189
0
SHARE

CARA KURUSKAN BADAN

Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.

Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.

LELAKI VS PEREMPUAN

Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.

Entri kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus secara keseluruhannya.

1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS

Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.

 

2. PELAJARI ILMU TENTANG KALORI

Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu.

Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.

 

3. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.

 

4. ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM

Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.

 

5. ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA

Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.

6. TUKAR KEPADA MAKANAN YANG RENDAH LEMAK

Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?

 

7. BANYAKKAN MAKAN BUAH

Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

 

8. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)

Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.

Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?

 

9. BANYAKKAN BERJALAN (DAN BERJOGGING)

Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.

Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.

 

10. AMBIL SUPPLEMENT KURUS YANG SELAMAT DAN BETUL!

Kalau nak ambil supplement kurus,pastikan supplement tersebut betul-betul selamat dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara supplement kurus yang sedang popular sekarang adalah Ratu Slimming Jelly keluaran Amyera Beauty.

Ratu Slimming Jelly merupakan makanan berasaskan Mango Afrika yang pertama di Malaysia yang berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

Kandungan Ratu Slimming Jelly terdiri daripada bahan utama yang hebat iaitu African Mango , L-Carnitine , Raspberry, Green Coffee bean, timun dan vitamin C.

Didatangkan dalam bentuk jelly yang berwarna kuning, Ratu Slimming Official memberi 4 kesan positif yang utama iaitu:

  • Rasa kenyang tanpa makan
  • Membantu menahan selera makan
  • Membantu membakar lemak
  • Melawaskan pembuangan air besar

Kelebihan lain setelah mengamalkan Ratu Slimming Jelly:

  • Menurunkan berat badan dengan mudah
  • Mengawal selera makan
  • Cepat rasa kenyang
  • Membakar lemak
  • Mengeluarkan peluh yang berlebihan
  • Meringan dan melegakan badan
  • Mengeluarkan toksin melalui urine
  • Meningkatkan tahap metabolisma badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Melangsingkan perut
  • Menguatkan otot perut

Ratu Slimming Jelly sesuai untuk diambil oleh lelaki dan perempuan seawal usia 16 tahun ke atas.Malah ianya juga selamat untuk bayi yang menyusukan bayi dan juga bertindak sebagai ‘milk booster’ kepada ibu. Jadi ibu yang menyusu,jangan risau ye.Sambil  menyusu sambil kuruskan badan.Best kan? hehe

Untuk ibu mengandung dan ibu berpantang , ratu slimming jelly ini tidak boleh diambil.Jadi kena tunggu habis pantang baru ambil.Okai?

Testimoni Ratu Slimming Jelly

Mana Nak Beli Ratu Slimming Jelly?

Boleh dapatkan dari agen sah Ratu Slimming Jelly di bawah dengan harga hanya RM69 sebotol tidak termasuk kos penghantaran.

Instagram : www.instagram.com/ratuslimming_official
Whatsapp: www.wasap.my/60145121425/RatuSlimmingBlog

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here