Home KECANTIKAN Cara Jaga Rambut Yang Betul Bagi Wanita Bertudung

Cara Jaga Rambut Yang Betul Bagi Wanita Bertudung

48
4
SHARE

Cara Jaga Rambut Yang Betul Bagi Wanita Bertudung | Assalamualaikum semua pembaca setia blog Amni.Hari ni Amni nak share mengenai cara jaga rambut yang betul khususnya bagi wanita bertudung.Memandangkan Amni juga seorang wanita yang bertudung,jadi syok sikit boleh berkongsi tips penjagaan rambut ni.

Kalau dulu masa sekolah rendah dan menengah,memang Amni sangat fail.Rambut bau kepam,kutu bagai tu perkara biasa sebab tak pernah didedahkan dengan penjagaan rambut yang betul.Ummi selalu bising.Asal balik dari asrama mesti akan ‘spotcheck’ rambut.Haha.Mana tidaknya,asal kutu je,memang muka Amni.Sebab tinggal di asrama ni macam-macam ragam orang kita jumpa.Ada yang jenis pembersih,ada yang tidak.

Sejak masuk kolej,barulah Amni ada kesedaran sikit sebab dah mula masuk fasa usia matang (konon) hehehe.Jadi sejak tinggal di kolej,memang tiap-tiap hari jaga rambut dengan betul.Selagi rambut tak kering,selagi tu takkan pakai tudung.Ok,jom tengok 3 cara betul untuk jaga rambut untuk wanita bertudung.

Jangan Sikat Rambut Ketika Tengah Basah

Pernah tak dengar macam tu?Tapi kita-kita ni time basah tu yang tengah syok kan sikat rambut?hehe.Sebenarnya bila kita sikat rambut tengah basah,risiko untuk rambut gugur adalah lebih tinggi.Kalau boleh,tunggu sampai rambut betul-betul kering taw.

Elak Cuci Rambut Setiap Hari

Yang ni khusus kepada mereka yang mempunyai kulit kepala yang kering.Yang kulit berminyak,seeloknya setiap hari cuci rambut.Bagi kulit kepala kering,bila cuci dan shampoo rambut setiap hari akan menyebabkan kelembapan kulit akan hilang.Jadi nanti timbul pelbagai masalah kulit kepala.Bagi yang bertudung seeloknya cuci pada waktu malam.Jadi rambut boleh berehat dan kering dengan betul.Kalau cuci pada awal pagi,dengan rushing nak pakai tudung lagi.Memang ‘menjemput’ kutu la gamaknya.

Pilih Shampoo Yang Betul

Haa yang ni ramai terlepas pandang.Ramai yang style suka ‘cium bau shampoo’.Asal wangi ko rembat je pakai.Bukan nak teliti dulu apa kegunaan setiap shampoo.Setiap shampoo ada formulanya tersendiri.Ada yang merawat kulit kepala,rambut gugur,rambut berminyak dan kelemumur degil.

Tapi Amni ada satu cadangan bagi korang yang masih tercari-cari rangkaian shampoo yang boleh menolong menyelesaikan masalah kulit kepala korang tu.Shurah Ariana Shampoo ada jawapan kepada semua masalah korang.Jom tengok jenis-jenis Shurah Ariana Shampoo.

shampoo shurah ariana

 

Sebenarnya Amni jatuh cinta dengan warna botol Shampoo Shurah Ariana.Haha.Warna-warna dia semua lawa.Belum lagi cuba setiap jenis shampoo dia.Hehe.Bau setiap shampoo dia pun buat kita tenang sangat.Hari-hari nak shampoo!

shampo shurah ariana

 

Botol pertama shampoo Shurah Ariana ialah warna oren untuk mereka yang mempunyai masalah rambut kering dan rosak.Diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikanrambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

shampoo shurah ariana

 

Botol kedua pula botol biru.Sekarang Amni memang pengguna tegar si biru ni.Tambahan pula Amni tengah pregnant.Setiap hari sikat rambut memang banyak rambut gugur dek hormon mengandung.Lepas bersalin nanti mesti makin banyak adeh.Kena berjimat sikit guna si biru ni.Hehe.

Botol biru ni sangat best dan wangi!Bau dia buat Amni tenang sampai suami nak tidur di sebalik rambut Amni.Haha.Best kot bau dia!

Si biru ni diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta
melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.

shampoo shurah ariana

 

Kalau dulu kan,Amni kuat sangat kelemumur.Time sekolah kolej la paling kuat.Sebab seharian bertudung.Malam nak tidur baru lega kepala sebab habis kelas lewat malam.Dia punya gatal tu,memang tak selesa langsung.Azab gak kalau kelemumur kuat dekat kepala.Nak tidur pun tak selesa.

Si Hijau sesuai sangat untuk korang yang ada masalah kelemumur.Si pinky pula untuk korang yang sejak azali rambut memang dah lurus ikal mayang,cuma nak kelihatan licin dan lembut.Untung yang beli si pinky ni.Rambut sejak azali memang dah cantik.Haha

Si Pinky dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

Si Hijau pula diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

Kenapa WAJIB Pilih Shurah Ariana Shampoo?

Dalam banyak-banyak sebab,Amni sangat jatuh cinta dengan kelebihan Shurah Ariana Shampoo ni dan Amni sendiri akan pilih Shurah Ariana kerana:

  • Shurah Ariana Shampoo fokus kepada penyelesaian rawatan kulit kepala
  • Shurah Ariana Shampoo hilangkan masalah kulit kepala yang menyakitkan
  • Shurah Ariana Shampoo hilangkan bau kulit kepala
  • Shurah Ariana Shampoo hilangkan kulit kepala berminyak
  • Shurah Ariana Shampoo bebas PARABEN!
  • Shurah Ariana Shampoo menggunakan teknologi pengurangan bau kurang menyenangkan.
  • Shurah Ariana Shampoo mempunyai DANDRILS
  • Shurah Ariana Shampoo mempunyai FARNESOL

Dandrils membantu mengurangkan masalah kelemumur,menenangkan kulit kepala dan merangsang penghasilan sebum yang baik.

Farnesol pula merupakan agen anti-mikrob yang berkesan dan sangat effektif.

Dekat mana nak dapatkan rangkaian Shampoo Shurah Ariana?Korang boleh dapatkan di mana-mana rangkaian pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330 ml dan RM 7.90 untuk 170 ml.Untuk pembelian secara atas talian,korang boleh direct beli dekat portal JETAINE.COM (Klik Sini) .

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, layari :

Facebook Shurah Malaysia : Shurah Malaysia
Instagram : @shurahmalaysia 

#shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia #shurahpencerah

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here