TRAVEL

5 Tempat Menarik Wajib Di Lawati Di Penang

Jul 5, 2017

5 Tempat Menarik Wajib Di Lawati Di Penang

Assalamualaikum semua pembaca!Hari ni dah masuk 8 Syawal 1438 Hijriah.Mungkin masih ada yang dalam ‘mood bercuti raya’ kan?Hehe.Tapi bagi Amni,hari ni dah masuk gear 5 untuk bekerja.Nak berjaya tak boleh layan cuti lama-lama.Nanti dah senang lenang barulah layan mood cuti lama-lama.Hehe.

Okai,hari ni Amni nak share dengan korang semua mengenai 5 Tempat Menarik Wajib Di Lawati Di Penang.Mungkin di kalangan pembaca Amni sudah melawati Penang,mungkin ada yang belum.Jadi,apa kata korang tengok 5 tempat yang menarik di Penang yang Amni akan kongsikan ini.

1.Muzium Rumah Kelahiran P.Ramlee

traveloka

Rumah kelahiran P.Ramlee yang terletak di Penang adalah sebuah destinasi pelancongan yang wajib dilawati jika korang bercuti di negeri ini.Rumah yang diperbuat dengan kayu ini dipelihara dengan baik dan terdapat pelbagai barangan peninggalan arwah P.Ramlee dipamerkan di muzium ini.Selain itu,pengunjung boleh melawati Galeri P.Ramlee yang berada dalam kawasan yang sama.

2.Muzium Perang Penang

traveloka

Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di atas Bukit Maung dibina untuk memperingati kompleks pertahanan asal yang dibina oleh British sebelum Perang Dunia II. Ia menjadi kubu pertahanan semasa perang.
 
Hari ini, ia menjadi kompleks sejarah tidak begitu tersusun yang mempamerkan banyak perlengkapan perang, dan menunjukkan garis masa sejarah.
 
Muzium perang ini ialah dedikasi kepada mereka yang pernah berkhidmat dan terkorban, mempertahankan negara.
 
Disarankan untuk berpakaian cerah dan selesa, pakaian tidak tebal,pakai kasut yang selesa,pakai topi berwarna malap dan sila bawa teropong, semburan penghalau serangga, buku nota dan pen.

3.Fort Cornwallis

traveloka
Fort Cornwallis diberi nama sempena nama Gabenor- Jeneral Bengal dalam akhir kurun ke 1700, Charles Cornwallis. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georgetown. Fort Cornwallis terletak berhampiran Esplanade, bersebelahan dengan Jam Memorial Victoria.
 
Dinding kubu setinggi lebih kurang 10 kaki ini dibina dalam bentuk bintang. Perjalanan mengelilingi kubu ini mengambil masa 10 minit. Di dalam kubu ini, anda boleh melihat tinggalan struktur lama yang dibina berkurun lalu seperti sebuah gereja kecil, penjara, kawasan penyimpanan senjata, lampu rumah api yang pernah diguna untuk memberi amaran kepada kapal, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama yang mana salah sebuah daripadanya meriam Belanda, dikenali sebagai Seri Rambai, bertarikh 1603. Sesuatu yang menarik berkenaan meriam Seri Rambai, sesetengah penduduk tempatan percaya ia boleh memberi kesan positif terhadap kesuburan wanita.
 
Tapak bersejarah yang diuruskan secara persendirian ini popular di kalangan pengunjung. Ia dilengkapi dengan kiosk informasi pelancong, sebuah kafe, dewan terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata serta jurupandu yang boleh membawa anda melawati kawasan kubu sambil memberi penerangan tentang sejarahnya.

4.Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang

traveloka
Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang ialah sebuah rumah agam, dipelihara untuk mempamerkan hari-hari lampau penempatan Orang Cina Selat di Pulau Pinang.
 
Rumah bandar yang besar ini ialah kediaman dan pejabat bekas Kapitan Cina Chung Keng Kwee. Beliau ialah pelombong bijih timah keturunan Hakka kurun ke-19 dan ketua persatuan rahsia Hai San.
 
Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang diisi dengan lebih daripada 1,000 koleksi antik. Kediaman ini unik dan berkait rapat dengan seni bina Cina yang pelbagai.
 
Rumah bandar ini, telah dibina pada tahun 1890 dan mempunyai jalur kayu berukir Cina, dengan lantai marmar Inggeris dan hasil seni besi Scotland.
 
Sila ambil perhatian bahawa tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam rumah agam ini. Kebenaran khas perlu diminta sebelum mengambil gambar rumah agam ini.

5.Pantai Batu Feringgi

Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang laluan tepi pantai barat laut Georgetown dengan deretan resort bertaraf antarabangsa merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang.
 
Berjemur di bawah matahari atau menikmati tiupan bayu sementara anda mencuba aktiviti seperti meluncur angin hingga berkayak. Untuk aktiviti lebih mencabar, apa kata anda cuba aktiviti “parasailing” sambil menikmati keindahan pemandangan pantai dari atas.
 
Apabila malam melabuhkan tirai, suasana malam di Batu Ferringhi menjadi meriah dengan bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan perhiasan hingga barangan cenderahati menarik.
 
Saksikan artisan tempatan mendemonstrasi pembuatan kraf yang rumit serta melukis batik. Dikenali dengan nama Feringghi Walk, bazar- bazar di sini menjual pelbagai barangan yang menarik untuk pengunjung.
 Amacam best tak 5 tempat menarik yang Amni kongsikan di atas?Hehe.Tempat dah best,tapi mesti korang tengah riki-riki mana nak cekau duit nak bercuti di Penang kan?Jangan risau!Traveloka kan hado!
TRAVELOKA
Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia, malah tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair.Jangan lepaskan peluang untuk diskaun menarik hanya 3 hari bermula 7 Julai sehingga 9 Julai.Promosi potongan harga (discount) sebanyak RM188 (flat rate) untuk hotel dan penerbangan hanya melalui Aplikasi Traveloka.Bagi korang yang merupakan ‘kaki jalan’ yang tegar,Amni cadangkan untuk korang buat tempahan hotel dan penerbangan melalui Traveloka!

Syarat-syarat untuk dapat diskaun KAW-KAW Traveloka!

* Hanya penerbangan ke Penang melalui Traveloka App sahaja
 
* Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM 50 menggunakan kupon di bawah.
KUPON:
SEAFLYPEN
(Valid dalam tempoh promosi sahaja)
 
Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138.
*Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
 
* Booking period (flight): 7th July (Jumaat) – 9th July (Ahad)
* Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
 
* Travel period: anytime
Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download)
Belum ada aplikasi Traveloka pada smartphone anda?
Download sini cepat-> TRAVELOKA

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply