SEMBANG SANTAI

Macam Mana Tahu Mengandung?

Apr 12, 2017
alat UPT

Macam Mana Tahu Mengandung? | Alhamdulillah sehingga ke hari ini.Hari ni nak share macam mana Amni tahu Amni mengandung.Hehe.

Sebenarnya period Amni regular.Every month memang datang pada tarikh yang sama.Kadang-kadang sahaja lewat sehari dua macam tu.Tetapi kebetulan pada Disember tahun lalu,Amni rasa perubahan lain pada diri Amni.Masa tu memang dah sedar period lewat hampir sebulan.Tapi tak berapa mengharap ada ‘isi’ sebab bulan sebelumnya lewat seminggu tapi datang jugak period.Jadi kali ni macam buat endah tak endah je la.

Kawan Yang Tegur!

Hampir sebulan lewat period.Pergi ke sana ke mari tanpa ada rasa ‘macam mengandung’.Cuma pada suatu hari tu,Amni ada gathering dan sharing makeup dengan kawan-kawan.Diorang nampak perubahan pada muka Amni.Masa tu muka Amni penuh jerawat *tak de la penuh sgt.hype je lebih* haha.Pastu diorang nampak Amni macam pucat dan letih je.Tapi bagi Amni macam biasa je.haha.Betul lah cakap orang,kadang-kadang diri sendiri tak perasan perubahan pada nya sampailah orang lain yang tegur dulu.

Balik daripada sharing tu,balik dengan kawan Amni.Sambil-sambil tu sembang dengan dia dalam kereta.Haha.Dia tegur jugak ‘ke ko ni mengandung’ . Dia kata dia ni mulut masin.Katanya kalau dia yang tegur dulu,esoknya memang kawan dia mengandung betul.Amni pun gelakkan je la.Dia siap suruh Amni beli Urine Pregnancy Test (UPT) balik malam tu jugak.Haha.Bunyi macam kelakar tapi apa salahnya test kan?Dia kata bagitahu result UPT dekat dia esok.Dah macam doktor bunyikan?Hehe.

Tak Gaduh Nak Beli UPT

Tapi malam tu malas nak beli lagi.Esok pagi baru beli.Beli yang murah-murah je.Tak yah gaduh beli yang mahal.Jimat.Haha.Tapi tak test terus.Sebab waktu yang terbaik untuk buat test UPT tu adalah pada waktu pagi.Sebab apa?Sebab waktu pagi selepas sahaja bangun tidur,hormon kita iaitu hormonΒ human chorionic gonadotropin (hCG) tinggi pada waktu itu.Jadi senang untuk tahu keberkesanan UPT tu.Lebih kurang macam tu la.

So sehari selepas tu barulah Amni cek.Cek betul-betul selepas bangun tidur.Lepas dah titikkan pada tempat test tu,tunggu dalam 5 minit macam tu.Kadang-kadang bila hormon HCG tu dah tinggi kan,tak sampai 5 minit pun result line tu dah keluar.Haaa tu sebab bagus cek waktu pagi.Haha.

And bila result keluar double line,masa tu Amni macam tak percaya.

Dalam hati ‘weh seriuslah?,eh biar betul? , ish betul ke ni? ‘

alat UPT

Macam tu sekali taw.Haha.Yelah kali pertama dan pengalaman baru untuk seorang gadis ‘muda’ macam Amni.Haha.Masa tu Amni cubit pipi diri sendiri sebab macam tak percaya.Haha.Then terus bagitahu orang yang rapat dengan Amni dulu.Nama dia Nana.Dengan dia Amni banyak share kisah sedih kisah gembira.Lepas tu baru bagitahu suami dan si Aysha tu.haha.Then group family whatsapp.

Lepas tu tak sedar tiba-tiba Amni nangis.Sebak kot.Yelah benda baru dalam hidup kita.Tambah lagi terus fikir macam mana nak jadi ibu yang baik lepas ni untuk bayi yang bakal lahir ni.Bab rezeki Amni yakin Allah akan mudahkan sebab setiap anak itu adalah rezeki.Jadi Amni yakin sangat dengan Allah.

Itulah kejadian macam mana Amni tahu boleh mengandung.Bagi Amni ianya satu kisah hidup baru bagi Amni.Syukur sangat sebab tak sampai setahun lagi kahwin,Allah sudah kurniakan peluang kepada kami suami isteri zuriat yang sangat suci ini.Sekarang kandungan Amni dah berusia 5 bulan.Alhamdulillah baby sihat dan sempurna.Menanti 4 bulan lebih lagi untuk tunggu baby ni lahir ke dunia.

Next artikel Amni cerita pengalaman Amni masa trimester pertama pulak ye?

Terima kasih sudi baca! :D

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply Raihan Apr 27, 2017 at 3:20 PM

    Tahniah amni. Kak yg preggy kali ke 2 pun rasa excited bila tgk upt 2 line.beza dgn kakaknya 6 tahun jugam tapi mmg plan anak ke2 ni. Apapun take care tau.

  • Reply Zuriat Apr 27, 2017 at 9:06 PM

    Wahh. Tahniah puan. Alhamdulillah. Moga dimudahkan sepanjang kehamilan dan mudah-mudah je bersalin nanti. Aminnn

  • Leave a Reply