Apa Itu Insurans? - Dunia Farisya
SEMBANG SANTAI

Apa Itu Insurans?

Apr 17, 2017
apa itu insurans

Apa Itu Insurans?

Harini Amni akan sembang mengenai insurans secara mudah dan ringkas.Sebab masih ramai di luar sana yang tak faham apa itu insurans kan?Tapi Amni akan cuba sampaikan apa yang Amni faham secara mudah ye?

apa itu insurans

Insurans adalah satu cara untuk memindahkan risiko dari diri sendiri atau sesebuah syarikat kepada syarikat insurans yang bertauliah.Sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini kepada diri kita atau syarikat,syarikat insurans yang bertauliah dan dipercayai ini akan membayar pampasan kepada kita mengikut terma dan syarat.

Macam mana boleh faham setakat ni?Hehe.Secara mudahnya,bila ada insurans ni,kita umpama menyediakan payung sebelum hujan.

Apa Itu Takaful?

Bila sebut insurans,akan keluar juga pertanyaan apa itu takaful?ย Ada beza ke?Ya,ada beza.Sebelum itu,takaful adalah satu konsep di mana pemegang polisi (anda) membayar caruman (duit) ke dalam tabung takaful.Dana dalam tabung takaful tadi akan di gunakan untuk membayar ahli takaful lain yang dalam kesusahan dan memerlukan.Secara mudahnya,konsep takaful adalah tolong-menolong.Dalam erti kata lain,hari ni hari dia memerlukan duit,esok-esok kita pula yang memerlukan duit tika kesusahan.

Apa Beza Insuran Dan Takaful?

Ada beza yang sangat besar.Beza di antara insurans konvensional dengan takaful adalah insurans konvensional kita tidak tahu status pelaburan duit kita mengikut syariah ataupun tidak.Manakala di takaful pula,setiap pelaburan yang dibuat akan dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat takaful.

Jadi Mana Satu Pilihan Hati?

Jadi mana satu yang korang akan pilih?Insurans atau takaful?Rileks-rileks jangan gelabah artikel akan datang Amni akan kongsikan kelebihan dan kekurangan insurans serta perbandingannya dengan takaful.Hari ni korang fahamkan dulu konsep insurans dan takaful.Bila dah faham konsep baru boleh pergi ke penerangan seterusnya.Bab perlindungan ni kena fahamkan betul-betul,kan ada yang kena ‘kencing’ dengan agen di luar sana macam tu je.

Okai jumpa next artikel ! :D

 

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply riangria Apr 19, 2017 at 3:37 AM

    skrg ni wajib ambik insuran utk lindungi diri..

  • Leave a Reply