Baju Raya Lelaki 2016 Yang Cantik | Haaaiiih tak lama dah nak raya.Sekarang ni hampir nak masuk minggu ketiga berpuasa dah.Semakin berdebar la pulak Hehe.Orait,pagi ni Amni nak cerita mengenai baju raya lelaki 2016 yang korang tercari-cari.Sekarang ni trend baju raya banyak sangat.Ada yang suka pakai jubah,ada yang suka pakai kurta.Tetapi tradisi baju melayu tetap diutamakan.Hehe.
Baju raya lelaki yang Amni nak cerita ialah mengenai Jubah Lelaki Moden yang diberi nama Mecca daripada Elrah Exclusive . Semalam Amni sempat berkunjung ke butik Elrah Exclusive di Bangi Sentral,belakang PKNS.Kalau hampa nak pergi,Waze je PKNS Bangi.Jumpa la belakang tu.Mudah sangat sebab sign board butik diorang besar gedabak taw.Hehe.
Semasa kunjungan ke sana,Amni berpeluang berjumpa dengan pemilik butik Elrah Exclusive iaitu tidak lain tidak bukan El Azman dan isterinya Nur Amirah.
Haaa,korang melting tak tengok El Azman dan adik beradik dia?hehe.Kalau nak tahu sebelah yang pakai jubah tu abang-abang El Azman.Orang kuat dalam Elrah Exclusive jugak taw.Haa.Bagus kan?Bisnes adik beradik pakat-pakat tolong.Alhamdulillah moga kami juga suatu hari nanti seperti mereka.Amin2!Submit!
Okai,sekarang ni Amni nak cerita pasal baju raya Elrah Exclusive pulak iaitu Jubah Mecca.Hehe
Haaa gambar atas ni merupakan jubah mecca keluaran Elrah Exclusive.Jangan layan muka model pulak.Hehe.Lawa dakkk?Amni yang pompuan ni cair tengok material dia taw.Sebab Amni dah tengok sendiri depan mata Amni.Memang best sangat-sangat material dia.Tak taw nak cerita macam mana dah.
Apa yang best pasal Jubah Mecca Elrah Exclusive?
√Material yang lembut tetapi tidak melekap pada badan
√Corak kain merupakan corak yang sama pada kain menutupi Kaabah.Allahuakbar!
√Rekaan collar yang sangat-sangat style bagi dan mempunyai kaitan dengan kisah hajarul aswad.
√Rekaan poket yang sangat unik di mana jubah ini mempunyai dua poket di belah kanan dan kiri.
√Pergelangan tangan mempunyai cutting yang sangat unik di mana mempunyai butang tersembunyi di dalamnya.
Tengok kain jubah Mecca ni.Nampak lembut kan?Hehehe
Tengok bahagian collar jubah dan corak kainnya.Siapa yang pernah sampai ke depan Kaabah pasti ingat corak sebegini.
2 biji butang yang melengkapkan lagi gaya si pemakai.
Jubah Mecca yang bakal membuatkan si pemakai tampak bergaya dan maskulin di mata sesiapa sahaja yang memandangnya.
Bahagian pergelangan tangan yang sangat bergaya dan kemas.Amni paling suka bahagian ni.Hehe.
Haaaa macam mana?Lepas korang tengok satu persatu perincian jubah Mecca ni mesti tertawan kan?Hehehe.Amni sendiri pun cair meleleh.Okai jadi rasa-rasa dah jumpa baju raya lelaki pilihan korang?Kalau rasa nak cuci mata lagi,boleh singgah ke page facebook Elrah Exclusive KL (CLICK) dan Instagram @elrahcheras .
Untuk order pula boleh buat melalui Whatsapp berikut:
014- 5121425
Whatsapp taw.Jangan komen artikel ni.Tapi Whatsapp terus kalau nak order okai?Hehe
Selamat Hari Raya!
4 Comments
kalau order banyak boleh dapat diskaun tak?
Selamat hari raya dan selamat pengantin baru puan 🙂
[…] Amni taip artikel ni,sambil Amni dengar lagu raya sebenarnya sebab dua minggu lagi nak puasa dah.Oh mai tak sabarnya nak raya taw haha. Puasa pun belum ni tapi feeling raya dah mai […]
[…] Baju melayu Aaron Aziz kali ini direka khas dan khusus untuk memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.Dan Amni tengok depan-depan masa tu cutting dia adalah cutting baju melayu tradisional yang mempunyai pesak.Jadi bagi yang minat cutting tradisional terutama ayah-ayah kita sesuai sangat untuk memiliki baju melayu Aaron Aziz ni. […]