SEMBANG SANTAI

Shopping Secara Bijak Dengan PricePanda

Nov 27, 2014
pricepanda

Shopping Secara Bijak Dengan PricePanda | Perempuan dengan shopping memang tak dapat dipisahkan.Itu hakikat yang sebenar.Malah saya suka sangat shopping.Nak-nak bila tengah stress,shopping adalah terapi yang paling mujarab bagi saya dan wanita di luar sana.Jadi keapda kaum Adam,kalau isteri atau girlfriend korang tengah ‘bad mood’ tahap gunung berapi nak meletus,bawaklah diorang pergi shopping.Serius hati mereka akan berbunga-bunga malah lebih sejuk dari gunung Alaska.Haha.Tak cuba tak tahu.

Tapi sebenarnya  perempuan ni susah nak kawal aliran duit yang keluar untuk shopping.Malah saya pun kadang-kadang tak sempat nak buat perancangan teliti bila nak beli sesuatu barang tu.Sebenarnya shopping ni tak salah.Tetapi yang salahnya kalau kita tak pandai membeli secara bijak.Ada beberapa tips yang saya tahu untuk shopping secara bijak ni.

Tips Shopping Secara Bijak

  • Buat senarai barangan yang ingin dibeli-Yang ni dah buat.Selalu catit sebelum nak beli barang
  • Tetapkan budget-Yang ni pun dah buat.Selalu budget benda yang penting je dulu.
  • Bayar dengan cash-Yang ni pun dah selalu.Iolss tak mampu lagi nak amik kad kredit.Hehe
  • Setkan masa untuk shopping-Selalu set.Tapi kadang terlebih jugak.Hehe
  • Shopping alone-Tak boleh sebab iolsss tak pandai nak memilih sorang-sorang.Kena ada assistant bagi pendapat.
  • Bandingkan harga dan servis-Yang ni tak sempat nak buat.Langsung tak buat!

Dari 6 tips yang saya kongsi,ada satu sahaja yang saya tak sempat nak buat.Iaitu BANDINGKAN HARGA.Ya,serius saya tak sempat nak survey harga dan bandingkan antara beberapa buah kedai.Sebabnya saya tak sempat nak cari satu persatu kedai.Contohnya macam baju,letih jugak nak jalan dari satu kedai ke satu kedai kan.Tak sempat habis survey lagi,lutut dah bergoyang macam tarian dangdut.Hehe

Tapi sekarang zaman dah canggih dan lebih menyenangkan.Sebabnya sekarang korang tak perlu dah nak keluar dan tilik harga barangan satu per satu kedai.Korang cuma perlu survey di website sahaja.Semuanya di hujung jari je uolss.

Website mana?

Haa.Dekat PricePanda tu.Dulu saya pernah dengar pasal FoodPanda sahaja.Tapi sekarang PricePanda pun ada meh.Meh saya terangkan secara ringkas dan mudah apa sebenarnya PricePanda ni.

pricepanda

pricepanda apa

apa itu panda

Sebagai contoh korang tengok gambar ni.Saya tengah survey TV  yang elok,murah serta tahan lama.Dan memang ada perancangan nak beli TV baru dekat rumah.Jadi apa salahnya survey di PricePanda ni dulu kan?Lebih menjimatkan masa saya daripada nak keluar hulur ke hilir.Depan laptop pun boleh jadi apa.Hehe

TV apa yang elok

Nampak tak anak panah yang ditunjukkan tu?Tekan sahaja dekat situ untuk melihat perbandingan harga dengan kedai yang lain.Lepas dah tekan tu,korang akan nampak sebagaimana dalam gambar di bawah ni pula.

cara beli tv yang elokNampak tak dalam kotak merah tu?Ada dua buah kedai yang menjual TV LED yang macam saya pilih tu.Malah dekat situ juga ditunjukkan setiap kedai ada kelebihannya yang tersendiri.Boleh nampak berdasarkan harga dan merchant review tu.Jadi korang boleh buat pilihan yang bijak berdasarkan maklumat yang diberi.Tak perlu la korang nak bukak setiap satu website tu.Semuanya dah ada dalam satu website PricePanda ni.Mudah kan?

Ok,kalau korang dah buat keputusan dan survey pun sudah ,korang boleh buat pembelian terus melalui website PricePanda ni.Bukan sembarangan jenama pengeluar yang ada dalam website PricePanda ni.Semuanya merupakan Trusted Partner yang sudah menempah nama dalam industri masing-masing.

Kesudahannya,saya buat keputusan nak beli TV LED dari Lazada berdasarkan review dan hasil survey saya.Tapi kena bincang lagi dengan tokey besar.Dia izinkan ke tidak.Hehe.Bukan nak beli kasut ,nak beli TV LED ni.Bukan seringgit dua,beribu tu.Jadi kena buat perbincangan dan keputusan yang betul.Heee.

Jadi,kalau korang macam PENING LALAT nak cari website shopping online yang boleh dipercayai dan nak  survey harga yang murah dan berpatutan untuk seseuatu produk yang korang nak beli, bolehlah cuba search dan buat perbandingan di website PricePanda Malaysia.

Info Lanjut:www.pricepanda.com.my

 

 

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply emalinmohd Nov 28, 2014 at 6:02 AM

    Dulu web macam ni Ada kat oversea je. Selalu terfikir best nya kalau Ada kat Malaysia. Tak Ada lah jenuh nak pergi dari satu Kedai ke Kedai lain nak survey harga.

  • Leave a Reply