SEMBANG SANTAI

Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi

Sep 21, 2014
visit my ig

Sikap Penjual Online Yang Tidak Patut Dicontohi | Tengah-tengah malam macam ni,rajin pulak rasa nak menulis sebab kepala dah segar baru lepas mandi.Balik dari seminar di Setia Alam petang tadi,terus terlena sebab letih sangat seharian di luar.Dapat la juga satu sachet “ole-ole” dari Kak Tuty Rahiza.Sempat je dia selit bagi kita satu sachet Cinch Tea,iaitu produk minuman yang memberi tenaga yang kuat kepada tubuh badan.

Sebenarnya nak kongsi sesuatu dengan semua pembaca mengenai sikap penjual online yang tidak patut dicontohi.Seriusly annoying gila.Kenapa annoying?Just take a look at this picture.

cinch tea shaklee

 

Seriusly rasa nak marah tahap gila lagi tinggi dari KLCC tu.Tapi nasib baik sempat cool down sebab fikir secara rasional dan kita buat andaian mungkin “Si Anonymous” ni tak tahu etika sebagai seorang penjual online yang baik.Fikir baik-baik sudah.Tapi setidaknya si online seller kenalah fikir secara rasional jugak.Beradab ke masuk kedai orang,terus promote barang sendiri?Lagi kesian kalau dia komen di artikel yang dibayar oleh klient saya untuk mempromosikan produk mereka di blog.Mereka bayar bukan dengan nilai seringgit dua.Tapi dengan nilaian yang mana boleh belanja 30 orang makan besar dekat Warong Rojak Ayam Sedap dekat tepi longkang besar tu.Kalau korang Online Seller,please think rasionally.Saya online seller juga,tapi tak ada sampai guna “cara busuk” macam ni.Kalau tak tahu sangat nak promote barang tu macam mana,boleh suruh saya promote dekat blog.Masa ni nak “WhatApp atau PM laju-laju” pun tak pe.Boleh hubungi saya di :

Facebook:Farisya Anastasyia [KLIK]
WhatsApp : 014 5121425

“tu la..dulu aku suruh pergi belajar buat blog tak nak.Sombong tak bertempat.Setidaknya ko dah pandai buat artikel SEO untuk jual produk ko ni.Tak perlu sampai nak ceroboh rumah orang lain”

Nak Belajar Buat Artikel SEO? [KLIK]

Ini bukan kali pertama jumpa komen sebegini rupa.Tapi dah banyak kali dan sudah sampai masanya untuk saya sendiri beri peringatan.Kalau dalam sehari tu ada 3-10 komen sahaja yang masuk,tak ada masalah nak buat penapisan komen ni.Tapi kalau dalam sehari tu 30-40 komen yang masuk?Tak ke jenuh nak cek satu persatu kan?Ini kejadian di blog.Bagaimana pula dengan mereka yang terkenal dengan “Visit My Ig” , “Saya Jual….” di laman Instagram?

visit my ig

Ada jugak jenis macam ni…

Yang ni pulak jenis komen manis dulu kemudian pergi tinggal komen nak promote barang dia.Amboi Cik Kak.Tak elok buat macam ni.Tak baik amik kesempatan macam ni.Kadang-kadang nak baca komen dekat akaun Instagram pun rasa malas sebab banyak sangat “Visit My Ig” .

visit my ig

Amboi Cik Adik,nak suruh WhatsApp “laju-laju” tu laju mana?

Kalau yang macam ni pulak lagi tak beradab.Ni salah satu punca kenapa bisnes tak naik-naik sebab cara nak kita nak kembangkan bisnes tu tak berkat,Ibarat kata kita masuk kedai orang tak bagi salam.Lepas tu sesuka hati pergi promote barang kita dekat dalam customer dalam kedai tu.Tolonglah prihatin sikit dengan Online Seller lain yang dah berhabis ribuan ringgit untuk bayar servis Review Ig dekat artis.Ingat duit beribu tu macam RM1 ke?Diorang berpeluh-epluh kumpul duit nak bayar servis Review Ig,korang pulak sesuka hati je “ceroboh” rumah diorag.Tolonglah hormat sikit.Really annoying.

Kesian pulak dekat yang bayar review berbayar ni.

Kesian pulak dekat yang bayar review berbayar ni.

Kadang-kadang sampaikan Owner Ig Shop yang direview tu kena “bash” sendiri “Online Seller yang beretika”.Sekali dua boleh la diorang nak tegur semua kan?Tapi kalau banyak kali?Penat la diorang nak block korang semua yang sangat “beretika” ni.Sebelum nak komen “Visit My IG” dekat akaun Instagram orang lain,tolong fikir macam mana kalau ada orang lain buat macam tu dekat Instagram kita?Suka tak?Mesti rasa marah gila tahap nak caci maki semua kan?Haaa.Tahu pun nak marah kalau kena atas batang hidung sendiri.Kita buat dekat orang lain tak pe pulak?

Penat jugak membebel dekat blog tengah-tengah malam macam ni.Kadang-kadang membebel untuk kebaikan tu tak pe.Hehe.Sampai lapar pulak dibuatnya sebab khusyuk sangat kan?Yang penting,buang yang keruh ambil yang jernih.Bukannya kita tak boleh nak buat dengan lebih baik,cumanya ada satu dinding dalam diri kita yang menghalang kita untuk berubah.Jadi mulai hari ni,ubahlah sikap kita sebagai Online Seller yang lebih beretika.Gunakan saluran dan medium yang betul untuk mempromosikan barang anda.Antaranya dengan meletakkan banner iklan di blog yang mempunyai rating pembaca yang ramai dan mengambil servis Artikel Berbayar dengan blogger yang anda berkenan.Kalau berkenan dengan cara penulisan saya yang “agak pedas” ni bolehlah hubungi saya nanti..Saya tak mampu nak menolak rayuan abang dan kakak yang handsome dan cantik untuk beriklan di blog saya.Saya terima dengan hati terbuka.Hehe.

Okai?Dah boleh sambung tidur.

Selamat Malam!

 

You Might Also Like

15 Comments

  • Reply hazanis Sep 21, 2014 at 9:24 AM

    itu lah.. dah byk skrg ni. kalau nis segan lah nk buat benda mcam ni..addoiii

  • Reply Adam Sep 21, 2014 at 1:28 PM

    Cakap dengan dia, nak iklan boleh, tapi kena bayar sewa tapak la. Tak mahal, sekali iklan + sticky RM150 sahaja. Haha.

  • Reply ikhwan Sep 22, 2014 at 1:57 AM

    Dia orang ingat boleh buat ZERO COST MARKETING? ZERO MINDED ada lah 🙂

  • Reply Siti travelog Sep 22, 2014 at 5:13 AM

    Saya tak faham kenapa orang suka menjual di Instagram. Sudahlah tak keluar di search engine, internet search function dia punyalah merapu-rapu kena tag dan tak ada ciri-ciri mesra pengguna. Baik promosi di twitter atau Facebook dari Instagram. Nak power lagi, di blog atau online store guna online ordering sistem. Tapi tak ramai orang kita nak belajar promosi cara betul guna website, dia nak mudah guna Instagram. Tapi hakikatnya lagi susah menjual, nak-nak bila kena jawab respon kot whatsapp/line/sms bagai. Kalau buat website online kan senang. Klik je buy, invoicing system semua terus keluar… tapi orang kita malas. Sedih betul tengok fenomena IGshop ni..

  • Reply Aishah Ahmad Sep 22, 2014 at 2:32 PM

    AA pun x suka tau kalau ada penjual2 yg jenis parasit suka komen kt iklan kita..menyekik rasanya

  • Reply nord Sep 23, 2014 at 10:51 AM

    Betul, setuju sangat. Entah macammana la diorang ni berjual takdak etika langsung. Orang duk syok bercerita boleh plak duk selit nak jual produk sendiri. Ada pula yang suka kondem barang orang semata2 nak naikkan produk sendiri. Kalau nak keluarkan la modal kan buat iklan ke bg cikgu farisya buatkan.Kan lagi bagus tu…hihi

  • Reply Mazni Azmi Sep 26, 2014 at 10:20 AM

    Cari ilmu, itu lebih mudah. Macam sekarang ni ilmu blogging dan online marketing sangat penting.

    Bayar ribu ribu tu

    Datang orang lain nak percuma saja. Huhuh

  • Reply Raihan Sep 26, 2014 at 6:21 PM

    memang ramai peniaga tak beretika…tak suka juga kalau ada menyelit sama…moga kita semua menjadi peniaga beretika dan berhemah….in shaa Allah

  • Reply Oja Samid Sep 30, 2014 at 2:59 PM

    bagus selalu ingatkan macam nie…jadi peringatan untuk saya juga supaya tak lupa jaga etika sebagai online seller. 🙂

  • Reply Azhafizah Sep 30, 2014 at 4:55 PM

    Tak suka kalau promote barang sendiri di post orang lain..macam tak pandai nak promote barang sendiri pulak kan..dan of course menganggu..cuba cari jalan sendiri untuk buat marketing.itu lebih baik

    • Reply Farisya Anastasyia Oct 1, 2014 at 10:49 AM

      Betul kak fiza.Cuba pergi marketingkan barang kita dengan mengupah penulisan artikel dengan blogger.Baru betul caranya.kan?hehe

  • Reply titan Oct 8, 2014 at 8:37 PM

    orang jahil.

    memang cam gitu. Dia main belasah aje. Belajarnya malas.

  • Reply AkmaOmar Oct 9, 2014 at 1:27 PM

    hahaha samalah kita kena kan kan…IG akak selalu kena, fb page & profile akak setting mana iklan masuk delete terus…blog lagi haru ada tu siap letak link dalam commentbox tak pakai commentluv…alamatnya masuk trash lah….

    Org skrg takkan klik comment spam macam tu….diaorg ni kena belajar how to be a good marketer then mesti tak buat keja annoying camtu lagi. Huhuhu

  • Reply nur razali Oct 12, 2014 at 2:15 PM

    terima kasih farisya ingtkn Nur jgk nih, elakkan bt cm gini kan..kene sentiasa aware dgn etika sbg online seller ni 😉

  • Leave a Reply