MAKANAN

Chicken Chop Sedap Di Kuala Terengganu

Jan 1, 2014
Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Assalamualaikum

Chicken Chop Sedap Di Kuala Terengganu-Sejak balik dari KL bulan lepas,mulut ni terliur nak makan Chicken Chop dekat Fiske Steak N’ House dekat Taman Dato Keramat, Ampang tu.Kedai tu tiap-tiap hari penuh.Sampai kena berdiri nak tunggu turn meja kosong.Sapa pernah pergi makan kat situ tahu la.Kedai tu merupakan kedai sedap yang menjual Chicken Chop area KL ni.Sapa belum pernah pergi,bolehlah singgah lepas baca entri ni ek.

Hari ni,entri pertama Januari 2014.Permulaan untuk menjadi lebih baik.Jadi FA mulakan tahun 2014 dengan Chicken Chop.Hahaha..Azam tahun ni untuk blog nak jadi Beauty and Food Blogger yang berdedikasi..Haha..InsyaAllah doakan.Disebabkan FA kuat makan,maka harus sentiasa bercerita bab makan.Jadi lepas ni korang bersiap sedia lah kalau selalu nampak FA upload gambar makanan kat FB,Insta atau Blog.

Sebelum tu tengok gambar kat bawah ni dulu.

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Apa yang sedap ek dengan Chicken Chop ni?Meh FA nak bagitahu.Chicken Chop yang sedap di area Kuala Terengganu ni korang boleh dapat di NR Seafood Village atau di NR Cafe.Dia ada dua cawangan dan kedua-duanya tak jauh pun.Jadi kalau NR Cafe penuh,ramai,korang pergilah NR Seafood Villlage pulak.

Chicken Chop dekat NR Cafe dan NR Seafood Village ni sedap dari segi kuah/sos dia.Memang menjilat jari..!!Sampaikan kawan FA tiap kali nak makan Chicken Chop,memang akan datang sini.Berbaloi dengan harga dia..Memang umphhh!!Serius FA cakap,kalau korang nak rasa Chicken Chop sedap area Kuala Terengganu,di sinilah tempatnya..Memang tidak mengecewakan..!Hehehe

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Nasi Goreng NR Cafe

Selain dari Chicken Chop,Nasi Goreng NR pun tak kurang hebatnya juga.Sedap dan memang cukup rasa beb!Hehehe.Kenyang sangat-sangat dapat satu pinggan.Ditambah pulak dengan udang,sotong dan ayam kat lauk dia..Memang cukup lengkap wehh!Haha.

 

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Air Kelapa Biasa.Boleh tahan sedap dia..

 

Air Kelapa Biasa.Boleh tahan sedap.Tak manis sangat,tak tawar sangat.Secukup rasa.Nak order yang special,tapi dah boleh agak takkan habis minum,so tak order.

 

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Kalau makan kat sini,mesti order Banana Split ni..

 

Banana Split.Dessert yang wajib FA order kalau time makan Western.By the way,Banana Split dia sedap sangat.Sebab tu tiap kali datang makan dekat NR Cafe atau NR Seafood Village ni , FA mesti akan order Banana Split yang sedap ni.

 

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Ruang Luar NR Cafe

 

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Ruang Luar NR Cafe

 

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Ruang dalam kedai NR Cafe

 

Chicken Chop Sedap di Kuala Terengganu

Ruang dalam NR CAFE

 

Rekaan dalaman kedai NR Cafe dan NR Seafood Village ni memang antik sikit.Tenang je kalau korang nak datang makan sini sambil dtemani halwa telinga yang mengasyikkan sebab owner kedai ni akan pasang ayat-ayat Al-Quran masa korang makan.Suasana kat sini memang romantik dan sesuai untuk yang berhajat nak buat candle light dinner bagai.Haha. *muntah hijau*

Tapi kalau korang datang sini,korang memang dan wajib cuba Chicken Chop dia sebab Chicken Chop ni memang sedap giler kat area Kuala Terengganu ni.Memang kalau order satu,memang tak cukup.Haha..Balik rumah mengidam nak lagi.Jangan lupa cuba taw kalau datang Terengganu.Hehe.

Selamat Mencuba!

NR CAFE
Lot 34354,Tok Jembal
Kuala Terengganu, Terengganu
Malaysia
Tel :+609-6660645

NR SEAFOOD VILLAGE
Lot 9433,Jalan Pantai Kg. Pengkalan Maras
21020 Kuala Terengganu
Tel : 09-6693166

Email : nazminrcafe@gmail.com

You Might Also Like

26 Comments

  • Reply ohcikgu Jan 1, 2014 at 1:37 AM

    sedap gile? wahh..leh jadi gile kahh??

  • Reply Sop Jan 1, 2014 at 7:24 AM

    blom pernah makan chicken chop kat ganu
    boleh cuba2 kalau blk kg nanti 🙂

  • Reply farid laham Jan 1, 2014 at 7:42 AM

    ok nti bawak kite g mkn sane ye next time

  • Reply blogger lelaki Jan 1, 2014 at 12:11 PM

    syirah rasanay lg bagus bleh letak gambar peta kedai barulah senang orang luar nk datang kan..hu3..lg bagus kalau siap ada koordinat GPS

  • Reply Kikie Jan 1, 2014 at 3:14 PM

    OK TQ FA…

    sebab buat Kie laparrrr!!! hehehehe

  • Reply Tommy May Jan 1, 2014 at 9:12 PM

    hmmm gurih nih gurih
    gurih gurih nyoss

  • Reply Dkna Abza Jan 2, 2014 at 9:16 AM

    terliur lak tengok gambar nie!

  • Reply seri.selaseh Jan 2, 2014 at 4:21 PM

    boleh cuba ni. Ada cita2 nak ke kuala terengganu. Selama ni plan nak serbu keropok lekor BTB je.

  • Reply cleffairy Jan 2, 2014 at 6:13 PM

    Wow, looks really yummy. I love chicken chop too. 😀

  • Reply akubiomed Jan 2, 2014 at 6:56 PM

    Nampak sedap dan mengiurkan.

    p/s: blog ini agak lambat loading gambar.

  • Reply Sheila Salim Jan 3, 2014 at 6:54 PM

    Assalamualaikum dik. wahh terliur akak. ni nak bagitau dalam masa seminggu review blog adik akan keluar. jangan lupa singgah ye. maaf akak lambat review, lama sangat bercuti daripada berblogging. ni tengah warm up balik. bayar hutang review yang tersangkut. hehhee

  • Reply leeza dayasari Jan 3, 2014 at 9:45 PM

    teringin ni makan chicken chop.

  • Reply nadia johari Jan 6, 2014 at 1:06 AM

    kene pergi terengganu dulu baru boleh makan..hehe

  • Reply Hazman Fadzil Jan 23, 2014 at 2:39 PM

    Yang nasi goreng NR tu okey la dia punya gaya hidangan

  • Reply Kali Kedua Makan di Menate Steak Hub - Dunia Farisya May 1, 2019 at 10:13 AM

    […] mekap terus pergi singgah Menate Steak Hub dekat Ampang.Sampai je tak ada orang sangat.Ada satu family je yang tengah pilih menu […]

  • Leave a Reply