MAKANAN

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Dec 30, 2013
Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Assalamualaikum

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu-Tahun baru semakin menjengah dan akan tiba kurang beberapa hari sahaja lagi.Awal tahun nanti mesti banyak kursus yang bakal diadakan dan akan dihadiri oleh korang semua terutama yang dah bekerja.FA kalau sebut bab kursus ni paling suka kalau kursus tu diadakan di hotel yang menyediakan makanan yang sedap.Hehe.Nampak sangat FA ni pergi kursus sebab nak makan kan? =.=! Memang pun.Kalau tak,tak semangat nak kursus.Haha.

Hari ni FA nak berkongsi dengan korang semua hotel yang mempunyai pakej bilik seminar di Terengganu dengan harga yang berpatutan.Jadi lepas ni korang buatlah pertimbangan atau jangan lupa cadangkan dekat bos korang untuk buat seminar kat dekat hotel ni.Sumpah korang takkan menyesal la.Hehe..Santai sambil bekerja.Bila lagi kan?Haha.

Pakej Yang Tersedia di Sumai Hotel Apartment

Pakej Pelajar

Pakej Korporat

Pakej Seminar Kerajaan/Swasta

Pakej seminar yang tersedia di Sumai Hotel Apartment terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Full day dan Half Day.
Full day,Non-Residential: RM60 per person (Min.30 pax+3 meals)
Inclusive of:
>1 unit meeting room
>2 Tea/coffe break with 2 snacks
>1 set/buffet lunch
>1 unit basic PA System with 2 microphones
>1 unit white screen
>1 unit of flipchart
>1 unit whiteboard
>Free WIFI
>Writing Material
>Mint and ice water

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Antara Dewan Yang Terdapat Di Sumai Hotel Apartment

 

Half day,Non-Residential:RM45 nett per person (Min.30 pax + 2 meals)

 

Inclusive of:
>1 unit meeting room
>1 tea/coffee break with 2 snacks
>1 set /buffet lunch
>1 unit basic PA system with 2 microphones
>1 unit white screen
>1 unit of flipchart
>1 unit whiteboard
>Free WIFI
>Writing Material
>Mint and ice water

Menarik kan?Kalau korang atau bos korang nak buat seminar kat sini,bolehlah berurusan secara terus kepada Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment nanti.FA akan berikan contact untuk dihubungi di akhir entri ini.Sebelum tu korang baca dan teliti dahulu maklumat yang FA bagi kat atas tu.

Restoran Bintang Laut

Ramai yang tidak menyedari kewujudan Restoran Bintang Laut yang sudah lama beroperasi di Sumai Hotel Apartment ini.Diketuai oleh Chef yang berpengalaman di hotel bertaraf 5 bintang iaitu Chef Amin.Restoran Bintang Laut juga boleh dikategorikan antara tempat makan sedap di Kuala Terengganu ni taw.Jangan pandang sebelah mata yer..Kali pertama FA masuk ke restoran ni,FA dah mula teruja sebab layanan mesra staff restoran tersebut.Sepanjang menginap di Sumai Hotel Apartment,memang FA makan kat restoran Bintang Laut ni je.Tak singgah kedai lain dah.Hehe.

Chef Amin merupakan anak kelahiran Kuala Lipis,Pahang.Mempunyai pengalaman dalam bidang masakan lebih dari 20 tahun.Beliau pernah mencatat rekod memasak menu Tempoyak Ikan Patin untuk 1000 orang tetamu.

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Suasana restoran yang kondusif dan tenang

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Suasana dalam Restoran Bintang Laut

 

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Makanan sedap di Sumai Hotel Apartment

 

Tempoyak Ikan Patin Temerloh,menu wajib cuba!

Haaa..yang ni best.Kalau korang nak tahu Tempoyak Ikan Patin Temerloh adalah menu wajib cuba kat restoran ni taw!Jujur FA cakap,ikan patin dia memang sedap giler!!Sampai menangis-nangis kuar air mata sebab pedas sangat+nikmat.Sampai nasi tambah dua kali kot..Sedap tambah tak cukup sebab terliur tengok Tempoyak Ikan Patin tu.

Tempoyak Ikan Patin ni memang dimasak oleh chef Amin yang berasal dari Kuala Lipis,Pahang.Jadi no wonder kalau Tempoyak Ikan Patin dekat Restoran Bintang Laut ni sedap sangat!Hehe.Rasa nak pergi lagi..Lepas ni bolehlah ajak family pergi.Hehehe.

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Tempoyak Ikan Patin Sedap Di Kuala Terengganu

 

Ikan Bakar Makan Sampai Kenyang!

Selain Tempoyak Ikan Patin,kalau korang datang Restoran Bintang Laut ni,korang kena cuba Ikan Bakar dia.Memang sedap giler.Dihidang dengan aneka sos yang mampu buat korang mengigau malam2.haha.Opps!Mesti korang rasa mahal kan set ikan bakar dia?No3!

Dengan hanya bayaran RM20 sekepala,korang boleh pilih apa sahaja jenis ikan+nasi putih+nasi goreng+ulaman+air+dessert yang sempoi sangat!Serius sedap dan FA boleh bagi jaminan yang korang takkan menyesal kalau korang makan kat Restoran Bintang Laut ni.

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Promosi Ikan Bakar di Sumai Hotel Apartment

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Ikan Bakar Sedap Di Kuala Terengganu

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Bersama Blogger dari Terbaek Network dan NabilaBiela.Com

 

Masakan Cina penambat selera

Selain makanan tempatan,korang kena cuba juga masakan cina air tangan Chef Amin ni.Memang sedap giler.Serius FA jatuh hati dengan masakan Chef Amin ni.Hanya Restoran Bintang Laut sahaja merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan masakan cina di Kuala Terengganu ni.Jadi kalau korang teringin nak makan masakan cina,tak payah naik KL tu

Jom tengok antara menu special masakan cina yang kitorang makan hari tu.Sebelum tu,pastikan perut korang kosong,so nanti korang akan terliur dan cepat2 booking hotel kat Sumai Hotel Apartment ni.haha(gelak jahat).

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Treasure Chocolate Cake

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Grilled Roled Chicken with Mushroom Sauce served with Garlic Mashed Potato and Glazzing Vegetable

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Madley Seafood Cocktail With Blueberry Dressing

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Cream of Black Mushroom Soup

 

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Stim Masam

 

Kat restoran Bintang Laut,Sumai Hotel Apartment ni pun korang boleh dapat taw.Walaupun ni kali pertama FA cuba masakan Cina,tapi tekak FA dah boleh terima.Ada setengah orang tekak diorang ‘manja’ sikit.Hehe.

 

Dibuka kepada pelanggan luar

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Hotel pertama di Terengganu yang menggunakan tenaga kerja 100% Bumiputera

 

Selain untuk pelanggan hotel,korang yang tak menginap dekat Sumai Hotel Apartment pun boleh datang dan makan sampai kenyang dekat Restoran Bintang Laut ni.Restoran ini mula beroperasi jam 8 pagi dan berakhir pada 11 malam.Haa..In case kalau korang nak buat dinner atau candle light dinner kat sini pun boleh yer.Hehe.

Suasana dalam restoran ni romantik sangat bagi FA.haha.Jadi bolehlah plan awal-awal yer.HeheheKalau korang nak bertanya lebih lanjut mengenai Restoran Bintang Laut ni atau pakej yang terdapat di restoran ni,bolehlah menghubungi nombor dibawah:

Eksekutif Jualan Sumai Hotel Apartment
Noor Zarimaniza Mohd
014.5243941

time duduk taip entri ni,teringat Mayonis Chicken yang Chef Amin buat malam tu..Laparr…  =.=

You Might Also Like

4 Comments

  • Reply jaymiee Jan 1, 2014 at 7:32 AM

    bila lagi agaknya dapat ke sumai…..teringin makan makanan yang di masak oleh chef amin.

  • Reply nadia johari Jan 6, 2014 at 1:16 AM

    pergh sedap giler mkanan tu..

  • Leave a Reply