Assalamualaikum.
Macam mana nak atasi rambut berminyak?-Rambut berminyak terjadi disebabkan banyak faktor.Keadaan ini merimaskan diri FA sendiri memandangkan FA seorang gadis yang bertudung.Gadis-gadis diluar sana mungkin ada yang mengalami situasi seperti FA.Jadi dah lama pendam masalah ni,akhirnya FA jumpa cara penyelesaian yang bagus untuk mengatasi masalah rambut berminyak ni.Tapi sebenarnya apa punca rambut berminyak ni ye?Jom tengok!
Punca Rambut Berminyak
1.Kelenjar-Penghasilan minyak(sebum) yang berlebihan oleh kelenjar minyak.
2.Tangan-Tangan yang kotor turut menyumbang kepada rambut berminyak memandangkan tangan merupakan tempat yang mempunyai banyak kuman.
3.Makanan-Kalau tak jaga pemakanan,memang tak boleh nak cakap apa la.Macam FA yang degil suka makan makanan berminyak,akibatnya sendiri tanggung la.Jadi cuba elakkan makanan berminyak kalau korang sayang rambut korang.
4.Kotoran luar-Selain faktor di atas,keadaan sekeliling kita juga turut memberi kesan kepada rambut kita.Contohnya kalau korang sentiasa terdedah kepada habuk dan asap kenderaan.
Sekarang korang dah faham punca rambut jadi berminyak kan?Jadi sekarang jom FA kongsikan pula macam mana nak atasinya.Mesti korang tak selesa bila rambut berminyak kan?Jom tengok macam mana nak atasi rambut berminyak ni.
6 Cara mengatasi rambut berminyak
1.Jaga Kebersihan Rambut-Yang ni semua orang mesti terlepas pandang.Mesti korang hanya tahu mandi,gosok-gosok rambut semasa mandi,syampu lepas tu terus bilas kan?Cara tu betul,tapi lepas dah siap semua tu,jangan lupa jaga kebersihan selepas cuci rambut tu.Jangan pakai sikat je rambut.Korang perlu belai,elakkan rambut dari terdedah kepada keadaan yang kotor.Kalau boleh elakkan dari tempat yang berasap dan berhabuk kerana asap mempunyai peratusan tinggi kandungan minyak.
2.Pilih Syampu yang sesuai-Syampu ni jangan pulak korang main beli je.Pilih syampu yang sesuai dengan keadaan rambut korang.Kalau rambut korang ada masalah rambut gugur,pilihlah syampu yang boleh atasi keguguran rambut.Jangan pulak ada masalah A,beli pencuci untuk masalah B.Macam mana la nak efektif.
3.Jangan garu kulit kepala-Cinta umpama kurap,makin digaru makin sedap.Tetiba pulak.Hehe.Memang sedap garu kepala yang gatal kan?Nikmat+syok je kan?Tapi cara tu salah!Bila korang garu kepala tu,kelenjar kulit kepala jadi makin tertekan taw.Hasilnya,makin banyak pengeluaran minyak berlaku.Jadi jangan pandang remeh bab menggaru ni ye.
4.Hindari makanan pedas+asam+berminyak-Cukup lengkap 3 pakej kan?Majoriti ramai sukakan makanan sebegitu.Tapi apakan daya,kalau korang sayang rambut korang,silalah hindarkan diri atau tahan nafsu makan korang dari menjamah makanan sebegitu.Alamatnya,sampai ke tua la rambut korang berminyak.
5.Elakkan rambut dari kerap terdedah kepada cahaya matahari-Yang ni,senang sahaja.Pakailah tudung seperti mana disyariatkan oleh Allah.Islam itu mudah.
6.Lemon+Yogurt-Yang ni mungkin petua orang moden kot.Tapi cubalah kalau korang rajin ye.Ambik buah lemon,perah air dia dalam yogurt biasa.Lepas tu lumurkan pada permukaan kulit kepala.Biarkan 10-25minit.Kemudian bilas seperti biasa.Amalkan selalu.InsyaAllah berkesan.
Dah habis semua petua yang mungkin korang boleh gunakan untuk mengatasi rambut berminyak.Jujurnya,FA memang tak suka bila rambut berminyak.Tak selesa sangat.Kelemumur lagi.Tapi mak cakap sebab FA dah makin nak tua. =.=” Terima je lah kenyataan.Sekarang FA sedang praktikkan cara 1 2 3 dan 4.InsyaAllah berkesan.Atas diri sendiri sebenarnya.Korang jangan lupa cuba ye ! π
Islam itu mudah.Jadi,jangan pernah mengeluh ^_^
24 Comments
rambut berminyak memang rimas… kena rajin cuci…
Aah.memang kena rajin cuci rambut.
macam muka FA pun ada Datuk CT ni hehehhe
siti ke tu…slim je nmpak..
Aah.da slim dah.hehehe
terima kasih.. berkongsi ..
sama2.selamat mencuba! π
wahh terima kasih infonya ..acik ada jugak masalah nie …
sama2 acik..selamat mencuba π
Saya ingat gambar pertama kat atas tu gambar tuan punya blog, rupa-rupanya gambar siti. Sekali pandang tak nampak macam siti, kalau tgk 2x baru nampak… π
haaaa..sudah.hahaha
pehh..siti nampak lebih muda.
siti je?FA?haha
aah. siti je.
k fine la abg titan..cancel cendol.haha
hariΒ² cuci..hehehe
bagus2.hehehe
insyallah lepas ni mesti rambut tak gugur..dah tau tips ni
selamat mencuba π
Perkongsian yang sangat menarik. Betul tu, Islam itu mudah kan π
Kita yang perlu adjust diri kita.
betul2 π
kene pilih syampu yang betul..
taw xpe.hehe..amboi..kemaim byk komen akak ek…stalk ke ape?hahaha
Tq atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat