KECANTIKAN

Garnier Light Eye Roll-On Penyeri Mata

Dec 12, 2013
Garnier Light Eye Roll-On Penyeri Mata

Assalamualaikum

Garnier Light Eye Roll-On Penyeri Mata-Siapa tak nak mata cantik kan?Semua nak.Termasuklah FA.Haruslah mata kena cantik,barulah boleh dapat keyakinan tinggi bila nak berhadapan dengan orang kan?Hehe..Jadi masalah lebam bawah mata sangat merungsingkan diri FA dan semestinya orang lain pun risau macam FA kan.Runsing gila kalau lebam bawah mata ni makin menjadi-jadi.(tu lah,orang lain tidur awal,ko tidur pukul 3 pagi =.=”)

bila sebut pasal mata,dari kecik teringin nak bulu mata lebat dan lentik macam Datuk Siti.Tapi apakan daya,lentik sikit je bulu mata FA ni haa..

Tetapi adakah lebam bawah mata atau pun orang putih panggil ‘eye bag‘ Β ni disebabkan berjaga lewat malam sahaja?Tidak.Banyak punca wujudnya lebam bawah mata ni.Jom tengok!

Punca Lebam Bawah Mata

  • Keturunan
  • Alergi
  • Kuat menghadap laptop
  • Anaemia
  • Toksin berlebihan

Berikut merupakan punca lebam bawah mata.Jadi,mulai hari ini,betulkan persepsi anda mengenai ‘eye bag’ hanya wujud bila berjaga malam sahaja.Hehe..Itu silap.Jadi macam mana nak hilangkan eyebag ni yer?Banyak petua nenek moyang yang boleh di guna pakai sebenarnya.Tak kurang jugak cara moden.Tapi bergantung pada diri masing-masing la nak guna cara mana kan?Hehe..Kalau FA,FA pilih cara mudah dan senang serta menjimatkan masa FA.Masa itu penting.Nak tahu apa FA pakai untuk hilangkan lebam bawah mata?Jom tengok bawah!

Garnier Light Eye Roll-On Penyeri Mata

Garnier Light Eye Roll-On Penyeri Mata

Inilah dia Garnier Light Eye Roll-On.Garnier Light Eye Roll-On ni mempunyai banyak manfaatnya kepada mata kita taw.FA selalu roll kan bawah dan atas mata FA sebelum FA masuk tidur.Produk ni memang sesuai sangat untuk mereka yang selalu berjaga malam,menghadap laptop lama-lama macam FA ni haa..Hehehe..Bukan buat kerja sangat pun mengadap laptop..Hee..

Bila kita roll kan Garnier Light dekat bawah dan atas mata kita,rasa sejuk sangat.Terus rasa nak tidur.Rasa macam letak ais sahaja bawah mata tu.Hehe.Hiperbola sangat kan ayat FA?Hahaha.Abaikan.Okai.Ini antara kebaikan yang FA rasa lepas apply produk ni dekat mata FA.

Kebaikan Garnier Light Eye Roll-On

  • Mata terasa segar dan bertenaga
  • Kulit bawah dan atas mata lebih lembap dari sebelumnya
  • Lingkaran gelap bawah mata semakin berkurangan
  • Paling penting,mata lebih bersinar dan sihat!

Hebat tak kesannya?hehe.Ini apa yang FA rasa la taw.Setiap orang mungkin mengalami kesan yang berlainan.Ada yang lambat,ada yang cepat..Jangan pulak nanti kalau lebam bawah mata korang tak hilang,korang bising kat FA pulak.FA cuma berkongsi.Jangan salah faham ye.

Tapi secara jujurnya,FA suka sangat pakai Garnier Light Eye Roll-On ni.Boleh tahan lama dan harga yang di pasaran juga berpatutan.FA tak ingat dah berapa harganya masa FA beli.Dalam lingkunan bawah RM10 rasanya kalau tak silap.

Jadi untuk siapa yang masih tercari-cari produk yang boleh menghilangkan lebam bawah mata,FA syorkan korang untuk mencuba produk Garnier Light Eye Roll-On ni yer.Tak rugi kalau cuba.Mungkin ianya sesuai untuk korang πŸ™‚

Selamat Mencuba ! ^_^

Garnier Light Eye Roll-On Penyeri Mata

Garnier Light Eye Roll-On Penyeri Mata

You Might Also Like

28 Comments

  • Reply Azhafizah Dec 12, 2013 at 8:09 PM

    tq share..pasni nak try..tengokΒ² kot mata ni lebih bersinar gitu..hehe πŸ™‚

    • Reply Farisya Anastasyia Dec 12, 2013 at 8:18 PM

      memang kena cuba..but its depend on person actually.lain org lain kesan kan?hehe..but fully recommended πŸ™‚

  • Reply leeza dayasari Dec 12, 2013 at 9:12 PM

    mata den ler slalu lebam.

  • Reply zool Dec 12, 2013 at 9:38 PM

    oo garnier ni yang farihin berlakon kan

  • Reply maryam azman Dec 12, 2013 at 10:00 PM

    kita keturunan pakistan + arab , family belah mak pakistan semua ada. huhu.. dah banyak kali try hilangkan, tak hilang2. good advice. i’ll try πŸ™‚

  • Reply farid laham Dec 13, 2013 at 12:12 AM

    kite nak try boleh ke??hehe

    • Reply Farisya Anastasyia Dec 13, 2013 at 1:11 AM

      boleh3..cubalah.elok sgt.hehe

      • Reply Ahmad Jun 21, 2016 at 2:22 PM

        nak dapatkan dekatnmana

  • Reply Akuro San Dec 13, 2013 at 1:03 AM

    harga bawah rm10 ? betulkah?
    boleh try beli nih…

    • Reply Farisya Anastasyia Dec 13, 2013 at 1:12 AM

      kalau tak silap FA lah kakak.Kalau silap,mtk maaf.ingat2 lupa dah.

      • Reply sya Aug 27, 2016 at 2:15 PM

        hye akak.. nak tanya.. ni boleh hilangkan yg besar bawah mata tu tak?

  • Reply Cik Lyeen Dec 13, 2013 at 6:37 PM

    yes, pernah try benda ni tima tgh musim buat assgmnt dlu…hahaha
    mmg eye bag kurang…:D

  • Reply FARRA Dec 17, 2013 at 5:45 PM

    Ingatkan nak cuba jugak XD

  • Reply lynndAmya Aug 16, 2015 at 11:25 AM

    Salam, wahhh murahnyaaa bawah sploh ringgit??
    saya tgk regenya rm 20 lebih camtu…dah byk kali nk beli, tp sebab mahal asyik tak jadi beli je haa..ari tu beli pun sbb ade rezeki lebih, haha..mmg sejuk pun guna benda ni..

  • Reply Faraziah Feb 6, 2016 at 3:49 PM

    Sesuai utk umur bape

  • Reply Bella Feb 17, 2016 at 11:41 PM

    Sis kalau guna ageless ok x ?

  • Reply Mariam Marisa Feb 17, 2016 at 11:44 PM

    Salam sis . Saya nak minta pendapat sis . Kalau saya beli ageless tu berkesan x ??

  • Reply Teyha Mar 2, 2016 at 8:29 PM

    Sekarang harga dia dah RM23.80.. hahahahahha. Tapi best pakai. Selamat mencuba semua ^^

  • Reply Mal Mar 18, 2016 at 2:21 PM

    Harga dia dh Rm 20 dh pun masa 2016 ni.Nak try jgk larh

  • Reply Mal Mar 19, 2016 at 10:18 AM

    Produk ni lbih ssuai hilangkan hitam bwh mata bkn bengkak bwh mata.Pndpat saya larh

  • Reply Hamba Allah May 1, 2016 at 7:46 AM

    Kenapa saya pakai tetap x hilang . Padahal sudah setahun lebih tapi still gelap . Saya rasa macam membazir je beli. And one more thing garnier light eyes roll on ni x menjadi langsung dan tipu

  • Reply Zafrel May 26, 2016 at 9:38 PM

    Bawah mata hitam

  • Reply FARHANA Jul 18, 2016 at 1:15 AM

    mcm mne nk bli online ?

  • Leave a Reply