SEMBANG SANTAI

Blogrrr:Blogger Most Wanted 2013

Dec 13, 2013
Blogrrr:Blogger Most Wanted 2013

Assalamualaikum.

Blogger Most Wanted 2013-Merupakan event yang di adakan buat julung kalinya bagi mengumpulkan semua penulis blog di seluruh Malaysia.Bertempat di Malaysia International Exhibiton Convention Centre (MIECC) di Seri Kembangan ,Selangor pada 14 Disember 2013 ini.Misi utama penganjur adalah untuk mengumpulkan seramai yang mungkin blogger-blogger di seluruh Malaysia bagi mencipta rekod Malaysia Book’s Of Records.

Blogrrr:Blogger Most Wanted 2013

Blogrrr:Blogger Most Wanted 2013

Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 6 petang ini menampilkan artis-artis tempatan seperti Ally Iskandar,Marsha Milah Londoh,Sharifak Sakinah dan Iqram Dinzly yang akan menggamatkan suasana majlis ini.

Pelbagai aktiviti menarik bakal mencuit hati para blogger yang hadir serta pengunjung luar nanti.Terdapat juga booth-booth jualan hampir seratus buah booth yang akan memperlihatkan kehebatan produk jualan mereka di sana nanti.Habis la FA nanti rambang mata nak beli.Mohon ada orang tolong pegang duit FA nanti.Hehe.Korang yang datang nanti jangan lupa bawak duit lebih,boleh belanja FA kan?Hehe *muntah hijau*

Banyak peluang yang terbuka luas untuk para blogger dan para peniaga online di sana nanti.Jadi siap-siap la dengan name card yang berkotak-kotak.Ini lah masanya untuk korang berkenalan dengan semua blogger yang hadir nanti.Boleh bina networking baru kan?Jangan sampai sana,diam membisu.Bagi FA,nak jadi blogger mulut kena ‘kepoh’.Tapi jangan sampai jadi macam ‘kiah propa’ pulak.Bersederhanalah.Harap korang mengerti.

Selain aktiviti jualan,laman perkongsian ilmu juga bakal disajikan buat semua pengunjung yang hadir iaitu pelbagai seminar khas yang akan disampaikan oleh barisan speaker yang berpengalaman di dalam social media,networking,marketing dan buat duit dengan blog.Jadi cari masa untuk cuba menghadirkan diri bagi seminar yang bakal memberi input berguna kepada semua pengunjung.

Blogrrr:Blogger Most Wanted 2013

Mini schedule untuk seminar pada 14 Disember nanti

Selain itu,pelbagai kategori anugerah telah diwujudkan bagi menghargai dan memburu penulis blog terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan.Senarai Top 5 Best Blog untuk semua kategori telah di senarai pendek oleh pihak juri profesional.Kita hanya tunggu dan lihat,siapakah yang bakal mengungguli setiap kategori yang dipertandingkan.Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat,para pembaca dan kawan-kawan yang telah mencalonkan blog FA bagi kategori Best Fashion and Beauty Blog.Menang kalah,itu adat pertandingan.Tetapi kalau dah rezeki,Alhamdulillah.Mungkin ianya titik permulaan untuk FA mengorak langkah untuk Β menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Blogrrr:Blogger Most Wanted 2013

Blogrrr:Blogger Most Wanted 2013

Secara jujurnya ,FA mengetahui mengenai kewujudan event ni dari blog kak Akma Omar.Kalau tidak,mustahil FA tahu.FA nampak kurang publisiti mengenai event ni.Meskipun begitu, sama-sama kita doakan agar semuanya berjalan lancar hendaknya pada 14 Disember ini.Jadi,FA rasa semua blogger patut cari peluang dan masa untuk menghadirkan diri ke majlis sebegini kerana FA yakin,peluang luas dan banyak sedang menanti anda di sana.

Bagi yang masih belum mendaftar,korang boleh daftar di Malaysia Largest Bloggers Gathering.

Ada rezeki mana tahu dapat t-shirt FREE kan? *itu sebenarnya yang FA nak* >_<

Jangan lupa ajak kawan-kawan,mak ayah datang.Masuk PERCUMA.Kalau mood ayah baik,boleh dapat barang FREE kan?Tak gitu?Ok.masa untuk tidur.

Selamat Malam.

You Might Also Like

24 Comments

  • Reply aku penghibur Dec 13, 2013 at 1:25 AM

    Wahh in sha Allah acik pergi… semogA Menang ye ^_^

  • Reply titan Dec 13, 2013 at 7:01 AM

    mana cendolnya nihh..

  • Reply Fadhil Dec 13, 2013 at 8:38 AM

    eh, FA tercalon rupanya. tak perasan pulak. hoho. good luck ye. harap jumpa kat sana. πŸ˜€

  • Reply farid laham Dec 13, 2013 at 9:06 AM

    wah best event ni..nak join blh..

  • Reply Khai Artzfar Dec 13, 2013 at 9:09 AM

    goodluck syirah!!! Insyallah kalau ada rezeki, ada lah tempatnya πŸ™‚

  • Reply amirnawawi Dec 13, 2013 at 10:06 AM

    Semoga menang ek. Hadiah kita kongsi bersama.. Kata rezeki untuk dikongsi bersama kan..hehe

  • Reply akubiomed Dec 13, 2013 at 12:32 PM

    Tak dapat turun sebab menghadiri majlis kahwin sepupu di selatan tanah air. All the best bagi mereka yang tercalon.

  • Reply Fiza Rahman Dec 13, 2013 at 1:51 PM

    Good luck FA ☺

  • Reply iuzira Dec 14, 2013 at 12:19 AM

    kalau datang lambat xpe ke?
    sebab sy ad program….
    tp sy nak t-shirt tu jugak

  • Reply Anarm Dec 14, 2013 at 3:27 AM

    Takleh tidur pulak malam ni sebab tak sabar nak pergi event blogrrr ni pagi kang..

  • Reply sohoque Dec 14, 2013 at 7:42 AM

    good luck syirah.. kemah keming terrrr

  • Reply Myrol Najmy Dec 16, 2013 at 7:43 PM

    Wahh ! Tahniah farisya atas pengcalonan itu . Dahh maju dah sekarang . Ni buat kita semakin jeles nii .. Hehe . BTW , good luck . InsyaAllah , ada rezeki menang lahh ..

    #Mohon lawat and komen entry baruu .

    • Reply Farisya Anastasyia Dec 17, 2013 at 10:39 PM

      Terima kasih..orang lain menang la.hahaha..kita perlu menuntut ilmu byk lagi.hehe

    Leave a Reply