MAKANAN

Resipi Bubur Jagung Senang

Nov 26, 2013
Resipi Bubur Jagung Senang

Assalamualaikum.

Baru-baru ni merajinkan diri buat bubur jagung dengan Along FA.Kemalasan tu meninggi,tapi disebabkan dah lama tak makan,kenalah rajin jugak.Sebenarnya tak susah pun nak buat bubur jagung ni.Barang-barang pun senang je.

Jom tengok barang-barang yang diperlukan:

Jagung segar(dihiris halus.Tak perlu halus sangat)

Santan segar(yang ni FA prefer kelapa parut,perah sendiri santannya)

Gula Melaka(1/4 dari satu biji tu)

Biji sagu(Rendam dulu)

 

Cara-cara nak buat:

Letak santan,jagung dan gula melaka dalam periuk.Gunakan api sederhana kecil.

Kacau gula melaka sampai sebati dengan bubur tu.

Masukkan biji sagu

Tutup api bila bubur dah mendidih.

Sedia di hidang ๐Ÿ™‚

 

Senang kan?Bolehlah cuba kalau rasa resipi yang FA kongsikan ni senang untuk diikuti.Time musim hujan macam ni,layan bubur jagung memang best la kan?

 

 

Resipi Bubur Jagung Senang

Resipi Bubur Jagung Senang

 

Selain bubur jagung,FA suka bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam.Tapi suka air tangan mak je yang buat.Yang lain makan jugak,tapi jarang-jarang la.

Lepas ni boleh belajar buat bubur pulut hitam pulak dengan mak.Nanti nak masak untuk orang lain,tak ada la terkial-kial google resipi kan?Hehe.

Selamat Mencuba!

You Might Also Like

22 Comments

  • Reply Cik Lyeen Nov 27, 2013 at 4:25 PM

    kan..kan..kan…sedap ๐Ÿ˜€

  • Reply Shakira Nov 27, 2013 at 4:43 PM

    Ok lepas buat, hantar Klang ok ๐Ÿ™‚

    • Reply Farisya Anastasyia Nov 29, 2013 at 9:52 AM

      praktis buat sendiri la kakak oi..hehehe..nanti kan dah nak hidup berdua.hahaha

  • Reply cleffairy Nov 28, 2013 at 7:33 PM

    Yum yum…sedapnya. ๐Ÿ˜€ Dah lama tak makan bubur burbur macam ni.

  • Reply titan Nov 29, 2013 at 3:36 AM

    gua lagi suka bubur kacang. lagi kacak. haha..

  • Reply terbaek network Nov 30, 2013 at 11:55 AM

    nti buatkan pa ye..yg istemewa taw.. ๐Ÿ™‚

  • Reply kaykillua Dec 1, 2013 at 6:05 PM

    Kalau tak letak gula boleh? gula mahal sekarang ๐Ÿ˜€

  • Reply Anak Askar Pencen Dec 5, 2013 at 1:46 PM

    Thanks for the recipe ๐Ÿ™‚

    Memang mudah sangat cara nak membuatnya. Sedap jugak kalau dibuat cicah dengan roti.

  • Reply nadia johari Dec 10, 2013 at 12:16 AM

    hahaha..memang senag

  • Reply Maria Awi Jun 24, 2014 at 3:30 PM

    nampak sedap….boleh buat masa puasa nanti

  • Reply farra Jul 22, 2014 at 7:06 PM

    kat german ni xjumpe biji sagu, atau sy yg cari xjumpe..heee..kalau xde rasanye masih lagi ok kan?

    • Reply Farisya Anastasyia Jul 24, 2014 at 7:01 AM

      biji sagu tu sbg penyeri shj.kalau xde pun okai je awak ๐Ÿ™‚

  • Reply Nurul Fazreen Othman Oct 26, 2014 at 8:59 AM

    sedapnya..lama xmkn bubur jagung ni. Mcm nk buat je

  • Reply Ammar Dec 1, 2014 at 5:31 PM

    Lama dah tak makan bubur jagung. Rasa macam mengidam pulak. Makan petang2 macam ni best…

  • Leave a Reply