Assalamualaikum.
Pertama kali diberi peluang untuk melakukan satu review gadget.Terima kaseh pihak Ninetology sebab sudi beri peluang kepada FA untuk sertai kempen Bloggers Review Program-Tech Kaiju Arena.Gadget yang diberi ‘pinjam’ selama seminggu oleh pihak Ninetology kepada FA adalah handphone Ninetology U9 Z1+ dan HTC One.Keduanya adalah jenama yang ‘mengancam’.Tapi sejauh mana handphone-handphone ni mengancam korang?Jom baca review FA! ^_^
Sebelum tu FA akan terangkan secara ringkas spekulasi kedua-dua smartphone ni.Baru lah korang boleh faham kan?FA dah buat dalam bentuk jadual,so senang korang nak buat perbandingan.
FA cuma terangkan spekulasi yang FA rasa penting dan perlu dititik beratkan sekiranya korang berhajat untuk memiliki smartphone baru.
Berat yang ideal
Bukan orang je yang kena dapat berat yang ideal.Handphone pun sama jugak.Kalau nak dibandingkan,memang U9Z1+ lagi berat dari HTC One.Sampaikan nak letak dalam poket seluar pun kena fikir 2 3 kali.
Platform Android yang up-to-date
Kalau yang ni memang penting.Dah pakai smartphone kena la pakai yang orang cakap up-to-date punya version kan?So far dua-dua smartphone ni mempunya version Android Jelly Bean yang up-to-date.Jadi nanti nak download apa-apa application tak ada masalah la ye.
Memori yang menyentapkan!
Maaf kalau caption title menyentapkan korang.Hehe.Sebab kalau sampai bahagian memori kad ni lah yang paling penting.Terutama sekali untuk korang yang suka sangat ber’camwhore’ kan?Sentap la kan kalau tetiba tengah ambil gambar keluar macam ni ‘Memory Full’ .Jadi dengan kedua-dua smartphone ni mesti korang tak yah bimbang nak ambil gambar beribu-riban pun.
Micro-sim
Mesti ramai lagi yang tak tahu yang smartphone terkini sekarang menggunakan micro-sim.Maknanya kalau korang sekarang nak bertukar ke smartphone ,lepas ni bersiap-sedia la simkad korang kena potong.Hehe.FA pun terkejut masa beli smartphone Samsung hari tu.Nampak sangat jakun di situ o.O” .Tapi bagi FA,U9Z1+ dan HTC One ni ok la bila diorang menggunakan kaedah micro-sim ni.Ianya dapat meminimumkan penggunaan ruang dalam bahagian hardware smartphone.So,no wonder la kalau smartphone sekarang makin hari makin nipis.Agaknya akan datang nipis macam kertas mungkin ada?Hehe.
Kamera
FA akan cerita bahagian kamera depan dulu ye.Bagi FA kamera depan U9Z1+ lagi cantik kualiti gambarnya jika nak dibandingkan dengan HTC One.Jadi kalau korang suka ambil gambar dari depan,lebih baik korang angkat U9Z1+.Gambar memang puas hati gile macam dah guna kamera belakang pulak.Kalau kamera bahagian belakang pulak,FA rasa kedua-dua model ni boleh memberi kualiti gambar yang baik walaupun mempunyai Megapixel yang sangat ketara.
Quad-Core Processor!
Bahagian ni yang paling penting terutamanya bagi seorang blogger dan kaki online 24jam macam FA ni.Apa guna kalau pakai smartphone mahal tapi bila nak online,punyalah lembab.Jadi kalau korang juga seseorang yang kaki online macam FA,FA nasihatkan korang angkat U9Z1+.Angkat dua-dua sekaligus pun tak ape.Sebab processor dia laju macam KLIA Transit.Tapi sebenarnya laju lagi dari KLIA Transit tu.Hehe.Memang puas hati sangat bila online, loading time laju sangat dan skrin yang luas gedabak tu membolehkan FA online tanpa jemu.Sampai tak perasan pukul berapa sebab asyik sangat online guna U9Z1+ ni.
Keistimewaan kedua-dua model ini?
Kalau ditanya apakah yang membezakan kedua-dua model ini,FA akan beritahu dari segi keistimewaan tersendiri yang dimiliki oleh setiap model.Bagi FA ,keistimewaan U9z1+ terletak pada kameranya.Kedua-dua sisi kamera U9Z1+ memberikan kualiti gambar yang terbaik bagi FA.Jadi FA rekemenkan bagi korang yang suka bergambar tu,memang elok sangatlah angkat U9Z1+ ni.Hasil dan kualiti gambar dia memang tak menghampakan korang la.Cuma yang FA tak suka,dia punya ‘snap button’ tu lambat respon.Tu yang menyedihkan sedikit sebab letih nak kena senyum lama-lama depan kamera tu.Hehe.
Bagi HTC One pula,keistimewaannya adalah HTC Boom Sound.Memang betul-betul boom la kalau korang mainkan muzik atau video dengan model smartphone ni.Dengan ciri yang superb menarik ni,FA rasa HTC One lebih sesuai bagi mereka yang gemar mendengar muzik dan menonton video secara online.FA pernah cuba dengar muzik tanpa menggunakan headphone masa FA lepak dengan kawan dekat Times Square.Walaupun suasana kat Times Square yang bising dan sibuk dengan lautan manusia tu,bunyi muzik dari HTC One masih lagi boleh didengari dengan jelas seolah-olah korang berada dalam bilik yang sunyi.Hebat kan?
Seminggu seperti sedetik..
Memang secara jujurnya FA rasa tak puas lagi nak pakai kedua-dua smartphone ni.Macam sekejap sangat diberi masa untuk review kedua-dua model ni.Yela,bukan senang orang nak bagi pinjam handphone mahal kan?Banyak lagi rasanya yang FA tak sempat nak godek-godek dalam kedua-dua smartphone ni.Alangkah bahagianya hidup kalau pihak penganjur bagi pinjam sebulan dua.Sempat la sikit FA nak melaram dengan handphone mahal ni.Hehe.Tapi apa-apa pun FA nak ucap terima kasih kepada pihak penganjur sebab sudi bagi FA peluang untuk melaram dengan smartphone mahal dari Ninetology dan HTC.Lepas baca entri ni,korang buat la pertimbangan nak angkat model yang mana ek?Kalau FA kaya,dua-dua FA angkat.Hehe.
Thanks For Reading!
7 Comments
ehh2.. gambar dengan en abam trsyg pn ada sekali..wiwitttt
hey there good review! 😀
wished i used my z1 more before it was too late D:
http://www.jessytheklchic.blogspot.com
masih tak dapat lagi nak track apa kelebihannya dan kekurangan berbanding handphone satu lagi tu..ohoho..dalam pemikiran nak beli Ninetology gak ni..Nine vs Alcatel..hurmmm
woot woot. semogaa kakak menang. 🙂
Boleh tahan hasil gambar untuk low ligh.
review yang baik… kak jie je review pesen tak ikut format agaknya
main tulis je berdasar rentak sendiri.
anak lelaki sulung kak jie suka ninetology ni…dia kata LG dah mainstream
[…] untuk parents yang baru nak perkenalkan gadget dekat anak,mungkin boleh amalkan 5 tips di bawah ni untuk kawal anak main gadget.Sedikit sebanyak […]