Kaum Wanita Berisiko Untuk SLE
KESIHATAN

Kaum Wanita Berisiko Untuk SLE

Aug 1, 2013
Kaum Wanita Berisiko Untuk SLE

Assalamualaikum.

Semalam dalam entri FA mengenai kisah Dayang Deno,FA ada buat note kat bawah post yang FA akan ceritakan serba ringkas mengenai SLE yang mana masih ramai belum mengetahui tentang penyakit ini.Sepanjang FA menjalani praktikal sebagai Pelatih Penolong Pegawai Perubatan dulu,FA pernah terjumpa 2 3 orang macam tu je pesakit yang menghidap SLE ni.Jarang jugak sebenarnya nak jumpa pesakit SLE.

SLE atau nama sebenarnya Systemic Lupus Erythematosus adalah penyakit yang kronik dimana antibodi badan seseorang bertindak balas dengan tisu badannya sendiri.Kalau secara normal,sepatutnya antibodi badan seseorang akan melawan gen-gen yang menyerang badan kita.Tetapi sebaliknya berlaku.Bila keadaan macam ni berlaku,ia akan menjejaskan kulit,buah pinggang,sendi,paru-paru,sistem saraf dan organ lain yang berkaitan.Tetapi dalam kisah Dayang Deno,ia menyerang buah pinggang Deno.

Kaum Wanita Berisiko Untuk SLE

Kaum Wanita Berisiko Untuk SLE

Penyakit SLE ni ada masa dia aktif,boleh dikawal dan aktif.

3 Fakta penting yang korang perlu alert:

  • Kaum Wanita lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding lelaki dalam lingkungan umur wanita boleh melahirkan anak.
  • Rawatan SLE bergantung kepada tahap keterukan yang dialami
  • Pesakit SLE sendiri perlu bersikap positif untuk sembuh dan menjalani rawatan.

Gejala-gejala SLE:

  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Kaum Wanita Berisiko Untuk SLE

Kaum Wanita Berisiko Untuk SLE

Kalau korang ada tanda-tanda gejala seperti di atas,segera ke hospital yang berdekatan dengan segera.Mencegah itu lebih baik dari merawat.Sedikit info yang berguna untuk semua pembaca.

Wsalam.

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply Irwan Alessa Aug 1, 2013 at 12:49 PM

    masa wan tahu pesakit ni dari blogger Dayang Deno.. then wan dapat tahu Jejari Comel pun sama.. Mereka kuat semangat kan, terkadang puji diaorang tu..

  • Reply Ainaa Roseberry Aug 1, 2013 at 4:13 PM

    apapun, kena pandai jaga kesihatan sekarang.. macam2 penyakit yg pelik2 zaman sekarang ni.. ya Allah

  • Leave a Reply