Home SEMBANG SANTAI Info:Waktu Mustajab Doa

Info:Waktu Mustajab Doa

20
1
SHARE

Mata mengantuk bukan main sebenarnya.Tapi hati ni still sayang nak tinggal blog.So,nak update last entry untuk malam ini.Kali ni FA nak kongsikan dengan korang mengenai waktu-waktu mustajab untuk berdoa.
Tapi korang jangan salah faham pulak.Tak semestinya waktu ni je korang boleh berdoa.Setiap waktu korang boleh berdoa.Tapi yang ni adalah waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.Jom tengok!
1.Satu pertiga malam
Waktu iaitu antara 3-4 pagi sehingga sebelum subuh.Baca hadis dibawah ini:
 

Allah s.w.t turun dari Arasy Nya dari langit pertama (langit dunia) di sepertiga malam,seraya bersabda kepada malaikat yang menjaga langit pertama,”Adakah diantara hambaKu yang berdoa,nescaya akan ku perkenankan doanya.Adakah diantara hambaKu yang memohon keampunan,Akan ku ampunkan dosanya.

Maka jelaslah bahawa sepertiga malam adalah waktu yang paling afdhal untuk kita berdoa.

2.Sewaktu hujan turun
Ketika ini pintu rezeki dari langit terbuka luas.

3.Diantara dua khutbah
Seperti yang kita sedia maklum,imam akan membacakan doa diantara bacaan dua khutbah.Tetapi adalah lebih afdhal sekiranya kita berdoa secara individu kerana setiap insan mempunyai hajat yang berlainan.

4.Syahadah akhir setiap waktu solat.

5.Antara azan dan iqamat,atau selepas iqamat dan sewaktu masuk kedalam saf.

6.Setiap sujud dalam solat
Rasulullah menyuruh kita memanjangkan sujud sekiranya kita mempunyai doa.Tetapi tidak pernah dinyatakan sujud pada rakaat keberapa dan ini bermakna mana-mana sujud dibolehkan.

7.Waktu Dhuha
Waktu dhuha adalah waktu selepas waktu yang diharamkan solat iaitu selepas solat subuh sehingga sejam sebelum zohor.Fadilat solat dhuha juga adalah memurahkan rezeki.InsyaAllah.

Dekat bawah ni FA kongsikan antara doa yang mustajab yang menjadi amalan para nabi dan rasul:

Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad“, yang bererti:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun.”

Wsalam.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here