SEMBANG SANTAI

Motivasi:Allah itu Maha Mendengar

Jun 28, 2013


selamat pagi ! selamat siang!adeh,terkeluar dialek indon pulak..hehehe..orait..jom pagi-pagi ni kita ucapkan rasa syukur kat Pencipta kita Allah s.w.t.Alhamdulillah diatas segala nikmatnya.

korang perasan tak sejak dua menjak ni banyak perkara yang berlaku di Malaysia dan jirannya iaitu Singapura.Kat Malaysia,jerebu yang melanda,kat Singapura pulak hujan batu.Itu semua sebenarnya adalah ujian dari Allah untuk kita,juga peringatan dariNya kepada kita.Jadi sebagai hamba Dia yang lemah dan penuh hina,kita sendiri lah kena banyak bertaubat,banyak memohon ampunbanyak memanjatkan doa kepadanya kerana Allah itu sendiri Maha mendengar.Dia tidak pernah menyia-nyiakan doa hamba-hambanNya.Cuma antara cepat atau lambat je Allah perkenankan hajat kita.Percayalah.



Begitu jugak dengan kehidupan seharian kita.Tak semua benda yang kita nak,Allah bagi.Contohnya macam lepasan universiti atau kolej yang sedang mencari kerja.Bukannya kita dah pergi satu temuduga tu,kita confirm dapat.Mungkin kita kena melalui berpuluh-puluh temuduga barulah kita dapat kerja.Ada jugak yang dah pergi satu temuduga,terus dapat.Itu semua rahsia Allah.Sebenarnya jauh diatas sana Dia sedang dan telah merencanakan aturan hidup yang terbaik untuk kita.Antara cepat dan lambat jer.

Kesimpulannya, sebagai hambaNya,banyakkan berfikiran positif,bersangka baik dengan Allah dan yang paling penting banyakkan berdoa dan solat sunat kepadaNya kerana kita kena yakin dan tanamkan dalam hati bahawa Allah itu Maha Mendengar.

Orait.Harap korang semua faham bebelanku di pagi hari ni..
Sedikit perkongsian rohani untuk dikongsi bersama.
Wsalam.


You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply