TRAVEL

Imbasan Sejarah Malaysia Dengan P1xQuest

Dec 12, 2014
dataran merdeka

Imbasan Sejarah Malaysia Dengan P1xQuest | Please jangan tidur!Ya.Jangan tidur sebab saya bukan nak bercerita pasal sejarah tamadun dunia atau tamadun Melayu dahulu kala.Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya menyertai simple explorace with P1 Online Media Associates (P1OMA) minggu lepas.Seriusly,saya pun tak suka sejarah masa sekolah dulu.Tapi sekarang dah besar panjang baru tahu betapa penting dan bernilainya sejarah pada kita.

P1xQuest Imbau Kenangan Silam

Pada 5 Disember 2014,Jumaat yang lepas,kitorang berkumpul di hadapan bangunan Sultan Abd Samad.Ala yang depan Dataran Merdeka tu.Seawal jam 9 pagi kami berkumpul dan dibahagikan pasangan masing-masing.Peserta tak ramai pun.Cuma 6 orang blogger sahaja yang dipilih untuk menyertai simple Explorace kali ini.

Objektif pertandingan yang dianjurkan oleh P1OMA adalah untuk mengimbau sejarah Malaysia.Untuk explorace kali ini,kami dikehendaki menuju ke 3 checkpoint.Dan setiap kumpulan diberi duit poket RM50 sebagai duit beli jajan atau duit tambang teksi.Haha.Mana sempat nak singgah minum air bagai.Di setiap Checkpoint pula,kitorang kena ambil 3 keping gambar.

Bangunan KTMB Bukti Keutuhan Malaysia

Lokasi pertama kami ialah bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).Tugasan kami hanya perlu mengambil tiga keping gambar yang paling kreatif demi meraih LIKE terbanyak di Faceboom dan Instagram.Nak tengok gambar mana yang saya ambil?Hehe.

bangunan KTMB P1 Wimax

P1 Wimax

Haaa.Cantik tak gambar yang saya ambil?Maklumlah baru nak berjinak-jinak jadi photographer yang tidak terlatih ni.Hehe.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia.

Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah.

Deringan Pertama Singkap Sejarah Muzium Telekom

Sebenarnya untuk ke setiap lokasi,kami diberi petunjuk dan petunjuknya berbentuk ungkapan yang mencuit hati juga.Hehe.Itu ke lokasi yang kedua ini,kami diberi petunjuk yang berbunyi:

Do you remember your first ‘ring’?Its history stored in this building.

Menarik tak?Hehe.Petunjuk dia memang menguji daya pemikiran kita.Samada kita peka ataupun tidak dengan bangunan yang bersejarah di Malaysia ini.Jadi lokasi kedua kami ialah bangunan Muzium Telekom.

Antara gambar yang saya ambil untuk tugasan ini ialah:

muzium telekom

muzium telekom

muzium telekom

Muzium Telekom sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara.
Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur.
Terletak di persimpangan Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan, bangunan ini yang dahulunya lebih dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor (Selangor Region) telah siap dibina pada tahun 1928, bercirikan senibina Greek. Tujuan pembinaannya ialah untuk menempatkan ibusawat telefon manual jenis central battery. Bangunan ini dilengkapkan dengan sebuah ruang kabel bawah tanah dan susun atur lantai bagi disesuaikan dengan peralatan telekomunikasi pada waktu itu. Rekabentuk binaannya menjadi contoh terbaik bagi bangunan ibusawat telefon di Malaya ketika itu.

Padang Dimana Semuanya Bermula

Lokasi terakhir kami ialah di padang merdeka.Lokasi di mana semuanya bermula zaman kenaikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.Perjalanan kami berakhir di sini dan banyak gambar yang menarik sempat kami rakamkan sebagai kenang-kenangan.

dataran merdeka

dataran merdeka

dataran merdeka

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary’s Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.

Pendekatan Terbaik Dari P1OMA !

Explorace yang dianjurkan oleh P1OMA kali ini merupakan satu aktiviti yang cukup bermakna dan memberikan nilai pengalaman yan tinggi dalam hidup saya sepanjang saya bergelar blogger.Sebagai penulis,menjadi satu kewajipan untuk kita menghayati sejarah Malaysia yang mana sangat-sangat penting untuk membangunkan peribadi diri yang unggul.

Saya merasa sangat berbangga kerana terpilih untuk menyertai aktiviti kali ini.Usaha yang sangat murni dan bermanfaat kepada semua blogger di bawah kendalian P1OMA.Diharapkan lebih banyak lagi aktiviti sebegini akan dianjurkan pada masa akan datang.Kalau nak harapkan diri sendiri pergi jalan-jalan setiap satu bangunan ni,memang lambat lagi la jawabnya.Hehe.

Sehubungan dengan itu nak mintak jasa korang untuk LIKE,COMMENT dan SHARE gambar dekat profile FB saya yang mempunyai hashtag #P1Connect #P1xQuest di profile FB saya.Alaa semua gambar dekat atas tu semua ada di profile saya.Hehe.

Boleh KLIK link ini untuk ke profile FB saya.>KLIK<

Eh,korang blogger dan nak join kami sebagai komuniti P1OMA?Bolehh!Klik SINI

Sekali lagi terima kasih pihak Packet One Network di atas penganjuran contest ini!

Semoga lebih berjaya pada masa akan datang!

You Might Also Like

8 Comments

  • Reply Etuza Dec 13, 2014 at 3:57 PM

    asalamualaikum..wah besar2 pic ya lawa2..

    • Reply admin Dec 15, 2014 at 5:19 PM

      Terima kasih 🙂

  • Reply emalinmohd Dec 15, 2014 at 5:10 PM

    Macammana keputusannya? Good luck!

    • Reply admin Dec 15, 2014 at 5:19 PM

      22hb baru tahu keputusannya akak 🙂

  • Reply Azhafizah Md Nor Dec 16, 2014 at 3:49 PM

    cantik cantik gambar dan pemandangan kat sini..tak pernah lagi jejak kaki kat sini..so kita tengok gambar je la kan 🙂

  • Reply ikhwan Dec 20, 2014 at 11:13 AM

    cantik gambar-gambar kat atas 🙂

    • Reply admin Dec 21, 2014 at 7:31 AM

      Terima kasih tuan ! 😀

  • Reply Ikhwan Fahmi Dec 26, 2014 at 1:42 AM

    semoga berjaya dalam pertandingan P1 ini 🙂

  • Leave a Reply