KESIHATAN

Macam Mana Nak Hilangkan Senggugut?

May 4, 2014
cara nak hilangkan senggugut

Macam Mana Nak Hilangkan Senggugut? | Senggugut bukan lagi perkara asing dalam kalangan wanita yang sudah akil baligh.Tetapi bukan semua wanita akan mengalami keadaan seperti ini.Senggugut bukanlah satu penyakit tetapi hanyalah satu simptom ketika wanita itu datang bulan.Senggugut biasanya terjadi pada awal atau akhir datang bulan.

Doa Hari Pertama Datang Haid

Bagaimana cara nak hilangkan senggugut ini?Saya sendiri sering mengalami simptom senggugut ini tiap kali datang bulan dan simptom senggugut ini kadang-kadang menyukarkan pergerakan saya dan membuatkan aktiviti harian semakin terbatas.Tetapi jangan diturutkan sangat perasaan sakit tu.Kena juga ikhtiarkan cara untuk hilangkan senggugut ini.

cara nak hilangkan senggugut

Credit:Secretsofabully.tumblr.com

Apa yang saya buat untuk hilangkan senggugut ialah mengikut cara ibu yang bersalin  berpantang.Macam mana?Mudah sahaja hanya perlukan:

  • Stokin
  • Kain Batik (Sekiranya berada di rumah)
  • Seluar yang longgar/Loose (Sekiranya berada di tempat kerja)
  • Minyak Panas

Sekiranya berada di rumah,rehat secukupnya dengan hanya berbaring di atas katil secara santai dan memakai stokin dan kain batik serta meletakkan minyak panas di bahagian perut dan belakang pinggang.Pastikan posisi baringan dalam keadaan biasa dan tidak mengiring ke mana-mana bahagian.Pendek kata,baring seperti ‘mayat’.Kenapa perlu baringan seperi itu,hal ini kerana supaya mana-mana anggota di bahagian suprapubik tidak ‘tertekan’ atau ‘stress’.Pastikan anda rehat atau tidur dalam 1-2 jam (bergantung).

cara hilangkan senggugut

Ada juga yang bertungku ketika senggugut.

Seandainya ‘hari biasa/jangkaan senggugut‘ anda adalah hari anda bekerja,jangan lupa untuk memakai stokin dan seluar yang ‘loose’ bagi mengelakkan bahagian suprapubik anda daripada ‘stress’.Jangan lupa sapukan minyak panas di bahagian perut dan belakang pinggang anda.Cuba sibukkan diri dengan kerja seharian di pejabat atau tempat kerja,InsyaAllah perasaan sakit ketika senggugut akan hilang dengan sendirinya.

Kalau nak diterangkan secara fisiologikal mengenai cara yang saya buat untuk hilangkan senggugut ni memang panjang ceritanya.Jangan bimbang kerana cara yang saya amalkan ini sedikitpun tidak memudaratkan kesihatan diri.Alhamdulillah,senggugut saya pun semakin berkurangan setiap kali saya amalkan cara sebegini.Bangun tidur je,memang rasa segar sangat sebab kaki pakai stokin,perut pun selesa bila hanya mengenakan kain batik sahaja.

Jangan lupa untuk mencuba petua dan tips yang saya berikan untuk hilangkan senggugut ketika datang bulan.InsyaAllah,senggugut anda akan beransur-ansur pulih.Utamakan petua tradisional terlebih dahulu sebelum mengambil ubatan moden yang boleh memudaratkan kesihatan diri.

Selamat Mencuba!

p/s:Petua ini telah dilakukan oleh saya sendiri dan tidak meniru dari mana-mana pihak.Terima kasih.

You Might Also Like

28 Comments

  • Reply Yana Yassin May 4, 2014 at 10:23 AM

    Kalau akk, kena senggugut blasah air yogurt bliss Nestle jer. Alhamdulillah, setakat nie memang menghilang kan kesakitan . Cuba lah . X kisah apa2 perisa.

  • Reply Ammar May 4, 2014 at 11:18 AM

    Senggugut ni lelaki tak kena kan?

  • Reply titan May 4, 2014 at 8:19 PM

    ohh..macam itu..barulah gua tahu nih..

  • Reply Denaihati May 4, 2014 at 9:32 PM

    selamt mencuba, kalau senggugut teruk sampai pening, tak boleh buat apa-apa.

  • Reply Hannyabdullah May 4, 2014 at 10:21 PM

    Nak cepat dan berkesan kalau berada diluar. sis hanya ambik panadol menstrual je….:)

    • Reply Farisya Anastasyia May 5, 2014 at 3:18 PM

      syirah tak boleh amik tablet..tak suka makan tablet.dari kecik agi

  • Reply Syuhada Baharudin May 5, 2014 at 12:34 PM

    adik kakda setiap bulan senggugut..nanti boleh suggest kat dia tips ni..

  • Reply Azhafizah May 6, 2014 at 10:32 AM

    ohh baru tahu pakai stokin dan pakai kain batik atau seluar loose boleh hilangkan sakit senggugut..tq syirah share tips..selalu dok tahan je..huhu

  • Reply Khadeejah Hasmad May 7, 2014 at 6:37 PM

    Menarik. Biasa saya ‘iron’ kat bahagian yang sakit tu >_< Macam bertungku juga kan :D

  • Reply Pondok Papan May 8, 2014 at 11:51 PM

    Ohhh macam ni caranya…nak try test lahhh…

  • Reply Moms Avenue May 9, 2014 at 2:35 PM

    Masa bujang dulu ambil pill menstrual je untuk tahan sakit.. atau minum air teh halia..

    • Reply Farisya Anastasyia May 9, 2014 at 3:24 PM

      cuba elakkan pengambilan ubat pil.cuba kaedah tradisional terlebih dahulu.

  • Reply Nurul Fazreen Othman Oct 23, 2014 at 2:59 PM

    Thanks for the tips..

  • Reply Nurul Nov 23, 2014 at 2:34 PM

    Kalau tgh senggugut…ape ye yang kita xboleh mkn….

  • Reply Nurul Nov 23, 2014 at 6:27 PM

    Kalau tgh alami senggugut….ape yang xboleh dimakan

  • Reply Yong Feb 22, 2015 at 9:11 PM

    Kawan saya bagitau makan telur separuh masak beberapa hari sebelum period utk elak senggugut. Bila dah cuba dan berkesan juga.
    Rupanya ada rahsia kenapa telur boleh kurangkan sakit senggugut:
    Cara hilangkan senggugut dengan telur, apa sebabnya?

    • Reply admin Feb 26, 2015 at 10:34 AM

      kebetulan haritu saya ada makan telur separuh masak.tp dua biji je.hehe.kurang la jugak

  • Reply maria Feb 25, 2015 at 1:23 AM

    terima kasih atas tips yang dikongsi. lepas ni boleh cuba jika kena senggugut..

  • Reply zaleha Jul 30, 2015 at 8:54 PM

    Senggugut memang sakit.
    bagi yang tak tahu cara nak hilangkan senggugut mesti dah lama terus je ambik painkiller.

  • Reply huda Aug 16, 2016 at 8:46 PM

    Thanks Kak shira.Mungkin sya bleh cuba lps ni.

  • Leave a Reply