Assalamualaikum.Salam subuh
Sebelum FA start entri FA pagi ni,FA nak ajak semua pembaca jom sama-sama ucap Alhamdulillah sebab kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat-nikmatNya.Pagi ni FA nak share dengan korang tentang satu aplikasi yang tidak asing lagi dalam dunia gadjet.Mungkin ada yang sudah biasa dengannya mungkin tidak.Jadi FA tetap nak cerita.Tak salah kita berkongsi ilmu kan?
Aplikasi yang FA nak ceritakan ini adalah aplikasi yang diberi nama Waze.Waze adalah aplikasi trafik yang berkembang pesat berasaskan komuniti di dunia dan aplikasi navigasi. Korang juga boleh berhubung dengan pemandu lain di kawasan korang dengan berkongsi trafik masa sebenar dan maklumat jalan raya.Aplikasi ini menjimatkan semua masa dan wang gas di berulang-alik setiap hari korang.Jadi amat sesuai buat mereka yang sentiasa mementingkan ‘bajet’.
Laporan yang sentiasa tepat.Antara yang best tentang aplikasi ni jugak bagi FA adalah aplikasi ini sentiasa melaporkan sebelum anda menghampiri polis, kemalangan, bahaya jalan atau kesesakan lalu lintas, semua dikongsi oleh pemandu lain dalam masa nyata.Menarik kan?Memang laporan yang diberi oleh Waze ni tepat dan padat.FA pernah terkena sekali bila Waze melaporkan yang ada polis 500m dihadapan.Tapi mula-mula FA buat tak tahu je sebab ingatkan Waze ni saja-saja je bagi report macam tu.Lepas tu sekali ternampak abang polis kat depan tuh,mula la gelabah nak pakai seat belt -,-”.itulah orang tua-tua kata, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’.erk,kena ke dengan situasi ni?Okai.Abaikan.
Peta yang sentiasa dikemaskini.Satu komuniti aktif peta editor Waze berfungsi untuk sentiasa memperbaiki dan mengemaskini peta Waze ini. Itulah sebabnya mereka yang pertama untuk mencerminkan perubahan yang berlaku di kawasan kejiranan anda, sentiasa memperbaiki laluan untuk semua orang.Jadi anda dan anda yang obses menggunakan aplikasi ini,sila rajinkan tangan untuk update mengenai jalan atau shortcut yang anda biasa lalu bagi memudahkan pengguna yang lain.Tak salah kalau kita berkongsi ilmu kan?
Ketahui mereka yang berada disekitar anda.Dengan Waze juga,korang boleh detect siapa kawan korang yang berada disekitar dengan korang.Canggih bukan?Jadi kalau ada kawan korang yang nak kelentong korang kononnya mereka pergi lain,memang tak dapatla.hehe.
Jimatkan duit pada petrol.Yang unik jugak tentang Waze ni adalah mereka juga inform pada kita mengenai harga minyak yang murah.Tapi rasanya harga minyak semuanya sama kan?Mungkin ada yang lebih murah kot?hehe.Tapi itu yang best.
Ok.Korang faham tak apa yang FA membebel kat atas tadi?Harap-harap faham la yer.Penat duk menaip.huhu.Tiap kali FA nak travel jauh ke atau on the way ke destinasi yang FA boleh assure tempat tu jem,memang FA akan gunakan Waze ni.Waze ni adalah pilihan terbaik bagi FA.Hari tu nak pergi Restoran Tupai-Tupai Seksyen 13,Shah Alam pun FA guna Waze.(kolotnya tak kenal jalan).hehe.
Last but not least,buat mereka yang belum memiliki aplikasi ni dalam smartphone korang,korang bolehlah download cepat-cepat sebab aplikasi ni merupakan aplikasi terhangat masa kini.Jadi nanti tak adalah korang lambat sampai tempat kerja,Waze kan ada?Selamat mencuba!
Wsalam.
Sumber:Waze
10 Comments
tak pernah pakai waze lagi.. nnt nk try la. hehe
Saya nak guna waze.
Boleh anda bantu kami.
Waze memudahkan urusan kerja orang yg susah nak ingat jalan macam saya ni.. Pergi mana2 asyik sesat je.. Hehe.. Sejak guna Waze, dah tak sesat dah.. Cuma kadang2 tu konfius jugak dgn Waze ni.. Pernah Waze suruh masuk jalan one way.. Entah sape laa yg update jalan shortcut one way tu..
Waze ni kadang2 aku guna mcm haren je.. Huhu
Hehe.. dah install. Tq dear
wc sis :) hehe
waze mmg membantu. .
betul kan?hehe
Ada mengunakan aplikasi Waze ini setelah diperkenalkan oleh rakan sekerja. Kalau hendak tahu aplikasi Waze ini dibangunkan sebuah firma di Israel dan aplikasi ini telah dibeli oleh Google.
thanks for the information :)