KECANTIKAN

Cara Saya Lukis Kening Tanpa Cukur Bagi Kening Halus

Jan 1, 2015
lukis kening tanpa cukur

Cara Saya Lukis Kening Tanpa Cukur Bagi Kening Halus| Hari ni saya nak kongsi satu tutorial lagi macam mana nak lukis kening tanpa perlu mencukurnya bagi mereka yang mempunyai kening halus.Caranya sangat mudah dan senang.Tapi masih ramai customer saya duk pening macam mana nak guna set kening yang saya jual tu.Sampai diorang nak coaching berbulan-bulan sampai pandai.Tak larat la adik.Hehehe.Jadi saya compilekan semua cara saya dalam tutorial ni.InsyaAllah mudah dan senang ye!

Mula-mula sebelum kita mulakan tutorial,korang kena ada set kening dahulu.Mana nak beli?Nanti di penhujung artikel saya bagitahu ye.Tapi untuk tutorial ini,saya menggunakan beberapa item sahaja di mana di dalam set ini terdapat 5 jenis barang iaitu:

  • Maskara Kening
  • Gam
  • Brush Shape
  • Pencil Kening Warna Brown+Berus Kening Etude House
  • Sharpener Pensil Kening

Tapi ada satu (1) barang tambahan yang saya guna iaitu:

  • Foundation Meiko Naturactor kod 141

Jadi cuma 6 jenis barang sahaja yang saya guna untuk tutorial kening tanpa cukur kali ini.Ok jom tengok tutorial saya pulak.Dah tahu mesti korang tak sabar kan nak buat?Eh?Hehe.

cara lukis kening tanpa cukurJadi inilah kening saya.Kening yang agak berserabut dan tidak begitu rapi.Hehe.Lepas ni kita akan sikatkan kening kita ni ek.Hehe.

cara lukis kening tanpa cukur

Sikat kening korang menggunakan Berus Kening Etude House ni.Sikat sehingga rapi dan biar ada bentuk kening yang cantik sedikit.

cara lukis kening tanpa cukur

Kening yang sudah siap di sikat dan di rapi kan menggunakan Berus Kening Etude House.Berbeza kan sebelum dan selepas di sikat?

cara lukis kening tanpa cukur

Lukis bentuk kening bermula dari bawah kening menggunakan Pensil Kening Warna Brown.Lukis sahaja dahulu.Jangan terlalu terang,dan jangan terlalu pudar garisan lukisan kening itu.

tutorial kening tanpa cukur

Bila korang dah siap lukis kening tu,warnakan kawasan kening yang sudah siap di lukis tadi.Konsep dia sama sahaja,jangan terlalu terang dan jangan terlalu pudar.Biasa-biasa sahaja.Mulakan proses mewarna dari hujung kening.

tutorial kening tanpa cukur

Dah siap bahagian mewarna kening.Sekarang,gunakan Berus Kening Etude House untuk meratakan Tona Warna kening korang.Masa nilah memainkan peranan penting bagi memastikan kening korang tidak terlalu terang dan tidak tidak terlalu pudar.Just nice.

tutorial kening tanpa cukur kening halus

Okai.Langkah ini pula bagi mereka yang mempunyai lebihan kening yang halus tetapi masih kelihatan dan ingin menutupnya.Gunakan Brush Shape dan calit sedikit foundation Meiko Naturactor pada Brush Shape.Kemudian sapu di bahagian lebihan kening tersebut.Macam saya punya kening,lebihan kening saya halus sahaja.Tetapi bagi mereka yang mempunyai lebihan kening yang lebat,nanti saya akan tunjukan macam mana nak tutup kening yang lebat pada artikel akan datang menggunakan gam.

Jom kita tengok hasilnya pula.Hehe

lukis kening tanpa cukur

lukis kening tanpa cukur

lukis kening tanpa cukur

Suka tak dengan hasilnya?Hehe.Tak perlu cukur pun dah boleh melawa taw.Jangan cukur okai?Guna teknik dan follow setiap step yang saya bagi.InsyaAllah korang menjadi buat.Cantik sama-sama nah.Hee.Nak tengok set kening yang saya guna?Meh tengok gambar bawah ni.

lukis kening tanpa cukur

lukis kening tanpa cukur

Okai.Siapa yang nak beli Set Kening Tanpa Cukur NURFA BEAUTY ni,korang boleh buat order dekat no dibawah ni taw.Kalau nak,order cepat-cepat sebab stok diorang selalu SOLD OUT .

NURFA BEAUTY
Msj/Whatsapp:014 512 1425

SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

14 Comments

  • Reply emalinmohd Jan 2, 2015 at 12:30 AM

    Yup. Tak perlu cukur. Pandai mekap. Salute lah..

    • Reply admin Jan 2, 2015 at 11:37 AM

      Betul tu sis :)

  • Reply afzalsukasuki Jan 7, 2015 at 11:10 AM

    err betul ke boleh lukis?kalau saya lukis ada jaminan tak mak saya tak bagi penampau sulung kat saya?kikiki :P

    • Reply admin Jan 7, 2015 at 11:52 PM

      Cuba lah kalau berani.Haha.

  • Reply Azhafizah Md Nor Jan 8, 2015 at 11:25 AM

    cantik hasilnya..baguslah ada ni..mudah nak make up :)

    • Reply admin Jan 8, 2015 at 12:36 PM

      Betul.Sangat mudah dan berkesan :)

  • Reply Tutorial Cara Bentuk Kening Tanpa Cukur - Jan 11, 2015 at 6:47 PM

    […] Tutorial Cara Bentuk Kening Tanpa Cukur | Hari tu saya ada buat dan berkongsi dengan para pembaca mengenai cara bentuk kening tanpa cukur secara bergambar.Kali ini saya nak kongsikan dalam bentuk video pula.Langkah dalam video ini mungkin tidak sama seperti langkah yang saya tunjukkan.Tetapi secara asasnya,pendek kata modus operandinya juga sama. […]

  • Reply cik lily putih Jan 15, 2015 at 4:14 PM

    cam best gak ni. senang dan mudah

  • Reply shiqin sunshine Jan 18, 2015 at 5:58 PM

    hehe betol2…sekrang ni ramai tengok orang lukis je tanpa cukur… creative siapa yg reka ni…. sticker tu pon same…

    • Reply admin Jan 27, 2015 at 7:28 PM

      Sticker tu saya tak berapa berkenan sebab bentuk dia tak cantik sangat.Hehe

  • Reply jamian sarif Jan 27, 2015 at 10:00 PM

    nak try boleh….huhu

  • Reply zue Apr 10, 2015 at 7:38 PM

    sgt best..saya memang mencari tutorial mekap kening…lebih kurang sama kening kite..hehe thanks ye

  • Reply Testimoni Set Kening Tanpa Cukur NURFA - Sep 30, 2015 at 1:19 PM

    […] rancak rasa nak menulis ni.lama dah tak lepas gian tulis blog.Hehe.Orait,kali ni nak cerita pasal set kening tanpa cukur yang saya sendiri pakai taw.Maklumla kening saya jenis serabai lebat semacam tapi Alhamdulillah […]

  • Reply Nora Apr 8, 2016 at 1:37 PM

    Cantiknye shape kening..sy share blh? :-)

  • Leave a Reply