KECANTIKAN

Contoh Bentuk Kening Yang Cantik

Jan 8, 2015
jenis bentuk kening yang cantik

Contoh Bentuk Kening Yang Cantik | Kalau bab kening,memang suka sangat nak berkongsi dengan korang taw.Hehe.Dah meh tengok contoh bentuk kening yang cantik dan yang mana sesuai di gayakan ketika keluar atau ke mana-mana majlis.

bentuk kening yang cantik

 

Kening macam Kaq Mighah ni lawa sangat kalau korang nak buat time nak keluar jalan-jalan atau urusan harian biasa.Cara lukis kening macam ni pun tak susah sangat.Chap chus chap chus siap.Hehe.Ramai suka tengok kening kaq Mighah ni taw.

jenis bentuk kening yang cantik

Kalau korang nak menghadiri majlis-majlis rasmi dan kasual,penggayaan kening seperti gambar di atas sangat bersesuaian memandangkan gaya kening dia sangat simple tapi elegant.Kening di atas hasil sentuhan MUA popular Vee Elfaiiziens.

cara lukis kening yang cantik

Bentuk kening dalam gambar di atas juga sesuai untuk keluar untuk urusan harian biasa,Tidak terlalu over dan highlighted.Lebih kepada natural impact.Amboii kalah komen MUA bila saya duk mengomen.Hehe.Saja buat memandai.Tapi its my opinion je.Inilah dia MUA popular tu.Sis Vee Elfaiiziens.Makeup dia tak pernah tak cantik.

bentuk kening yang sesuai untuk pengantin

Haa.Kalau untuk majlis perkahwinan dan persandingan,bentuk kening seperti di atas memang sangat sesuai memandangkan korang adalaha raja pada hari tu.Haruslah vogue dan menyerlah daripada tetamu.Mana boleh hambar je taw.Hehe.Solekan di atas hasil sentuhan MUA NADISM.Hasil tangan dia pun cair meleleh taw.

Nanti kalau ada lagi bentuk kening yang cantik,insyaAllah saya akan kongsikan pula ye.Yang penting jangan cukur taw.Nak tahu macam mana nak bentuk kening tanpa cukur kening?Meh baca SINI pulak.KLIK.

BENTUK KENING YANG HODOH

 

Kakak-kakak jangan buat kening macam ni taw.Hehe.Kalau tak tahu,cuba SET KENING dari NURFA BEAUTY taw.Saya pun guna.Sangat mudah!Hehe

Selamat mencuba!

You Might Also Like

7 Comments

  • Reply Azhafizah Md Nor Jan 8, 2015 at 11:19 AM

    cantik terbentuk keningnya :)

    • Reply admin Jan 8, 2015 at 12:35 PM

      Cantik kan kak Fiza? :)

  • Reply Ikhwan Fahmi Jan 11, 2015 at 5:12 AM

    kening pun unik, ada kecantikannya tersendiri :)

    • Reply admin Jan 11, 2015 at 6:04 PM

      Betul.Jangan cukur.Ada cara lain selain cukur sebenarnya :)

  • Reply emalinmohd Jan 11, 2015 at 9:36 AM

    Cantik kening tu. :)

    • Reply admin Jan 11, 2015 at 6:04 PM

      Bukan kening kita.hehe

  • Reply Set Bentuk Kening Tanpa Cukur NURFA BEAUTY - Apr 3, 2015 at 12:45 PM

    […] Set Bentuk Kening Tanpa Cukur NURFA BEAUTY | Hari ni kita sembang kejap pasal set bentuk kening tanpa cukur terbaru dari NURFA BEAUTY sebelum masuk kerja petang hari ni.Yang pasti set terbaru NURFA BEAUTY ni korang mampu milik sangat-sangat taw.Tak nak sembang panjang sebab dah lambat nak pergi kerja ni.Hehe.Meh tengok gambar dekat bawah ni. […]

  • Leave a Reply