SEMBANG SANTAI

Buku Denai Hati:Sekilas Imbas Mencuit Hati

Mar 15, 2014
Buku Denai Hati:Sekilas Imbas Mencuit Hati

Buku Denai Hati:Sekilas Imbas Mencuit Hati | Sudah hampir seminggu majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 melabuhkan tirainya.Namun begitu,kenangan pahit manis di majlis tersebut meninggalkan 1001 kesan buat diri FA.Banyak ilmu yang FA sempat kutip dari majlis tersebut.Tak kurang juga ‘buah tangan’ yang berguna kepada FA.Antaranya buku DenaiHati terbitan Denaihati Network Sdn.Bhd.Satu naskhah yang amat berguna untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman buat seorang blogger yang masih cetek ilmu blogging seperti FA ini.

Sejujurnya,FA masih belum ‘khatam’ mentelaah buku Denaihati ini.Dengan cetakan setebal 210 muka surat,mustahil FA boleh habiskan dalam masa sehari.Paling lama pun dalam masa tiga hari.Tambah pula FA ni perempuan,banyak komitmen nak buat.Tolong mak,hantar adik pergi sekolah,tolong mak masak *betul ke*.Tetapi akan FA usahakan sebaik yang mungkin untuk ‘mengkhatamkan’ buku DenaiHati ini kerana di dalamnya terkandung 1001 mutiara ilmu yang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit.

Tiada Tajuk Khusus

3-4 kali FA duduk belek depan belakang buku DenaiHati ni.Apa yang FA cari?Sebenarnya FA duduk belek mencari tajuk buku ni.Masih juga tidak jumpa.Mungkin ada diantara pembaca yang tahu tajuk dia?Sebab FA lihat kulit depan dia hanya menunjukkan :

Buku Denai Hati:Sekilas Imbas Mencuit Hati

Muka Depan Buku DenaiHati

Susah bila tiada tajuk khusus yang ‘dihighlightkan’.Menjadi lagi susah bagi pembaca untuk mengingati buku keluaran DenaiHati ini.Tiada tajuk buku yang boleh difokuskan untuk pembaca.Tajuk buku sebenarnya boleh menjadi inspirasi kepada pembaca kerana mungkin ada satu dua ilmu yang akan dikutip oleh para pembaca dan pembaca akan menjadikan tajuk buku sebagai rujukan untuk mereka kembali buat kali ‘kedua’ membaca buku tersebut.Ini sekadar pandangan peribadi FA :)

Tiada Rujukan Halaman

Sebenarnya FA terkial-kial dan masih ‘pening’ apabila membelek helaian pertama buku DenaiHati.Pada helaian pertama,buku ini terus kepada kata-kata aluan penulis.FA kembali belek helaian sebelumnya,adakah FA terlepas pandang mengenai helaian rujukan halaman atau sememangnya tidak ditulis?Selepas dua tiga kali belek,memang tiada rujukan halaman.Ketiadaan rujukan halaman juga menyukarkan FA untuk mencari tajuk cerita yang menarik dan tajuk yang ingin dirujuk kembali.Ya,ada dua tiga tajuk cerita di dalam buku ini yang ingin FA rujuk kembali.Cerita di dalam buku ini sangat menarik dan ‘berisi’ .

Baju Yang Cantik,Isinya Menarik

Sekilas pandang melihat kulit buku DenaiHati ini,FA terfikir adakah ‘isi’nya juga menarik?Lantas FA membelek sehelai demi sehelai lembaran buku DenaiHati itu dan ternyata sangkaan FA tepat sekali.Setiap bait kata yang terkandung di dalam buku DenaiHati menggambarkan keikhlasan penulisnya iaitu saudara Mohd Ilham atau Amir.Setiap perenggan juga mengandungi 1001 ilmu dan pengajaran yang terselindung serta maknanya yang tersendiri.

Buku Denai Hati:Sekilas Imbas Mencuit Hati

Buku Denai Hati:Sekilas Imbas Mencuit Hati

1001 Ilmu Blogging Panduan Diri

FA juga perasan Β di dalam buku DenaiHati ini,terdapat banyak kisah,panduan serta tips blogging yang boleh ditimba Β para blogger di luar sana.Itupun kalau anda perasan.Kalau anda sekadar serkap jarang je baca buku ni,mungkin anda terlepas pandang.Pelbagai tips dan panduan yang amat berguna bagi blogger di luar sana untuk menjadi blogger yang beretika dan berhemah dalam dunia blogging ini.Memang bertuah bagi mereka yang sudah pun memiliki edisi khas buku DenaiHati ini.Alhamdulillah,Allah beri peluang untuk FA memiliki buku ini.

Aneka Kisah Hidup Dikongsi Bersama

Di dalam buku DenaiHati juga,saudara Mohd Ilham telah berkongsi pelbagai kisah hidupnya dengan para pembaca,baik dari segi blogging,travelogue mahupun kisah kekeluargaan.FA berani katakan buku ini buku lengkap untuk ‘beginner’ macam FA ni.Melalui pembacaan buku ini,FA yakin sedikit sebanyak mampu membantu diri FA untuk melangkah lebih jauh dalam dunia blogging ini.InsyaAllah.

Kesilapan Kecil Yang Perlu Dimaafkan

Semua orang buat silap.FA perasaan ada ‘sedikit’ kesalahan ejaan dalam beberapa helaian muka surat.Mungkin terlepas pandang,tetapi boleh dan perlu dimaafkan memandangkan buku ini dicetak dalam helaian setebal 210 muka surat.Ya,seharusnya tidak boleh berlakunya kesalahan ejaan dalam sesebuah penerbitan.Tetapi memandangkan buku ini merupakan buku terbitan pertama DenaiHati,FA rasa perlu dimaafkan.Kesilapan mengajar kita bukan?

Kesimpulannya,buku DenaiHati ini boleh dijadikan panduan dan pedoman buat mereka yang baru berjinak-jinak untuk menjadi blogger yang berjaya seperti team DenaiHati Network.InsyaAllah,anda sedikitpun tidak akan menyesal memiliki buku ini.Banyak ilmu berguna yang boleh anda kutip.Sejujurnya,nilai RM20 yang FA laburkan untuk menghadiri majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 hanyalah nilai yang sangat ‘kecil’ jika nak dibandingkan dengan ilmu yang FA dapat dari majlis tersebut berserta buku ‘istimewa’ DenaiHati ini.

Terima Kasih DenaiHati!Teruskan dengan ‘Hidupkan Untuk Memberi’ !

You Might Also Like

14 Comments

  • Reply akubiomed Mar 15, 2014 at 12:33 PM

    Buku cetakkan ekslusif sempena #SBB14 & Yeos boleh dijadikan rujukan.

  • Reply Nana BamBam Mar 15, 2014 at 10:54 PM

    Walaupun tiada tajuk, namun banyak tips2 boleh kita digunapakai sebagai seorang blogger.
    Serius , nana amat cemburu kerana tidak dapat hadir events SBB dan Karnival Syrianeedsyou hari ni (15/3/2014) .

    :'(

    Semoga event sbb 2015, nana dapat libatkan diri..Amin. :)

  • Reply profhariz Mar 16, 2014 at 6:35 PM

    Sudah baca tunggu nak bertindak je ni.

  • Reply hafizmd Mar 17, 2014 at 11:00 AM

    Buku Denaihati. Ambe kira kompilasi terbaik sebagai panduan kita. Tahniah DH!

  • Reply Hafizul Mar 17, 2014 at 1:23 PM

    Ruginya tak dapat buku ni..kalau tak leh baca pengalaman tuan DH..hehe

  • Reply Ezad Skytech Mar 18, 2014 at 12:39 AM

    lebih kurang sejam je baca buku ni…seronok baca daripada mula sampai habis…macam2 input yang dapat daripada buku ni…:D

  • Reply Farid Laham Mar 18, 2014 at 7:28 AM

    bagus buku ni blh bt rujukan utk blogger mcm sy ni :)

  • Reply Azhafizah Mar 19, 2014 at 8:39 AM

    banyak ilmu dan cerita yang menarik sebagai panduan tentang hidup..buku ni sedikit sebanyak mengajar kita tentang kehidupan sebenar ,mengajak kita berfikir lebih lagi :) terbaik dari DH :)

  • Leave a Reply