KECANTIKAN

Ephyra Idaman Saya

Nov 21, 2013
Ephyra Idaman Saya

Assalamualaikum.

Hari ni baru tergerak hati untuk menyertai Contest Ephyra Idaman Saya anjuran Eyriqazz.Walaupun sebenarnya FA bukan seorang yang rajin untuk join contest ni,tetapi disebabkan rasa ingin mencuba nasib,FA tetap gagahkan diri olah entri ni sebaik mungkin.Langkah pertama FA study dulu pasal Ephyra dekat website OceanLife2u.Dekat satu jam menggodek,baru perasan ada version Bahasa Melayu.Punya letih translate dalam kepala.Tapi tak puas hati lagi,FA sambung baca dekat entri abang Eyriqazz mengenai Apa itu Ephyra .Jom tengok serba ringkas pemahaman FA mengenai Ephyra ni.

Apa itu Ephyra?

Setelah hampir satu jam setengah mengkaji dan membaca secara mendalam mengenai Ephyra ni,FA dapat faham yang Ephyra ni adalah sejenis minuman berkhasiat dalam kategori supplemen tambahan.Dirumus khas dengan pelbagai kandungan semulajadi yang terdiri daripada kolagen ikan laut dalam,buah acai,gam akasia,L-Gluthatione,Asthaxanthin,serbuk tomato,Acarolla ceri,Marigold bunga ekstrak dan Superberry.

 

Ephyra Idaman Saya

Ephyra Idaman Saya

Ephyra sesuai untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas yang mempunyai masalah kulit muka,sakit-sakit sendi,arthritis,proses pemulihan penyakit yang lambat,mudah rasa penat dan metabolisma yang rendah.Jadi untuk mereka yang berkeinginan memliki kulit muka yang mulus macam Datuk Siti tu,bolehlah beralih angin mencuba produk dari OceanLife2u ni pula.Alhamdulillah,kulit muka FA cuma tinggal parut-parut jerawat sahaja.

Ephyra Idaman Saya

Ephyra Idaman Saya

Banyak kelebihan yang bakal dinikmati oleh para pengguna Ephyra iaitu kulit muka anjal,metabolisma kembali normal,meningkatkan tenaga dan daya ingatan.Nak bercerita semua kelebihan,nanti dah jadi macam entri copy-paste pulak.Kalau korang nak tahu lebih lanjut,boleh singgah dan baca sampai faham di website rasmi Ephyra di OceanLife2u

Kenapa saya teringin memiliki Ephyra?

Selepas menghadam sepenuhnya pemahaman mengenai Ephyra ni,FA lihat Ephyra berpotensi dalam mencegah bukan menyembuhkan.Bagi FA,semua supplemen tambahan yang wujud pada hari ini lebih kepada konsep mencegah satu-satu penyakit tu.Jarang dan sukar sekali kalau kita nak jumpa supplemen yang betul-betul boleh menyembuhkan satu-satu penyakit tu 100%.

Tetapi apa yang membezakan Ephyra ni dari supplemen tambahan lain adalah,Ephyra menggunakan kolagen ikan laut dalam yang mana bebas dari sebarang pencemaran.Kolagen dia pula sudah terhidrolisis(google sendiri) dan mudah diserap.Jadi kesan penggunaan adalah lebih cepat dirasai berbanding supplemen tambahan lain.

 

Ephyra Idaman Saya

Ephyra Idaman Saya

Jadi FA teringin memiliki Ephyra ini supaya FA boleh berikan kepada ayah FA yang kini mengalami luka di kaki yang sudah lama berlarutan.Seingat FA hampir 2 tahun lebih luka abah FA tu.Dah berpuluh-puluh kotak supplemen di beli dan dicuba.Tapi satu pun tidak membuahkan hasil yang positif.Tapi selepas FA teliti dan kaji secara ringkas kelebihan dan keberkesanan Ephyra ni melalui pengalaman blogger-blogger yang pernah menggunakan Ephyra ni,FA yakin dan dengan izin Allah,kaki abah FA boleh sembuh dengan supplemen tambahan Ephyra ni.Andai tidak mampu menyembuhkan,mencegah pun sudah memadai.

FA dah letih dan sayu tak terkata melihat abah sentiasa mengeluh kesakitan.Dah bermacam cara dan ikhtiar yang keluarga FA buat.Jadi kalau ada rezeki untuk memiliki Ephyra ni,FA nak abah FA minum dan merasai sendiri kehebatan Ephyra ni.FA teringin melihat abah berjalan dengan sihat dan ceria semula.Sakit abah FA,FA turut merasainya.Anak mana yang tak sedih bila lihat ayah dia sakit kan?

Rasanya dah cukup luahan FA mengenai Ephyra dan hujahan FA untuk mengukuhkan lagi kenapa FA nak memiliki dan mencuba Ephyra ni.Harap-harap abang Eyriqazz berpuas hati dengan entri yang dihasilkan di tengah malam ni.Sengaja update entri ni tengah malam.Baru idea mencurah-curah datang tanpa sebarang gangguan.Mungkin tak sehebat entri peserta lain,tapi FA tetap ingin mencuba dan buat yang terbaik.Ringkas tapi berisi.InsyaAllah.

Wallahua’lam.

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com dan ditaja oleh OceanLife2u.com

You Might Also Like

19 Comments

  • Reply terbaek network Nov 21, 2013 at 1:37 AM

    nti boleh ajar kita cmne nk kulit cantik ye hehe :)

  • Reply MrJocko Nov 21, 2013 at 1:51 AM

    saya nak sihat dengan Ephyra :)

  • Reply cleffairy Nov 21, 2013 at 1:54 AM

    Ephyra ni memang best. Lepas 5 hari minum dah nampak kesan

  • Reply saljuhumairah Nov 21, 2013 at 7:45 AM

    zaman sekarang ni, cara pemakanan dan kehidupan kita tidak seperti orang dulu-dulu… so, mudah sangat kena penyakin dan badan keletihan. sangat memerlukan suppliment untuk membantu…

  • Reply hafizrahim Nov 21, 2013 at 9:31 AM

    Nak prepare kulit cantik sebelum kawin ye..bagus2.hehe

    • Reply Farisya Anastasyia Nov 21, 2013 at 2:12 PM

      aah abg hafiz.hehehe..nak jugak kulit cantik macam Datuk Siti kan?hehe

  • Reply Fiza Rahman Nov 21, 2013 at 4:26 PM

    Good luck. Ramai juga yg amik Ephyra ni

  • Reply Isa Nov 21, 2013 at 4:50 PM

    Ini blog orang ni rupanya.. hehe

  • Reply Tya Salmid Nov 24, 2013 at 8:30 PM

    macam nakk join jehh hehehe

  • Reply izza Nov 25, 2013 at 11:06 PM

    Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO dan dapatkan FREE Body Shop shower cream 250ml / body butter 50ml!

    Seriously, grab this GREAT deal! Sementara stock masih ada!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

  • Leave a Reply