KECANTIKAN

Macam Mana Nak Tahu Kulit Muka Jenis Apa?

Jan 29, 2019
blotting sheet

Macam Mana Nak Tahu Kulit Muka Jenis Apa?

Assalamualaikum 💕

Actually kulit muka tengah breakout.Puncanya sebab tak cuci muka betul-betul.Yelah balik kerja penat-penat,cuci ala kadar jela jawabnya.Lepas dua tiga hari muka naik jerawat banyak.Dah lama rasanya tak naik jerawat banyak macam ni huhu.

Bukan gambar Amni,tapi cuma nak cakap muka Amni breakout macam ni lebih kurang.

Maka bermulalah misi nak cantikkan balik kulit muka.So perkara pertama sekali Amni buat ialah kenal pasti jenis kulit muka macam mana.Sebabnya Amni sendiri pun confius dengan jenis kulit muka Amni haha.

2 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Muka

Ada dua cara untuk kenal pasti jenis kulit muka korang iaitu omputih panggil The Bare Face Method dan The Blotting Sheet.So meh Amni terangkan satu persatu cara ni.Dengan ringkas dan mudah nak faham InsyaAllah.

The Bare Face Method

Cara ni lebih kepada penelitian sikit la.Caranya sangat mudah:

1.Bersihkan muka dengan pencuci muka biasa.Keringkan dengan kain bersih dan lembut.
2.Biarkan kulit muka selama 30 minit tanpa pakai apa-apa produk .
3.Lepas 30 minit,perhatikan bahagian pipi,hidung,dagu dan dahi ada macam kilat macam berminyak glowing ke tidak.
4.Tunggu lagi 30 minit untuk tahu kulit kering ke tidak.Kalau rasa ketat je muka time nak senyum ke,maksudnya kulit korang kering.

So kesimpulannya :
1.Kulit kering-bila nak senyum atau nak buat ekspresi muka,rasa ketat je muka.
2.Kulit berminyak- Nampak kilauan dekat pipi selain hidung dan dahi.
3.Kulit kombinasi/normal-Kilauan terang pada hidung dan dahi.

The Blotting Sheet Paper Method

Cara ni paling mudah dan senang serta menjimatkan masa.Malah cara ni paling senang nak tentukan antara kulit berminyak dan kering.

1.Beli kertas blotting sheet dekat mana-mana guardian/watson/farmasi.
2.Tekap blotting sheet dekat bahagian pipi,dahi,hidung dan dagu.Guna blotting sheet berlainan untuk setiap bahagian muka tu.
3.Halakan blotting sheet pada cahaya luar atau lampu dan lihat bahagian blotting sheet tu.

blotting sheet

Ni contoh blotting sheet dekat farmasi/watson/guardian

So kesimpulannya:
1.Kulit berminyak– Blotting sheet tepu dengan minyak pada blotting sheet.
2.Kulit combination- Blotting sheet dari bahagian dahi dan hidung sahaja berminyak.
3.Kulit kering-Blotting sheet tak berminyak langsung.

Jadi lepas ni tak ada alasan tak tahu jenis kulit muka macam mana.Please kenal skin masing-masing ya.Jangan malas jaga muka.

cara kenal jenis kulit muka

Next artikel Amni cerita pasal keperluan bahan yang diperlukan mengikut jenis kulit muka.

Ok bye!

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply penyebab jerawat saat menstruasi Feb 19, 2019 at 12:29 PM

    sangat bermanfaat

  • Leave a Reply