MAKANAN

Steamboat Murah Dan Sedap Di Shah Alam

Dec 14, 2018
steamboat sedap dan murah di shah alam

Assalamualaikum 💓

Jumaat lepas Amni,Farid dan Adira berkesempatan makan di  DKayangan Steamboat Seksyen 13 Shah Alam.

Perjalanan yang memakan masa hanya 20 minit dari Cheras ini sangat mudah memandangkan korang hanya perlu waze sahaja DKayangan Steamboat And Grill dan aplikasi waze akan bawak terus ke destinasi yang dituju.

Tips Penting Sebelum Makan Steamboat

Sebelum tu,Amni nak kongsi satu tips penting hehe.Pastikan sebelum korang datang makan di Dkayangan Steamboat,perut korang sudah dikosongkan terlebih dahulu.Kalau tak rugi la tak boleh makan banyak.Haha.

Ini merupakan kali pertama Amni di Dkayangan Steamboat Shah Alam ni.Untuk kali ini Amni memilih tempat duduk di bahagian dalam yang mana bebas asap rokok dan selesa sedikit.

Konsep steamboat di Dkayangan Steamboat ni adalah buffet.Jadi hanya perlu bayar mengikut kepala dan makan sampai kenyang.Sebab tu kena datang dengan perut yang kosong!

Menu Steamboat Dkayangan Steamboat And Grill

Menu yang disediakan di sini terdiri lebih daripada 12 jenis makanan laut , yong tau fu , makanan berat seperti nasi lemak,mee kari dan spagethi. 

steamboat sedap dan murah di shah alam

Tengok tu semua sedap weh.

Makanan laut pula bagi Amni sedap gile sebab ada 24 jenis perapan yang semuanya sedap la! Haritu Amni makan ayam perap apa tah tapi sedap gila hahaha.Eh ayam,ikan,daging dan kambing pun ada taw!

steamboat sedap dan murah di shah alam

Pemanis mulut seperti aiskrim,kek dan juga buah-buah juga turut disediakan di sini.Rojak buah pun ada taw.

steamboat sedap dan murah di shah alam

Menu Istimewa Dkayangan Steamboat

Yang paling menarik di sini adalah Teppanyanki.Haa dekat restoran steamboat lain tak ada kan?Tetapi di Dkayangan Steamboat,setiap hari korang boleh menikmati teppanyanki.Paling penting boleh makan sampai kenyang!

Bahagian minuman pula,lebih dari 5 jenis minuman di sediakan di sini.Air panas dan air suam pun ada.Eh,ABC pun ada taw! Hehehe.

steamboat sedap dan murah di shah alam

steamboat sedap dan murah di shah alam

 

Paling best soup steambot unlimited refill.Di sini ada sup ayam dan tom yam. Jadi kalau habis mintak je dekat staff ya.Jangan riaau tak kena extra caj hehe.

Dari segi ruangan makan,jangan risau sebab banyak meja dan kerusi disediakan di Dkayangan Steamboat.Malah korang boleh pilih nak duduk di bahagian dalam atau luar.

Badut Setiap Hari Sabtu Di Dkayangan Steamboat Shah Alam

Amni sempat sembang dengan pengurus Dkayangan Stemboat,katanya setiap hari sabtu ada persembahan dari badut yang dibawa khas oleh mereka.Jadi kalau korang bawak anak-anak kecil,tak ada la diorang bosan.Korang pun boleh makan dengan tenangnya.

Kemudahan Yang Selesa Di Dkayangan Steamboat And Grill

Dari segi kemudahan pula,sangat selesa di mana  surau dan tandas juga disediakan di sini.Ruang parking pun banyak jadi korang tak perlu risau.Parking percuma je hehehe.

Waktu Operasi Dkayangan Steamboat And Grill

Waktu operasi Dkayangan Steamboat Shah Alam ni bermula seawal 3 petang sehingga 12 tengah malam.Jadi jangan risau la,habis kerja terus datang sini taw hehe.

Harga Steamboat Di Dkayangan Steamboat

Untuk harga,bagi Amni berbaloi sebab tak mahal sangat dan mampu dibayar rasanya.Tapi kalau korang nak tahu untuk setiap next visit,korang akan dapat point.Jadi kumpulkan point-point tersebut dan korang boleh tebus point tersebut untuk diskaun.Haa jimat kan? Memang patut la diorang kata Dkayangan Steamboat ni steamboat sedap dan murah di Shah Alam.

Dewasa: RM33/pax

Kanak-kanak 4 tahun ke atas: RM12.50/pax

4 tahun kebawah : PERCUMA

Untuk maklumat lanjut korang pergi follow sosial  media diorang.Mana tahu diorang ada buat promo kan? 😁😁

Facebook: Dkayangan Steamboat

Instagram: https://instagram.com/dkayangansteamboat?utm_source=ig_profile_share&igshid=7q941ly82mqg

Whatsapp booking: 017 6274015 / 012 2971091

steamboat sedap dan murah di shah alam

 

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply