FESYEN

200 Orang Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Secara PERCUMA

Dec 2, 2018
jakel

200 Orang Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Secara PERCUMA

Assalamualaikum ❤

Salah satu impian dalam hidup Amni adalah untuk menjejakkan kaki ke bumi Makkah al mukarramah.Alangkah nikmatnya dapat berada di sana.Rata-rata mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sana pastinya ingin kembali lagi ke sana.Malah ada yang mengatakan sudah rindu pada tanah suci itu biarpun baru sahaja beberapa hari meninggalkannya.

Allah,pasti banyak keindahannya bumi Makkah itu yang tidak semua dapat merasainya.Namun Amni tetap mendoakan setiap dari kita berjaya sampai ke sana InsyaAllah.

jakel trading

Tengok gambar pun dah rasa sebak.Apatah lagi kalau berjaya ke sana kan.

Bercerita perihal umrah,Amni suka untuk berkongsi mengenai ‘rezeki terpijak’ 200 orang pembeli bertuah di Jakel yang terpilih untuk menunaikan umrah secara PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel Trading.Rezeki yang sangat bermakna bagi mereka yang terpilih kan.

jakel

Kumpulan Jemaah Muslimin bergambar dengan Dato’ Feroz

 

Jakel Trading

Kumpulan Jemaah Muslimat bergambar dengan Dato’ Feroz

 

Namun,di sebalik kemenangan mereka,setiap penyertaan mestilah membuat pembelian minimun RM1000 di Jakel untuk melayakkan pembeli menyertai pertandingan cabutan bertuah Umrah ini.Apa yang paling mengejutkan,Jakel Trading menerima lebih 50,000 penyertaan sepanjang 8 bulan pertandingan ini dianjurkan.Persaingan yang begitu sengit di mana semua pembeli berlumba-lumba untuk memenangi cabutan bertuah ni kan.

Pada 29 November 2018 yang lalu,Amni sempat menghadirkan diri ke majlis penyampaian pemenang umrah ini di Jakel Mall Kuala Lumpur.Majlis taklimat ringkas dan penyerahan hadiah kepada bakal jemaah umrah ini sangat meriah di mana wajah-wajah pemenang kelihatan sangat teruja dan jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka untuk menunaikan umrah.Amni sendiri sangat terharu dan sebak.Mana tidaknya dengan hanya berbelanja di Jakel,rezeki menunaikan umrah ternyata menjadi milik mereka.

jakel umrah

Antara pemenang yang menerima hadiah dari Dato’ Feroz sebagai simbolik kemenangan mereka.

Selain itu,sesi pemberian mock-up cek kepada Al-Khatiri Travel and Tours juga turut di adakan.Al-Khatiri Travel and Tours dipilih oleh Jakel Trading untuk menguruskan jemaah umrah kali ni memandangkan agensi travel ini mendapat maklum balas yang baik dari pengguna-pengguna sebelumnya.Malah agensi travel ini berpengalaman luas dalam mengendalikan urusan jemaah umrah di sana.Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Salim bin Salleh,Pengarah Urusan Al-Khatiri Group bersama warga kerja AL-Khatiri yang lain.

jakel

Sepanjang sesi temuramah bersama Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel,Group Managing Director of Jakel Group of Companies antara intipati yang Amni sempat dapat ialah :

  • Segala urusan ke tanah suci Mekah di uruskan sepenuhnya oleh Al-Khatiri Travel and Tours
  • Jemaah umrah yang terpilih tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan
  • Penginapan dan pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel Trading
  • Penginapan jemaah terletak kira-kira 50 meter sahaja dari Masjid Madinah
  • Al-Khatiri Travel and Tours merupakan agensi travel terbaik untuk pakej Umrah

Okai,sepanjang temu ramah itu juga,Dato Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel ada bagitahu bahawa perbelanjaan minimun RM1000 di Jakel baru melayakkan penyertaan adalah bertujuan untuk mewujudkan semangat yang lebih jitu di kalangan peserta untuk menang.Ya lah betul jugak katanya.

Dan ada juga di kalangan media yang bertanya sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat ke sana,status pemenang boleh dipindah milik di kalangan ahli keluarga sahaja.Katakanlah Amni yang menang,dan Amni tidak dapat kesana,Amni boleh pindahkan kepada mak Amni.Aa macam tu la lebih kurang ceritanya.

Mungkin ada yang terlepas pandang bila masa peraduan ni dianjurkan.Untuk pengetahuan, peraduan Beli & Menang cabutan hadiah ini diadakan pada jualan akhir tahun 2017 yang lepas di semua cawangan Jakel di seluruh Malaysia.Jadi lepas ni kalau korang berbelanja di mana-mana cawangan Jakel,pastikan korang ‘alert’ dengan setiap peraduan yang dianjurkan ya.Mana tahu rezeki berpihak pada korang pulak kan.

Sejujurnya Amni sangat ‘salute’ dengan Jakel Trading kerana menganjurkan pertandingan sebegini rupa supaya pelanggan merasa lebih dihargai dan akan terus setia berbelanja di Jakel.Maka bertepatanlah dengan slogan mereka, ‘Ingat Kain Ingat Jakel’ . Sampaikan mak Amni sendiri akan pergi ke Jakel dahulu kalau nak beli kain hehehe. Berhantu betul slogan depa.

jakel

Nak jugak share gambar dekat sini sebagai bukti pernah menjejakkan kaki ke bangunan Jakel hehehe

Penganjuran pertandingan sebegini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggan mereka.Malah mereka bersifat telus dalam setiap pertandingan yang dianjurkan.Satu usaha yang patut dipuji serta dicontohi oleh organisasi korporat yang lain.

Amni dimaklumkan kesemua pemenang akan berangkat ke tanah suci secara berperingkat mulai Januari 2019.Kurang sebulan sahaja lagi.Amni pulak rasa macam teruja hehe.

Haa korang yang nak merasa kemenangan seperti ini jangan lepaskan peluang sebegini ya.Maka jom setia bersama Jakel dengan berbelanja dengan gembiranya di kesemua cawangan Jakel seluruh Malaysia.

jakel trading

Sekarang sedang berlangsung jualan akhir tahun Jakel dengan pelbagai tawaran menarik sedang di adakan.Potongan separuh harga untuk koleksi kain-kain terbaru 2019 juga sedang meriah dilaksanakan di seluruh cawangan Jakel di Malaysia bermula 23 November sehingga 6 Januari  2019.Koleksi kain-kain 2019 juga dikatakan lebih trendy  dan fresh sesuai digayakan oleh semua lapisan umur.Antara koleksi yang menarik ialah koleksi Hanis Zalikha.Selepas majlis berakhir,Amni sempat cuci maat sekejap di gedung Jakel.Terkejut bila tengok banyak koleksi casual ready-made yang dijual.Semuanya nampak trendy dan chic!

hanis zalikha

Okai korang,pastikan korang follow akaun media sosial Jakel untuk mengetahui segala perkembangan terkini Jakel ya!
Mana tahu rezeki untuk menang berpihak pada korang pulak kan.hehe.

Facebook : Jakel Textile
Instagram : @jakeltextile
Website: www.jakel.my

 

 

You Might Also Like

4 Comments

  • Reply Chaza Xiaojie Dec 4, 2018 at 12:37 PM

    #11 cx baru lepas hantar mak abah pergi umrah jumaat lepas. Seronok kan dapat pergi umrah? Impian setiap ummat di dunia ini . Lagi seronok dapat pergi free. Ditaja sepenuhnya! Allah! Sungguh bertuah para jemaah. Sujud syukur kepada Allah. Semoga Jakel terus maju dan para jemaah dapat menunaikan umrah dengan tenang dan dipermudahkan Allah kelak. InShaaAllah amin

    • Reply Dunia Farisya Dec 8, 2018 at 10:31 PM

      yeke cx semoga mak abah cx mendapat umrah yg sempurna

  • Reply raihanah Dec 6, 2018 at 8:13 AM

    bestnya dapat pi umrah. untung 200 orang tu

  • Leave a Reply