KECANTIKAN

5 Jenis Jerawat Di Muka Dan Cara Untuk Mengatasinya

Aug 6, 2018
produk terbaik hilangkan jerawat muka

5 Jenis Jerawat Di Muka Dan Cara Untuk Mengatasinya

Jerawat ni memang masalah muka yang mana hampir 9/10 orang akan mengalaminya.Cuma bezanya antara teruk ataupun tidak sahaja.Zaman jerawat Amni dah berlalu.Time remaja dulu boleh dikatakan setiap bulan jerawat datang menyinggah ye.Stress jugak bila nak menghadap cermin.Tak tahu kenapa kalau dulu bila jerawat naik dekat muka terus rasa macam ‘akulah manusia paling hodoh’ haha.

Tapi sekarang dah boleh feeling flawless la sikit since hormon badan pun dah start stabil bila dah berkahwin ni.Hehe.Tapi sekarang jerawat dekat badan pulak naik.Lemah kepala nak fikir.Last-last buat tak tahu je taw.Baru dia hilang dengan sendirinya.

Jadi jom Amni share dengan korang 5 jenis jerawat di muka dan cara terbaik dan berkesan untuk mengatasinya.

produk terbaik hilangkan jerawat muka

 

#1-Jerawat Jenis Papules

Jerawat ni merupakan jerawat radang kulit dan kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.Masa ni jangan gatal nak sentuh-sentuh ye.

jenis jerawat

#2-Jerawat Jenis Pustules

Jerawat ni kelihatan seperti bintik merah yang meradang disekelilingnya dan mempunyai pusat putih atau kuning yang hampir nak bernanah di tengah-tengahnya.

cara cepat hilangkan parut

#3-Jerawat Jenis Blackhead

Blackhead pun jerawat?Ye,jangan terkejut.Amni pun baru tahu haha.Ingatkan blackhead ni kotoran yang terkumpul je.Rupanya blackhead jugak salah satu dari jenis jerawat ye.Sama sahaja dengan dengan whitehead cuma bezanya ia dah terbuka. Bila dah terbuka, hujung pori-pori dah teroksida. Itu yang menyebabkan ia jadi hitam.

blackhead

#4-Jerawat Jenis Whitehead

Whitehead adalah pori-pori yang tersumbat di sebabkan lebihan minyak dan sel-sel mati. Ia masih lagi tertutup oleh satu lapisan nipis kulit lagi. Warna masih putih.

Ia seakan-akan jerawat tapi masih belum sakit dan merah

whitehead

#5-Jerawat Jenis Nodules

Nodules nilah sebenarnya kalau tak dijaga dan dirawat dengan betul boleh buat muka korang berlubang taw.Nodules ni boleh dikategorikan sebagai jerawat kronik.Dari kronik boleh melarat kepada Cyst kalau tak cepat-cepat rawat.Sakit sebenarnya jerawat jenis ni.

Jadi jangan ambil mudah dengan jerawat jenis nodules ni taw.

5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Jerawat Dengan Selamat

1.Pakai krim atau gel anti-jerawat.Sekarang dah banyak gel jerawat yang diluluskan KKM.Antara yang popular dan sangat disarakan ialah JUMEA SCAR GEL.JUMEA Scar gel ni memang diluluskan oleh KKM dengan nombor pendaftaran NOT180701426K.Jadi korang boleh guna tanpa sebarang keraguan.

Cara pemakaianya yang sangat mudah membuatkan produk ini menjadi rebutan di kalangan pengguna.Untuk kulit yang sensitif pun selamat.Seawal usia 3 tahun dah boleh guna gel parut ni.Antara produk hilangkan parut yang terbaik setakat ni.

2.Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan.Pemakanan pun memainkan peranan yang sangat penting untuk mendapatkan kulit muka yang sihat.Yang paling penting korang kena kurangkan makanan yang berminyak ye.Jangan taksub sangat terutamanya dengan makanan yang bergoreng tu.

3.Cuci muka dengan bersih.Ni paling penting.Terutamanya yang gemar memakai mekap untuk satu tempoh yang lama.Double cleansing sangat penting selepas pakai mekap.Jangan ingat sekadar cuci muka je dah cukup.Toner dan scrub juga penting.

4.Elakkan sentuhan secara langsung.Tangan tu pastikan bersih dahulu sebelum sentuh muka.Ni tidak,baru je sentuh kucing,terus sentuh muka.Macam mana kulit muka tu nak sihat.Keluar tandas pun kena basuh tangan taw.Jangan dibuat main.

5.Jangan tegur jerawat kawan! Tak tahulah sejauh mana kebenaran fakta ni hehe.Tapi sebenarnya bagi Amni ada betulnya juga.Sebab kalau hari ni Amni tegur jerawat suami,esok tu terus naik setempek dekat muka.Haa tepukk!

Okai itu sahaja yang Amni nak kongsikan hari ni.Diharapkan perkongsian hari ni dapat menambahkan lagi ilmu tentang penjagaan muka yang berjerawat.Jangan ambil mudah ya pasal jerawat ni.Nanti kalau dah jadi cyst lagi parah!

Jangan lupa baca artikel ni> Produk Paling Berkesan Hilangkan Parut

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply Jenis-jenis Parut Dan Tips Berkesan Untuk Hilangkannya Dengan Cepat Aug 6, 2018 at 7:11 PM

    […] muka ada parut,self-confidence level confirm akan turun secara automatik.Yelah,mana taknya,parut kot.Hatta seketul […]

  • Leave a Reply